Friday 27 May 2016

Kepentingan memantau persekitaran (siri akhir).



Entri: 35

Teks: Usry Abdullah

Foto: Google image



Seperti yang dibincangkan dalam entri-entri yang sebelum ini, aktiviti memantau persekitaran merupakan perkara asas dalam pembentukan strategi. 

Sebagai seorang pengurus atau usahawan, anda perlu kepada maklumat yang lengkap terhadap persekitaran industri yang bakal anda ceburi terlebih dahulu sebelum anda merangka strategi dan pelan perniagaan. 

Sekiranya maklumat yang diperolehi tidak lengkap atau tersilap, ia akan menyebabkan strategi dan pelan perniagaan yang dirangka tidak berkesan. 


Sebagaimana yang dinyatakan oleh general Sun Tzu, sebelum memulakan peperangan, adalah penting bagi seseorang general itu mengenal pasti terlebih dahulu akan bentuk muka bumi medan pertempuran  yang pasukan beliau akan tempuhi nanti. Dengan ini beliau dapat membuat jangkaan awal sama ada beliau boleh memenangi pertempuran tersebut atau pun tidak.  

Sekiranya general itu mendapati bahawa peluang untuk tentera beliau menang adalah tinggi, barulah beliau boleh menggerakkan pasukan tentera ke medan pertempuran. Tetapi sekiranya beliau mendapati bahawa peluang untuk pasukan beliau menang adalah tipis, langkah yang terbaik diambil ialah beliau berundur dan tidak menyertai peperangan tersebut.

Di sini dapat dikatakan bahawa aktiviti membuat penilaian tentang keadaan bentuk muka bumi medan pertempuran adalah satu tugas penting bagi seorang general yang memimpin pasukan tentera. Sekiranya beliau tidak mahir dalam membuat analisis persekitaran ini, kebarangkalian untuk pasukan tentera beliau kalah adalah tinggi. 


Terdapat beberapa jenis bentuk muka bumi medan pertempuranAntaranya ialah kawasan tinggi, kawasan rendah, kawasan sukar dan sempit, kawasan neutral atau lapang dan akhir sekali kawasan bahaya dan jauh untuk dicapai oleh kedua-dua pihak.  Kesemua bentuk muka bumi  ini memerlukan strategi dan taktik yang berbeza.

Contohnya, sekiranya medan pertempuran itu mempunyai bentuk muka bumi yang  curam dan sempit, general tersebut perlu  mengarahkan supaya  tentera beliau  cepat-cepat menawan atau menduduki kawasan itu terlebih dahulu sebelum pihak musuh tiba. Kemudiannya beliau akan mengarahkan beberapa kubu pertahanan dibina di sepanjang laluan tersebut. Apabila musuh melalui kawasan itu, serang mereka habis-habisan.

Namun, jika general itu mendapati medan pertempuran itu  sudah diduduki oleh musuh terlebih dahulu, beliau hendaklah segera mengarahkan supaya pasukan tentera beliau berpatah balik dan tidak melintasi medan pertempuran tersebut walaupun  pihak musuh mengumpan dengan pelbagai umpanan yang menarik.

Ini adalah strategi sewaktu  menghadapi musuh di medan pertempuran yang muka buminya sempit dan curam. Bentuk muka bumi medan pertempuran yang berbeza memerlukan strategi yang berbeza.  

Begitu juga dalam dunia perniagaan. Pasaran semasa di mana seseorang usahawan itu menjalankan perniagaan juga boleh diibaratkan seperti keadaan muka bumi medan pertempuran.

Pasaran semasa boleh dibahagikan kepada   beberapa kategori iaitu stabil, dinamik dan hiper-dinamik dan ressessi.  Setiap ciri pasaran ini mempunyai tahap kestabilan dan cabaran yang berbeza. Oleh itu usahawan perlu mahir  mengenal pasti ciri-ciri pasaran dan mempraktiskan  startegi yang bersesuaian.

Komponen pasaran pula terdiri dari pelanggan, pesaing, bakal pesaing, pembekal dan badan-badan kerajaan. Sebarang perubahan yang berlaku ke atas salah satu dari komponen  ini juga akan mempengaruhi kelancaran perniagaan anda. Oleh itu, selain dari mempunyai kemahiran dalam menilai tahap atau darjah kestabilan  pasaran, anda juga perlu tahu bagaimana untuk membuat analisis ke atas setiap komponen yang terdapat di dalam pasaran ini. 

Untuk membantu anda membuat analisis komponen-komponen ini, terdapat beberapa kaedah yang boleh anda gunakan. Salah satu darinya ialah menggunakan ‘tools’ yang yang dikenali sebagai ‘PEST analisis’.  Kaedah 'PEST' analisis akan membantu anda  mengenal pasti situasi semasa yang berkaitan dengan keadaan politik, ekonomi, dan perubahan sosial serta teknoligi semasa.

Di samping menggunakan kaedah 'PEST' analisis,  terdapat satu lagi kaedah yang biasa diguna oleh usahawan ketika membuat analisis persekitaran ini, iaitu kaedah  'Faktor Lima Kuasa' . Faktor lima kuasa ini  lebih terperinci berbanding kaedah 'PEST' ( Hashim 2008, Rothaermel .,2013, dan Hitt et. al 2011).



Kesimpulan dari perbincangan kali ini ialah;

Aktiviti membuat analisis persekitaran adalah penting buat anda sama ada anda sudah bergelar usahawan  ataupun anda yang baru ingin menceburkan diri sebagai usahawan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh General Sun Tzu, sebelum memulakan peperangan, adalah penting bagi seseorang general itu membuat jangkaan awal untuk meramal akan kesudahan perang yang bakal mereka sertai sama ada  tentera beliau bakal memenanginya atau akan mengalami kekalahan.  Untuk membuat jangkaan, general tersebut perlu mahir dalam membuat analisis cuaca dan bentuk muka bumi medan pertempuran.

Begitu juga ketika anda menjalankan perniagaan. Anda juga itu  perlu mahir dalam membuat penilaian terhadap pasaran untuk memastikan  sama ada tindakan atau startegi yang bakal dilaksanakan itu sesuai atau tidak dengan persekiratan tersebut. Semasa membuat anailsis berkenaan pasaran, anda perlu mahir dalam menilai tahap kesatbilan pasaran dan juga komponen-komponen yang terdapat di dalam pasaran.

Untuk membantu usahawan membuat penilaian tentang  persekitaran perniagaan, pakar  strategi  menyarankan supaya usahawan atau bakal usahawan menggunakan kaedah 'PEST analisis' . Selain menggunakan kaedah 'PEST', kaedah 'Faktor lima kuasa' juga boleh membantu anda membuat analisis persekitaran dengan lebih tepat lagi.
 

Untuk mempelajari secara lebih lengkap bagaimana membuat analisis persekitaran menggunakan faktor lima kuasa, anda boleh pelajarinya dari buku   “Jom Bisness!’ yang  sudahpun berada di pasaran!

Jumpa lagi di entri yang akan datang.Insya Allah.

7 comments:

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

Terima kasih kongsi ilmu.

Tahniah Tuan. Menarik tajuk buku Tuan tu. Sudah siap buku inform ya. In syaa Allah saya beli.

usryabdullah said...
This comment has been removed by the author.
Akupenghibur.com said...

sangat bagus penulisannya dan olahannya. Kagum betul saya terutama siap citation. Jika buku sudah di pasaran blh bgthz saya..

Akupenghibur.com said...

sangat bagus penulisannya dan olahannya. Kagum betul saya terutama siap citation. Jika buku sudah di pasaran blh bgthz saya..

usryabdullah said...

Terima kasih. Buku ini adalah adaptasi dari thesis yang sedang saya buat. Mana yang baik kita kongsi bersama. Yang terkurang mohon ditegur untuk saya memperbaiki lagi di masa hadapan.

usryabdullah said...

Terima kasih kerana berminat. Mengikut maklumat dari syarikat percetakan, buku ini akan siap pada awal bulan Ramadhan ini,Insya Allah. walau bagaimana pun, dengan membaca entri-entri dalam blog ini (dari entri 1 hingga 35), ia akan memberi puan sedikit gambaran tentang apa yang terkandung dalam buku itu nanti. cuma isinya tidaklah seperti yang ditulis buku tersebut.

2) Saya membuat catatan dalam blog ini sebagai penambahan atau penerangan kepada isi-isi yang terkandung dalam buku saya itu mengikut bab demi bab. Mungkin ada pembaca yang kurang jelas dengan isi atau penerangan yang ditulis dalam buku itu, jadi mereka boleh menyemak atau mendalami lagi dengan membaca blog ini.

Sebagai sinopsis, Buku saya ini lebih menumpukan kepada aktiviti asas bagaimana seseorang usahawan itu membuat 'market research' bagi memastikan perniagaan yang bakal dibuka nanti benar-benar mempunyai kekuatan, selamat dan mampu bersaing. Di samping itu ia juga menerangkan bagaimana untuk mereka mengira dan menilai risiko yang bakal dihadapi sekiranya mereka benar-benar menjalankan perniagaan yang dirancang tadi.

3) Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman-pengalaman saya ketika sessi 'take ten' sewaktu menjadi penceramah jemputan semenjak 2013 sehingga kini.
Pada sessi 'take ten' atau rehat ini, biasanya ada dua tiga orang peserta seminar akan datang menemui saya secara peribadi, bercerita dan meminta pendapat. Dari apa yang saya temui, ramai di kalangan peserta terutamanya peniaga kecil menghadapi masalah ini.(Tidak mempunyai asas yang kukuh/ ilmu dan suka menceburkan diri ke dunia perniagaan secara bidan terjun). Namun disebabkan ada di antara mereka yang terdesak untuk meneruskan kesinambungan hidup atau kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap, Lalu tanpa 'menoleh kiri kanan' terlebih dahulu, mereka tetap juga mengambil risiko dengan menjalankan perniagaan. Sayangnya, belum pun dua tiga bulan mereka berniaga, mereka terpaksa menutup perniagaan yang diusahakan itu kerana tidak mampu menghadapi saingan atau tersilap memilih bidang perniagaan. Kemudian mereka bersusah payah lagi mencari kawan atau membuat perekjaan 'part time' untuk mengumpul modal baru untuk membuka perniagaan lain pula, tapi tetap juga menghadapi masalah yang serupa!

4) Dari sinilah timbulnya kesedaran untuk saya membantu mereka membuat persediaan secukupnya sebelum membuka apa jua perniagaan yang diingini supaya mereka tidak lagi tersilap langkah.

5) Sebagai tambahan, dalam buku tersebut saya juga membincangkan tentang strategi asas yang biasa dipraktiskan dalam perniagaan, prinsip asas pemasaran, langkah-langkah membuat kajian pasaran dan sedikit sebanyak tips mempromosi perniagaan.

6) Tak lupa juga tentang isu-isu semasa yang selalu melanda golongan peniaga kecil di negara kita ini untuk dijadikan panduan dan sempadan agar peniaga kecil lain tidak terjebak dengan masalah yang sama di masa hadapan. (Isu-isu ini diadaptasi dari hasil kajian PhD yang sedang saya jalankan).
Sekian. wassalam.

usryabdullah said...

Terima kasih.
Saya bukan penulis seperti tuan. Tuan seorang novelis rasanya bila saya membaca blog tuan saban hari. Saya lebih kepada akademik dan pemilihan kata-kata juga terlalu 'straight forward'. Banyak lagi kena belajar dari otai seperti tuan.

2) Tujuan saya membuat blog ini ialah sebagai 'back up' untuk buku saya yang bakal berada di pasaran nanti kerana saya berpendapat mungkin ada pembaca yang membeli buku saya nanti yang bukan dari 'back ground' business study. Oleh itu mereka perlu lebih kepada penerangan. Untuk tidak menghampakan mereka, timbullah idea saya untuk membina blog ini. Saya tak mahu mereka sekadar membaca sahaja, sebaliknya jika boleh saya ingin mereka memahami dan mempraktiskan apa yang dibincangkan dalam buku tersebut.

sekian

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...