Sunday 19 November 2017

Cabaran peniaga internet

Ledakan dalam teknologi maklumat dan kadar penembusan internet di setiap rumah telah mencetus perubahan besar kepada kehidupan kita. Di Malaysia, kadar penggunaan internet adalah tinggi di mana Malaysia telah muncul sebagai negara ketiga yang mencatatkan peratusan pengguna Internet, iaitu dengan nilai sebanyak 67 peratus selepas Singapura dan Brunei.

Pertumbuhan dalam penggunaan initernet ini juga turut memberi kesan postif kepada sektor perniagaan. Sektor e-dagang di Malaysia telah mencatatkan salah satu urus niaga perkapita yang tertinggi di Asia Tenggara dan daripada rekod terbabit menunjukkan adanya potensi besar untuk pertumbuhan pasaran e-dagang di peringkat tempatan.

Namun begitu, di sebalik perubahan positif ini, sebenarnya ada satu cabaran yang  sedang mununggu peniaga yang menjalankan perniagaan secara atas talian atau e-dagang ini. Perubahan ini telah menyebabkan perubahan ke atas tabiat pembelian seseorang pengguna. Oleh itu peniaga atau individu yang menjalankan perniagaan atas talian perlu memahami pasaran baru ini sebelum mereka menjalankan perniagaan secara atas talian. 

Cabaran  pertama yang perlu dihadapi oleh peniaga yang menjalankan perniagaan secara atas talian ini ialah mengenal pasti kehendak dan keinginan pengguna yang semakin kompleks. Jika sebelum adanya perniagaan secara atas talian, pengguna tidak mempunyai banyak pilihan, tetapi setelah penggunaan internet semakin meluas, pengguna mempunyai banyak pilihan. Bukan saja produk di dalam negara, malah produk dari luar negara juga senang diperolehi.

Manakala cabaran kedua bagi individu yang menjalankan perniagaan secara atas talian ini ialah  saingan dari peniaga perorangan yang turut sama menjalankan perniagaan yang serupa dengan beliau.  dan saingan dari syarikat besar yang mempunyai jenama turut sama mengambil kesempatan untuk menawarkan produk mereka di atas talian. Kajian mendapati kebiasaannya bakal pelanggan lebih berminat untuk membeli produk yang ditawarkan oleh syarikat yang telah mempunyai jenama, berbanding dengan individu perorangan yang menawarkan produk yang sama walaupun dengan harga yang jauh lebih murah. 


Cabaran yang terakhir dan paling sukar dialami oleh individu yang menjalankan perniagaan secara atas talian ialah menukarkan prospek yang melawati laman web atau kedai online menjadi pelanggan. Berbanding  dengan menjalankan perniagaan secara fizikal, mempunyai kedai online memerukan anda lebih kreatif untuk menukarkan prospek atau individu yang singgah di laman web atau kedai virtual anda bertukar menjadi pelanggan. Mengikut kajian, 85 peratus bakal pelanggan itu sebenarnya sudah mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu produk sebelum beliau melayari sesuatu laman web atau kedai virtual anda. Oleh itu anda harus bijak untuk meyakinkan bakal pelanggan tadi bahawa produk yang anda tawarkan adalah pilihan terbaik buat beliau berbanding produk yang sama yang turut dijual oleh individu atau syarikat lain. 



5 comments:

Warisan Petani said...

Peniaga kena bijak mrebut peluang dan ruang dalam bussiness online yangsemakin berkembang di negara kita.

usryabdullah said...

Betul tu tuan. Tambahan pula di zaman sekarang ni. Serba serbi mahal. Pengguna ramai yang ikat perut.

Unknown said...

Post menarik banyak info berguna dan tips yang boleh terus diginakan dalam strategi pemasaran online.

usryabdullah said...

Terima kasih atas komen yang membina. InsyaAlah akan terus bekongsi ilmu dan maklumat demi kebaikan bersama.

mamapp said...

Boleh dijadikan nota buat mama peniaaga online Yang X berapa pandai ni

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...