Thursday 4 August 2016

Cabaran peniaga jalanan

Entri: 39
Teks: Usry Abdullah
Foto: Usry Abdullah' file

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pelayar blog strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan. Kali ini saya ingin berkongsi satu  kes, iaitu perniagaan nasi lemak  yang diusahakan oleh dua  orang  'adik' ni untuk dijadikan  panduan kepada bakal peniaga yang  berhasrat untuk menceburkan diri ke dunia perniagaan. 

Tujuan 'kes study' ini ditulis adalah untuk memberi panduan kepada anda yang berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Walaupun perniagaan yang bakal anda usahakan  nanti bukannya perniagaan menjual nasi lemak seperti adik-adik ini, tapi melalui kajian kes ini diharap bakal usahawan akan mendapat sedikit panduan bagaimana pentingnya strategi kepada setiap entiti perniagaan.

Cerita ini adalah kisah benar dan ia berlaku pada hujung minggu lepas.  Seperti anda, saya  juga boleh dikatakan selalu  bersarapan di kedai mamak. Jadi, pada hari itu sebelum ke pejabat saya memandu ke kedai mamak yang biasa saya kunjungi terlebih dahulu untuk bersarapan. Dalam perjalanan ke sana, saya terperasan  ada satu gerai  nasi lemak yang baru dibuka. Lokasinya tidak berapa jauh dari kedai mamak tempat saya selalu bersarapan. 

Bila melihat adanya gerai baru, saya pun mula berkira-kira dalam hati, elok  juga  kalau saya 'try' nasi lemak adik-adik ini.  Nanti boleh beli dan bawa ke kedai mamak. Lagi pun mamak tempat saya selalu minum tu tak marah jika  kita bawa makanan dari luar dan makan di kedai beliau. Dengan syarat, kita kena oder air minuman dari kedai beliau. Jangan pula  bawa makanan dari luar, air minum pun kita tak oder. Sebaliknya kita juga turut bawa air minum yang dibuat dari rumah atau kita beli di kedai lain.  Yang ni mamak tu memang akan marah. Malah bukan mamak tu saja, siapa-siapa  yang berniaga kedai makan pun akan 'bengang' jika ada 'customer' yang berbuat demikian.

Selepas 'parking'  kereta, saya pun memandang sekali lagi ke arah gerai adik berdua ni. Kalau diikutkan, memang saya dah nak terus melangkah ke gerai mereka  tapi saya  teragak-agak. Pertamanya bila melihat tempat mereka menjalankan perniagaan 'meja lipat 'itu.  Saya rasa tuan-tuan pun boleh tengok  apa yang saya nampak. Itu berkenaan tempat atau 'port'  mereka berniaga.  

Yang keduanya pula  bila saya lihat 'appearance' atau imej adik dua orang ni.  Cara mereka berpakaian dan cara mereka mengendalikan perniagaan itu. Sebuah kerusi pun tak ada. Walaupun mereka masih muda dan tidak perlu duduk, tapi dengan meletakkan sebuah kerusi, sekurang-kurangnya nampak lengkaplah imej sebuah perniagaan 'meja lipat'. Contohnya seperti yang dilakukan oleh seorang kakak  yang juga turut berniaga nasi lemak tidak jauh dari lokasi tempat adik berdua tadi berniaga.

Lagi satu, ramai pula kawan-kawan mereka yang bermotorsikal turut sama melepak di situ sehinggakan saya yang lelaki ini pun rasa segan untuk singgah. Apatah lagi jika anda merupakan seoarang pelanggan wanita yang kebetulan pula solo. Apakah anda akan singgah di gerai tersebut?

Yang terakhirnya ialah cara pembungkusan nasi lemak yang dijual. Walaupun orang kata 'don't judge a book by it cover', tapi jika bungkusan  nasi lemak seperti yang di dalam gambar itu, rasanya tak berapa sesuai untuk dijual secara 'buka meja'. 

Jika mereka masukkan ke dalam bakul dan kemudiannya mereka  menjaja dari rumah ke rumah atau dari pejabat ke pejabat, mungkin lebih sesuai. Ini adalah kerana bungkusan yang diguna itu kelihatan tidak menarik. Cara pemungkusan sebegini hanya sesuai diguna jika mereka menjualnya secara mencedok dan membungkusnya 'on the spot' ketika  pelanggan ingin membelinya.Jika dijual secara 'buka meja', adalah lebih baik mereka guna polisterin. Ataupun mereka membawa bekas nasi, dan membungkusnya semasa pelanggan minta pesanan.

Setelah  berfikir dan berkira-kira secara lebih kurang, saya tidak jadi singgah membeli nasi lemak adik berdua tadi, sebaliknya  terus melangkah  melewati gerai mereka dan masuk ke kedai mamak. Saya duduk dan memasan menu kegemaran iaitu tosey telur 'tak nak garing'  dengan  kari kambing. Minuman  pula segelas teh  tarik halia. 

Sambil menunggu minuman yang dipesan tadi sampai, pandangan saya masih tertumpu  ke arah gerai adik berdua itu. Begitu juga sepanjang saya makan, sesekali saya merenung jauh ke arah gerai adik berdua ini. Sedih pun ada, simpati pun ada. Sepanjang hampir 15 minit saya bersarapan, belum nampak seorang pun pelanggan  yang singgah membeli nasi lemak mereka sedangkan laluan tersebut adalah laluan utama ke sebuah kolej swasta.

Ramai pelajar kolej dan orang awam  yang menggunakan laluan tersebut. Ada yang berkereta, ada yang bermotorsikal dan tak kurang juga yang berjalan kaki. Jadi tempat itu pun boleh dikira strategik untuk buka perniagaan 'meja lipat' atau membuka gerai menjual kuih dan nasi lemak. Namun, sambutan yang diterima oleh adik berdua ini nampaknya tidak seperti yang diharapkan.

Selepas bersarapan, dengan niat untuk menyokong perniagaan yang dijalankan mereka, saya pun mengambil keputusan untuk pergi juga ke gerai mereka. Saya membeli sebungkus nasi lemak. Harganya ialah RM1 sebungkus. Amat murah  jika dibandingkan dengan harga nasi lemak sekarang. Selepas membayar harga nasi lemak tersebut dan bersembang lebih kurang saya pun minta kebenaran  untuk ambil gambar mereka dan seterusnya berlalu ke kereta.  

Setibanya di tempat kerja, nasi lemak yang dibeli tadi saya kongsi bertiga, iaitu saya  dan dua orang staff perempuan. Pertama kerana saya masih kenyang sebab baru saja selesai bersarapan di kedai mamak. Keduanya ialah kerana saya ingin mendapatkan komen atau 'feed back' mereka berkenaan masakan nasi lemak adik berdua ini. Dengan ini ada la komen yang boleh saya sampaikan kepada adik berdua ini tentang masakan mereka nanti.

Dua hari kemudian, saya pun pergi  semula ke kedai mamak untuk bersarapan. Sambil-sambil tu saya nak siggah beli nasi lemak adik berdua tadi. Boleh bersembang dan berkongsi serba sedikit tips yang mungkin boleh membantu mereka memperbaiki 'persembahan' mereka  di samping menyampaikan komen staff saya berkenaan masakan mereka. Namun apa yang saya dapati pada pagi itu  ialah pemadangan seperti di sebelah.
Meja lipat, termasuk adik berdua ini sudah tidak ada lagi di kawasan itu. Yang ada hanyalah selonggok daun kering yang telah siap disapu dan dikumpul oleh pekerja majlis perbandaran, menanti saat untuk dimuatkan ke dalam lori untuk dibuang di tapak pelupusan atau pun dibakar.

Dari 'kes study' ini, dapat diperkatakan bahawa adik berdua ini masih kurang dari segi pengalaman dan pengetahuan berkenaan perniagaan. Walaupun perniagaan menjual nasi lemak ini nampak ringkas dan mudah dan sesiapa saja boleh menjalankannya, sepatutnya adik berdua ini perlu membuat persediaan terlebih dahulu. 

Pertamanya, mereka kena kenali dahulu apa 'kekuatan dan kelemahan' diri. Seterusnya mereka membuat  'test market' terlebih dahulu iaitu dengan cara memberi kawan-kawan terdekat merasa  akan kesedapan masakan mereka. Jika majoriti dari kawan-kawan mengatakan masakan mereka boleh diketengahkan, barulah adik berdua tadi boleh memulakan perniagaan menjual nasi lemak. Jika masakan itu belum menepati cita rasa, pergilah belajar dan perbaiki lagi mutu serta menu masakan tersebut sehingga kawan-kawan mereka berpuas hati.   

Di samping itu, adik berdua ini juga kena  periksa keadaan persekitaran dan lokasi tempat mereka hendak berniaga. Kenali dulu  siapa pelanggan dan siapa pesaing mereka. Jika boleh, buatlah sedikit kajian, terutamanya berkaitan 'market saturation'. Setelah berpuas hati  baru lah boleh buka perniagaan yang diingini itu. 

Sekian untuk kali ini. Kepada adik berdua ini, sekiranya anda ada membaca coteran ini saya berharap semoga anda mempelajari sesuatu dari pengalaman anda dan dapat bangkit kembali satu hari nanti.

Jumpa lagi dalam entri seterusnya.

6 comments:

Unknown said...

setuju..walaupun kita jual benda yang simple je tapi kalau boleh biarlah orang nampak cara kita berjualan tu "wow" .

usryabdullah said...

Satu pandangan yang bernas.
Tapi sayangnya ramai anak muda kita suka buat bines yang nampak gah dan bermusim. Nak jaga standard katanya.
Cuma kesilapan adik berdua ni ialah mereka tidak buat 'preparation' yang sepatutnya terlebih dahulu sebelum berbisnes.

raihanah said...

kat rumah saya pun ada yang buat ni. diogrg tunggu kat trafik ligjt

usryabdullah said...

Berniaga nasi lemak tepi jalan nampak saja tak ada standard, tapi income dia orang lagi laju dari kita. Mereka tak nak tunjuk je sebenarnya.
Cuma nasihat saya, jika nak buat apa pun ilmu kena ada. Belajar dahulu ilmu perniagaan secara asas dan ilmu tentang bidang yang nak diceburi (nasi lemak ke, kerepek ubi ke dll), lepas tu buat 'plan'. Insya Allah boleh berjaya.

Unknown said...

Salam tuan usry,

Sy jmpe blog tuan drpd link majalahniaga.com. Bnyak artikel yg mnarik tuan share...huhu. Mohon prtnyaan drp sy yg bru nk start-up bsnes ni. Sy ingin mnjual cheese cake mcam anis moist cake tu. Prsoalan sy, apakah cra yg sesuai utk mrket kn mkanan jnis cake mcam ni. Adakah trus iklan di fb ads or mcmna. Mohon pnjelasan dri tuan yg pkar. Lokasi sy di kuala kangsar perak.

usryabdullah said...

Walaikumussalam.
Terima kasih kerana sudi menjengok blog saya. Tahniah kerana bersemangat untuk menjadi seorang usahawan.

Untuk memulakan apa juga bisnes. Perkara pertama yang perlu ada ialah sedikit modal pusingan dan produk/ pekhidmatan yang mempunyai kelebihan. Produk yang benar-benar lain dari produk yang ada di pasaran. Ataupun jika produk yang anda ingin jual itu sama dengan produk yang ada di pasaran, cuba pastikan yang produk anda itu mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri yang berbeza sama ada dari segi cita rasa, rupa bentuk, pembungkusan atau apa saja yang dapat membezakan produk/perkhidmatan anda dengan produk orang lain yang telah ada di pasaran.

2) Perkara kedua tuan perlu buat ialah 'test market. Ini untuk memastikan produk tuan( cake anis moist) yang tuan buat tu benar-benar memenuhi cita rasa bakal pelanggan. jangan buat produk atau perkhidmatan yang 'syok sendiri'. Bagaimana untuk membuat 'test market'?. Saya rasa semua bakal peniaga tahu caranya. Jika maklum balas adalah positif, maka tuan boleh terus ke agenda seterusnya, iaitu membuat kajian pasaran market saturation). Jika maklum balas kurang memuaskan, tuan kena modified semula resipi kek anis moist tersebut sehingga memenuhi cita rasa bakal pelanggan sebelum meneruskan agenda ' market survey' dan 'market saturation'tadi.

3) Setelah market survey dan market saturation menunjukkan maklum balas positif, barulah tuan mula promote kepada bakal pelanggan. Di sinilah tuan perlu guna kesemua 'medium pengiklanan' yang tuan tahu termasuk Fb, Instagram dan medium 'konservatif'.Tujuannya ialah untuk memberitahu orang bahawa anda ada menjual produk atau perkhidmatan. So bagi saya, saya guna kesemua medium yang bersesuaian dengan produk/perkhidmatan saya semaksimum yag boleh dan buat pemantauan. Medium mana yang berhasil dan medium mana yang tak berhasil. Yang berhasil, saya akan terus. Yang tak berhasil, saya akan cuba untuk kali ke dua atau ke tiga (bergantung kepada bajet). Jika masih tak berhasil, saya akan stop dan tumpu pada medium yang berhasil sahaja.

Sekian. Semoga mendapat sedikit panduan.

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...