Sunday, 8 November 2015

Pengenalan diri

Entri 1
Teks: Usry  Abdullah

Pengenalan diri

Pada 1973 bersamaan hari Selasa lahirlah seorang bayi lelaki hasil perkongsian hidup sebagai sumai isteri di antara  Abdullah dengan pasangannya Sharifah iaitu saya Usry bin Abdullah. Saya membesar sebagai seorang kanak-kanak kampung yang penuh dengan disiplin dan agama.
Memandangkan zaman tersebut tidak mempunyai tadika, saya dihantar ke sekolah agama rakyat untuk belajar asas menulis dan membaca terutamanya tulisan jawi dan mengaji al-quran. Setelah umur mencecah 7 tahun saya dimasukkan ke sekolah kebangsaan sehingga tamat darjah enam. Kemudiannya saya menyambung pelajaran di sekolah menengah sehingga tamat SPM dan STPM.
Memandangkan keluarga kami bukannya keluarga berada, saya dinasihatkan ibu supaya mencari kerja walaupun mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti. Ketika kawan-kawan lain belajar di menara gading, saya hanya menyambung pelajaran di peringkat Diploma Pembantu Perubatan di Kolej Pembantu Perubatan dan dilantik sebagai Pembantu Perubatan di hospital di bawah Kementerian pendidikan di Kuala Lumpur. Saya berkhidmat di hospital ini selama 7 tahun. Di sinilah juga saya bergelar suami dan ayah. 

Memandangkan saya dibesarkan di kampung, jiwa saya tidak serasi dengan kehidupan di kota raya yang penuh sesak dan serba pantas ini. Setelah tamat perkhidmatan wajib dengan hospital tersebut, saya mula mencari peluang untuk berhijrah sama ada ke negeri kelahiran saya atau kelahiran isteri. Saya ingin hidup dalam suasana yang aman dan teratur. Alhamdulillah, tahun 2003 saya mendapat tawaran bekerja di salah sebuah pusat haemodialysis di Perak. Dua tahun kemudian saya dilantik sebagai pengurus. Mungkin ini takdir dan rezki anak kedua, hanya Allah yang mengetahuinya.

Saya merasakan saya tidak layak untuk menjawat jawatan tersebut dengan kelayakan akademik yang saya ada. Oleh itu saya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah secara separuh masa di Universiti Terbuka Malaysia(OUM) dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia. Setelah tamat pengajian di peringkat ijazah, saya mula berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana pula. Lalu mendaftar sebagai pelajar di Universiti Utara Malaysia dalam Sarjana Pengurusan Perniagaan.

Di sini saya dipertemukan dengan seorang rakan sekelas yang menjalankan perniagaan perundingan dan mengendalikan kursus. Beliau mempelawa saya menjadi salah seorang penceramah sambilan dengan syarat saya mesti mendapatkan sijil 'Train of Trainer' di bawah Kementerian Sumber Manusia. Saya bersetuju dan mengikuti kursus tersebut di Perbadanan Sumber Manusia berhad, Damansara. Setrusnya menjadi salah seorang penceramah dengan syarikat beliau.

Setelah menamatkan  pengajian di peringkat sarjana, semangat untuk belajar semakin bertambah. Saya juga merasakan satu kekurangan jika tidak diuji sama ada dengan menghadiri peperiksaan atau menyiapkan tugasan (assigment). Oleh itu saya mendaftar sebagai  'PhD candidate' dalam bidang pengurusan strategi (strategic management) di universiti yang sama. Di peringkat ini saya perlu memilih satu jurusan sahaja sebagai fokus kajian. Oleh itu saya menjuruskan kajian  saya dalam bidang strategi perniagaan dan pemasaran di kalangan peniaga kecil dan sederhana. saya berhasrat untuk membantu peniaga kecil dan sedehana terutamanya peniaga bumiputra berkaitan strategi dan pemasaran.

Dengan menyertai ABDR, saya ingin mencari ilmu baru tentang pengurusan bisnes online melalui blog di samping mengasah bakat penulisan. Diharap mendapat tunjuk ajar dari cikgu online dari ABDR ini terutamanya cikgu  Anys Idayu Zakaria.

2 comments:

  1. Selamat datang ke dalam keluarga ABDR.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Moga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman

    ReplyDelete

Jangkaan Ekonomi Negara untuk Suku Kedua 2017 dan Kesan Kepada Peniaga kecil.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6% pada suku pertama tahun ini dan melebihi jangkaan awal kerajaan iaitu 4.8%. ...