Monday 14 August 2017

Empat Cabaran Menjalankan Perniagaan Online




Menjalankan  perniagaan secara atas talian adalah mudah. Syarat pertamanya ialah anda perlu mempunyai produk atau perkhidmatan untuk ditawarkan kepada pembeli. 

Kemudian anda perlu membuat laman sesawang (website) dan seterusnya memuat naik foto produk anda tadi  ke laman web atau  mungkin juga ‘wall face book’ dan blog anda. 

Setelah membuat posting ke laman web atau 'wall face book', seterusnya anda hanya perlu menunggu respond dari prospek yang melayari internet di laman web atau Face book anda membuat pesanan. Setelah pembayaran dibuat, anda pun   membungkus produk tersebut dan seterunya pergi ke pejabat pos untuk mengirim pesanan tadi kepada pelanggan. 

Bunyinya begitu mudah! Namun apa yang digambarkan itu bukanlah realiti yang sebenar yang terjadi kepada peniaga yang menjalankan perniagaan secar online. 

Walaupun terdapat seramai 18 juta pengguna Face book, 70,000  pengguna aktif instagram dan Malaysia pula berada di tangga ke enam dalam kedudukan penggunaan twitter tertinggi dunia, namun kesemua maklumat tersebut belum tentu dapat menjamin kejayaan anda dalam perniagaan secara online. 

Malah mengikut kajian hanya 15% saja  yang berjaya dalam bisnes online. Lagi 85% mereka yang menjalankan perniagaan secara online akan menemui kegagalan sama ada dalam tempoh dua atau tiga bulan selepas mereka berbisnes.

Namun begitu masih ramai  individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan secara online ini. Salah satu sebabnya ialah kerana mereka tidak  menyedari akan cabaran sebenar menjalankan perniagaan secara online ini. Ada juga di kalangan mereka yang menjadi peniaga online ini tanpa membuat persediaan secukupnya  terlebih dahulu dan hasilnya tentulah amat mendukacitakan.

Kali ini kita akan bincang apakah cabaran- cabaran yang biasa  dihadapi oleh peniaga online agar anda menyedarinya dan dapat membuat persediaan secukupnya. 

Dengan ini anda akan dapat membuat keputusan dengan tepat adakah perniagaan online ini sesuai dengan anda atau pun sebaliknya. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh peniaga online ialah;

1.       Cabaran memperkenalkan brand
Cabaran paling besar dan paling sukar untuk menjadi seorang peniaga online ialah sewaktu anda mula-mula memperkenalkan brand produk anda. Pada peringkat ini anda perlu mempunyai semangat yang kental dan kreativiti yang tinggi.  

Anda perlu mahir dalam beberapa perkara seperti mencipta kontent yang sesuai dengan produk atau perkhidmatan yang anda jual untuk dimuat naik ke dalam medium jualan anda, membuat ‘editorial calendar’ supaya anda dapat membuat posting secara konsistant dan membuat penilaian akan keberkesanan atau  posting yang anda lakukan. 

Tidak ada satu cara khusus bagaimana untuk menjalankan perniagaan secara online ini. Oleh itu anda perlu kreatif dan sentiasa peka dengan perubahan serta hasil dari setiap tindakan yang dilakukan. Sebagaimana yang dibincangkan dalam entri sebelum ini, dunia laman social ini seolah-olah satu ‘black hole’. Anda perlu mencuba Satu-satu taktik dan menilai akan keberkesanannya dengan serta merta.

Di samping itu anda juga perlu cepat membuat perubahan seandainya taktik yang dilaksanakan itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan. Sekiranya anda alpa atau tidak memperdulikan akan perkara sebegini, anda akan hanyut dan akhirnya anda akan terkeluar dari pasaran. 


1.       Menguruskan ‘noise’ yang muncul di laman sosial
Di dalam proses komunikasi sama ada secara fizikal atau di alam maya pasti akan terdapat  halangan yang  dikenali sebagai ‘noise’.  Halangan atau noise ini akan menyebabkan mesej yang cuba disampaikan itu tidak dapat diterima sepenuhnya oleh prospek anda. 

Kesannya, prospek atau penerima mesej tidak memahami maksud yang cuba anda sampaikan dan beliau juga tidak bertindak sebagaimana yang diharapkan.  Contoh ‘noise’ yang menghalang proses komunikasi secara fizikal ialah seperti suasana  sekeliling yang bising yang terhasil dari percakapan individu lain yang turut sama berada di tempat tersebut. Suasana ini menyebabkan prospek tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada apa yang ingin anda sampaikan.



Di dalam dunia maya juga tidak terkecuali. Malah kehadiran ‘noise’ di laman sosial adalah lebih banyak dan lebih cepat berbanding di dunia fizikal. Contohnya, Setiap hari terdapat beratus atau mungkin beribu  perkhidmatan atau produk baru yang dikeluarkan oleh individu tertentu. Mereka juga seperti anda akan menggunakan laman sosial seperti face book atau blog untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. 

Aktiviti mereka ini  boleh  menyebabkan anda akan terkebelakang sekiranya anda tidak ada strategi bagaimana untuk menonjolkan diri  anda berbanding  ‘noise’ yang terdapat di laman social tersebut.Anda perlu mempunyai strategi bagaiman menjadikan mesej atau posting anda di laman sosial kelihatan menonjol dan mampu menarik prospek untuk membaca dan seterusnya mencuba produk atau perkhidmatan anda.


3.       Cabaran mengendalikan laman sosial
Ramai di kalangan peniaga yang menceburkan diri dalam perniagaan online ini adalah kerana mereka hanya tertarik dengan model yang diperkenalkan oleh perniagaan tersebut. Perniagaan online ini hanya memerlukan anda mengeluarkan modal yang kecil dan boleh dilakukan di rumah sendiri sahaja. Bilik tidur atau bilik bacaan anda boleh dijadikan sebagai pejabat anda dalam menjalankan perniagaan secara online ini. Di samping itu anda juga tidak perlu keluar mencari pelanggan.

Jika anda menjalankan perniagaan secara konvensional, anda terpaksa keluar dari rumah sama ada pergi ke kedai atau pejabat ataupun anda keluar mencari prospek untuk membuat promosi sama ada di pejabat atau rumah. Malah mungkin juga anda perlu menghadiri janji temu dengan kawan-kawan sekolah untuk tujuan tersebut. 

Tetapi, bagi mereka yang menjalankan  perniagaan secara online, anda hanya perlu memperuntukkan masa di hadapan komputer riba atau telefon pintar untuk membuat promosi dan kemudiannya memuat naik iklan ke  laman web atau face book anda.

Namun ramai yang tidak menyedari akan cabaran sebenar ketika berniaga di face book, laman web atau blog. Untuk menceburkan diri dalam perniagaan online ini anda perlu bijak menguruskan medium face book, laman web atau blog anda. 

Anda perlu mempunyai kemahiran teknikal untuk menguruskan laman web atau face book anda.  Di samping itu anda juga perlu mempunyai pelbagai strategi dan taktik kerana anda tidak boleh hanya bergantung kepada satu taktik sahaja. 

Ini adalah disebabkan medium Face book atau laman web ini sentiasa berubah dari masa ke semasa. Malah perubahan yang berlaku ke atas laman sosial adalah lebih cepat berbanding perubahan persekitaran yang dialami leh peniaga konvensional. 

Misalnya, belum pun anda mahir dengan satu-satu teknik yang sesui dengan ciri-ciri face book, syarikat pengendali Face book menukar format face book yang lama kepada format baru. Oleh itu anda perlu mempelajari taktik baru untuk lebih 'compliance' dengan perubahan format face book tadi. Sekiranya anda tidak mahir atau hanya bergantung kepada satu taktik sahaja, anda akan ketinggalan dan seterusnya perniagaan online anda akan gagal.


4.       Tidak mempunyai bajet yang cukup.
Setiap aktiviti promosi pasti memerlukan bajet barulah promosi itu boleh berjaya mencapai matamatnya. Namun ramai di kalangan peniaga online ini yang bergantung kepada aktiviti promosi percuma. 

Walaupun ada segelintir  individu yang berjaya muncul sebagai peniaga online dengan hanya menggunakan medium percuma namun bilangannya adalah sedikit dan kemungkinan besar individu tersebut sebenarnya telah terkenal atau seorang 'public figure'. Oleh itu beliau sudah mempunyai ramai ‘followers’ luar sana sebelum beliau beralih dari konsep perniagaan secara fizikal kepada konsep maya. 

Jadi, untuk kes beliau yang sememangnya sudah mempunyai ramai ‘followers’ itu, beliau tidak perlu risau untuk membuat promosi berbayar bagi menarik follower mengunjugi laman web atau face book beliau. Beliau boleh mengharapkan kepada aktiviti promosi secara percuma sahaja sama ada menggunakan medium face book twitter, instagram atau pun blog untuk membuat promosi kepada followersnya.
Namun bagi anda yang  baru saja menceburkan diri ke dunia perniagaan secara atas talian ini sudah semstinya tidak mempunyai ramai ‘followers’. Jika ada pun mungkin sekitar 20 atau 30 orang followers sahaja. Itu pun terdiri dari kawan sekerja atau saudara mara anda. Bilangan yang sedikit ini sudah semestinya menghalang anda dari membuat promosi terhadap produk atau perkhidmatan anda.

Oleh itu anda perlu mencari individu- individu yang ada di laman sosial dan menarik mereka menjadi followers anda sebelum anda boleh menjual produk atau perkhidmatan kepada mereka. Aktiviti inilah yang memerlukan anda mempunyai bajet yang cukup.

Anda perlu memperuntukkan sejumlah wang bagi menghadiri mana-mana seminar  untuk mempelajari  taktik yang sesuai untuk membuat pengguna laman sosial mengenali anda dan seterusnya membolehkan anda membuat promosi. Di samping itu anda juga perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk menjalankan iklan berbayar  bagi menarik prospek supaya mengunjungi laman web atau 'wall face book' anda.

Sekiranya anda tidak mempunyai bajet yang cukup untuk membiayai aktiviti -aktiviti ini, anda  juga akan ketinggalan dan sudah pasti  perniagaan online yang anda jalankan itu menemui kegagalan.


Jadi bersediakah anda menghadapi cabaran-cabaran ini?

No comments:

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...