Thursday, 16 June 2016

SWOT analisis (siri 2)



Entri 37
Teks: usry Abdullah
Foto: Google image



Bertemu kembali kita dalam perbincangan berkenaan pengurusan perniagaan dan strategi pemasaran.

Dalam perbincangan yang lepas kita telah membincangkan tentang pentingnya membuat SWOT analisis sebelum memulakan perniagaan.  kali ini kita sambung lagi berkenaan SWOT analisis ini.

Sekiranya anda menghadiri mana-mana kursus keushawanan ataupun membaca buku berkaitan  pengurusan  perniagaan, anda pasti akan menemui tajuk khas yang membincangkan berkenaan SWOT analisis ini. 

Mengapa aktiviti membuat SWOT analisis ini penting bagi setiap usahawan?

Aktiviti membuat SWOT analisis adalah penting dan perlu dikuasai oleh setiap mereka yang ingin bergelar usahawan adalah kerana dengan membuat analisis SWOT, anda akan mendapat gambaran awal sama ada perniagaan yang bakal anda buka nanti mampu untuk bersaing di dalam pasaran  atau pun tidak.

Di samping itu anda juga akan dapat mengetahui apa kekuatan sebenar yang anda miliki untuk digunakan semasa proses merangka pelan perniagaan nanti.  Dengan membuat SWOT analisis juga anda  dapat membuat  keputusan dengan lebih tepat sama ada anda boleh meneruskan rancangan untuk membuka perniagaan seperti yang dirancang itu ataupun tidak.

Untuk membolehkan anda memahami dengan lebih jelas akan kepentingan membuat SWOT analisis ini, mari bincang satu senario.  

Katakan anda mempunyai kemahiran dalam mengukir dan menghasilkan  keris.  Menyedari akan kebolehan tersebut, rakan  anda telah mencadangkan supaya anda memanafaatkan kemahiran yang dimiliki itu dengan  menghasilkan  keris buatan sendiri secara komersial untuk dijual kepada orang ramai di samping mengedarnya melalui  kedai-kedai kraftangan dan cenderamata di seluruh negara.

Namun begitu sebelum anda membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak untuk menyahut seruan rakan anda tadi, anda perlu terlebih dahulu memeriksa beberapa faktor  atau komponen tertentu untuk mengetahui sama ada faktor atau komponen tersebut boleh mengganggu kelancaran perniagaan anda nanti.  Aktiviti mengenal pasti faktor persekitaran dan membuat perbandingan inilah yang dinamakan SWOT analisis. 

GeneralSun Tzu juga menyatakan, “Mengenali kekuatan dan kelemahan diri adalah penting kerana ia dapat membantu  sesebuah pasukan tentera itu menang dalam setiap pertempuran yang mereka sertai. Sekiranya anda tidak dapat membuat perbandingan secara telus dan jujur  tentang kekuatan dan kelemahan tentera anda, kemenangan yang  tidak mungkin dapat dicapai''.

Dari ungkapan General Sun tzu itu, dapat difahamkan bahawa sebelum seseorang  general itu membuat keputusan sama ada beliau ingin melancarkan peperangan atau pun tidak, beliau  terlebih dahulu perlu membuat perbandingan di antara kekuatan dan kelemahan tentera beliau dengan kekuatan dan kelemahan tentera musuh. 

Seandainya beliau mendapati bahawa kekuatan pasukan tentera beliau melebihi kekuatan pihak musuh, beliau bolehlah meneruskan hasrat untuk berperang dan seterusnya merangka  strategi peperangan. 

Namun, sekiranya beliau mendapati bahawa kekuatan pihak musuh adalah lebih berbanding kekuatan tentera beliau dan keadaan di medan pertempuran juga tidak menyebelahi pasukan beliau, adalah lebih baik beliau menghindarkan diri  dan tentera pimpinan beliau dari berhadapan dengan musuh tersebut. Jika diteruskan juga hasrat untuk berperang, pasukan beliau sudah pasti akan mengalami kekalahan.

Begitu juga dengan dunia perniagaan. Sebelum anda meneruskan niat untuk membuka perniagaan, anda perlu terlebih  dahulu membuat pemantauan ke atas persekitaran semasa dan membuat SWOT analisis. Tujuannya ialah untuk  membuat perbandingan tentang kekuatan dan kelemahan anda berbanding pesaing yang turut berada dalam pasaran tersebut. 

Jika anda dapati bahawa peluang kejayaan perniagaan yang bakal diusahakan itu adalah  cerah, bolehlah anda meneruskan hasrat tersebut. Anda boleh membuat pelan perniagaan, strategi dan pelan pemasaran. Namun, sekiranya anda dapati peluang perniagaan yang bakal dibukan nanti tidak memberangsangkan, mungkin anda terpaksa melupakan saja hasrat untuk membuka perniagaan itu dan tepaksalah anda mencari idea perniagaan yang lain.

Dari perbincangan kali ini,  aktiviti membuat SWOT analisis adalah penting kepada anda yang bakal membuka perniagaan. Ia dapat membantu anda mengenal pasti apa kekuatan yang boleh anda gunakan untuk bersaing di pasaran dan apa ancaman yang terdapat di dalam pasaran tersebut.  

Aktiviti membuat SWOT analisis ini juga  bersesuaian dengan prinsip tentera yang diasaskan oleh general Sun Tzu yang berbunyi,’ Kemenangan dalam sesebuah pertempuran adalah bergantung kepada kekuatan yang anda miliki dan peluang yang terbuka hasil dari kebijaksanaan anda mencari kelemahan musuh. 

Oleh itu general yang sedar akan kekuatan dan kekuatan tentera beliau serta tahu membuat perbandingan di antara kekuatan yang dimiliki beliau berbanding kekuatan musuh, akan mampu memenangi seribu pertempuran yang mereka sertai.

Manakala general yang tidak tahu membuat perbandingan akan kekuatan dan kelemahan tentera beliau dan tidak tahu membuat analisis tentang bumi medan pertempuran, pasti  tidak akan mampu untuk menggerakkan pasukannya ke medan pertempuran. Malah beliau juga tidak dapat melaksanakan strategi dan taktik peperangan dengan berkesan.  Akibatnya, tentera yang dipimpin oleh genaral tersebut bakal mengalami kekalahan yang teruk.'

Sekian untuk kali ini. Kita jumpa lagi dalam perbincangan selanjutnya di entri yang akan datang. 



6 comments:

  1. Berkesan teknik ni. Saya dah cuba =)

    BENARKAH MUSLIMAH BERKACAMATA VINTAGE LEBIH ANGGUN?
    + Optom. berkonsepkan Kaca mata vintage, sesuai digayakan dengan tudung atau shawl.
    + Kalau tak percaya jemputlah ke www.optom.my.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian maklumat. Tapi masih ramai peniaga kecil di luar sana yang masuk ke pasaran tanpa 'menoleh kiri kanan' terlebih dahulu. Saya pernah membantu 3-4 orang usahawan membuka perniagaan dan langkah pertama yang saya mesti buat ialah memantau persekitaran industri yang beliau ingi ceburi dan membuat SWOT analisis. Alhamdulillah berkesan dan perniagaan mereka kekal sehingga kini.

      Delete
  2. ala teringat masa buat RP .. swot nie mmg sgt penting

    ReplyDelete
  3. Memang betul tu. Apa-apa perniagaan yang nak dibuka seeloknya buat SWOT analisis dulu baru kita tahu kekeuatan kita. Dengan kekuatan inilah kita guna untuk tembusi pasaran. Contohnya tahun 2012 dulu saya ada bantu seorang doktor perubatan membuka sebuah pusat dialysis untuk bersaing dengan sebuah lagi pusat dialysis di bandar tersebut. Memandangkan pusat dialisis ini baru dan doktor itu pula bukan orang sini, jadi susahlah untuk beliau membuat promosi. Kemudahan lain adalah sama seperti yang ditawarkan oleh pusat dialysis yang satu lagi. Jadi nak tak nak saya terpaksa guna nama saya dan seorang lagi staff saya sebagai 'brand' memandangkan nama saya dan staff tersebut memang dah dikenali di kalangan staff hospital.

    Bila staff di Hospital mendapat tahu yang saya dan staff saya yang jadi 'core' di pusat dialysis tersebut, mereka pun yakin untuk rekemen pesakit bagi mendapatkan rawatan di pusat dialysis ini. Dari sinilah secara perlahan-lahan nama pusat dialysis ini mendapat perhatian dan pesakit bertambah dari masa ke semasa. Sehinggalah saya berhenti dan joint tempat kerja sekarang.

    Kesimpulannya, kalau boleh setiap entiti bisness perlu ada satu 'core' atau expertise untuk dijadikan senjata bagi menembusi pasaran. 'core' atau 'expertise' inilah yang dinamakan STRENGTH.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Pusat dialysis tu sudah 'hidup subur' sehingga kini. Alhamdulillah, kencang juga saya dapat 'honororium' sepanjang 5 bulan menjadi 'one of the key person' dalam company tu. Bila company tu dah stabil, baru saya kembali ke company asal. Thay Y saya akan guna SWOT ini jika ingin membuat rancangan perniagaan.

    ReplyDelete

Cabaran peniaga internet

Ledakan dalam teknologi maklumat dan kadar penembusan internet di setiap rumah telah mencetus perubahan besar kepada kehidupan kita. Di M...