Sunday, 10 December 2017

5 langkah bagaimana membina sebuah perniagaan yang berjaya




Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dari sehari ke sehari ini ramai yang mula berusaha  mencari pendapatan sampingan kerana mengeluh dan menyalahkan pihak tertentu tidak mendatangkan sebarang hasil. Malah ia semakin menyakitkan hati kita sendiri.


Dan kebiasaannya apabila disebut saja pendapatan sampingan, pasti ramai yang terfikir untuk menjalankan perniagaan sambilan di rumah. Namun begitu, ramai  yang tidak menyedari  bahawa 80% daripada perniagaan yang dibuka tanpa membuat sebarang  persediaan akan menemui kegagalan hanya  selepas dua atau tiga bulan anda menjalankan perniagaan tersebut (Harper 2003).


Kali ini kita akan bincangkan lima langkah yang perlu diambil oleh anda yang berhasrat untuk menjalankan perniagaan sambilan di rumah ( home based- business) supaya perniagaan sambilan  yang bakal anda jalankan itu benar-benar dapat  memberi sumber pendapatan sampingan kepada anda bukannya menambahkan lagi masalah kewangan anda yang sedia ada.


Langkah-langah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:


1.       Tentukan apa kemahiran anda
Syarat pertama untuk memulakan apa jua  perniagaan atau sebarang  aktiviti tambah nilai dalam kehidupan seharian kita  ialah dengan melakukan  apa yang  kita mahir bukannya  mengikut apa yang dicadangkan oleh rakan atau ahli keluarga  semata-mata.  Usah mudah terpengaruh dengan iklan atau tawaran bekerja sendiri di rumah. Mungkin ia sesuai untuk individu lain tapi bukan untuk anda.

Juga jangan terpengaruh dengan perniagaan sambilan yang diusahakan oleh saudara atau rakan anda walaupun perniagaan mereka itu maju dan mudah dilakukan. Ini adalah kerana  setiap individu dilahirkan unik dan dianugerahi  dengan kemahiran dan kelebihan yang berbeza.  Misalnya, ada  individu yang dianugerahkan dengan  bakat  sebagai penulis dan ada pula individu yang mempunyai kemahiran memasak atau membuat kraf tangan. 

Gunakan  kemahiran yang telah dianugerahkan kepada anda  itu sebaiknya dan tukarkan ia menjadi satu  punca pendapatan. Bukannya dengan meniru apa yang rakan atau saudara anda lakukan. 

2.       Gabungkan personality dan kemahiran  anda untuk dijadikan satu idea bisnes
Sebagaimana yang dibincangkan dalam ‘point’ nombor satu  tadi, setiap individu dianugerahkan kemahiran atau ‘talent’ tersendiri.  Di samping itu, kita juga mempunyai ‘traits’ atau personality yang berbeza.   

Perbezaan di antara personality dan kemahiran ialah personality ini adalah sifat dan karekter anda manakala kemahiran pula ialah apa yang anda ada dan perlu digilap supaya ia menghasilkan satu kelebihan buat anda. 

Cuba periksa   apa personality  anda dan  seterusnya apa kemahiran yang anda miliki. Kemudian gabungkan personality dan kemahiran yang anda ada itu untuk  diterjemahkan  kepada satu  produk atau perkhidmatan . 

Pastikan personaliti dan kemahiran anda adalah seiring atau ada sinergi di antara satu sama lain. Ini adalah kerana ada sesetengah individu yang mempunyai kemahiran tertentu tetapi tidak sesuai dengan personality beliau.  

Misalnya, anda mahir memasak tetapi personality  anda ialah seorang yang  ‘introvert’  atau pemalu.  Dengan ini adalah sukar untuk anda  mempromosikan masakan anda walaupun masakan anda adalah antara yang tersedap di taman perumahan tempat anda tinggal.  Atau pun mungkin  anda seorang yang ‘extrovert’ atau mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tetapi anda tidak tahu memasak. Juga sukar untuk anda menjadi seorang peniaga makanan. 

Pada langkah kedua  ini, cuba anda senaraikan sebanyak mungkin jenis  bisnes yang sesuai dengan kemahiran dan personality anda. 

3.       Buat pemilihan idea bisnes yang sesuai
Setelah anda menyenaraikan  jenis perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan personality anda.  Kini tiba pula langkah seterusnya, iaitu  membuat pilihanjenis bisnes  yang betul-betul sesuai diusahakan sebagai perniagaan dari rumah.  

Ini adalah kerana tidak semua idea perniagaan yang anda senaraikan tadi sesuai diusahakan secara sambilan dari rumah.  Misalnya anda bercadang untuk mengusahakan perniagaan menjual makanan di rumah anda sedangkan anda tinggal sebuah deretan rumah teres. Perniagaan sebegini tidak sesuai dilakukan  secara ‘home based-business’ kerana ia akan  mengganggu ketenteraman jiran.   

Sudah pasti jiran- jiran di sekeliling anda merasa tidak selesa denga kedatangan pelanggan anda yang mungkin akan meletakkan kenderaan di sekitar kawasan mereka.  Oleh itu, perniagaan menjual makanan secara ‘home based-business’ adalah tidak sesuai walaupun perniagaan itu sudah kena dengan personality dan kemahiran anda. 

Lupakan saja idea tersebut dan  kembali semula kepada senarai jenis-jenis perniagaan yang sesuai dengan personality dan kemahiran yang anda sediakan sebelum ini  dan pilih perniagaan yang sesuai.  

4.       Buat anggaran atau belanjawan untung rugi
Setelah anda  temui satu idea perniagaan yang sesuai, langkah seterusnya ialah  membuat kira-kira untung rugi atau ‘pojection’.   

Cuba anda ‘figure out’  berapa ramai bakal pelanggan yang sudi membeli produk atau perkhidmatan anda  dan berapa nilai yang mereka sanggup bayar untuk produk atau perkhidmatan yang bakal anda tawarkan nanti.
Soalan kedua ialah , adakah anda boleh menjana pendapatan secara berterusan  dengan perniagaan yang bakal  diusahakan nanti? 

Jawab kedua-dua dua persoalan tadi secara jujur.  Sekiranya jawapan tersebut tidak memihak kepada anda, jangan lakukan perniagaan yang dirancang itu.  Kembali  semula kepada langkah 1 sehingga 3 tadi sehingga anda menjumpai satu perniagaan yang benar-benar ideal.   

Dari kajian yang dijalankan, ramai individu yang terperangkap dalam langkah ini kerana mereka terlalu teruja untuk  menjalankan perniagaan    dan  mencari pendapatan sampingan sehingga  lupa untuk membuat anggaran dan perkiraan sebegini.   Hasilnya, ramai yang  gagal di tengah jalan.

5.       Buat pelan perniagaan
Setelah anda menjumpai satu perniagaan sampingan yang benar- benar ideal serta menepati ke empat-empat spesifikasi yang dibincangkan  tadi, sekarang tibalah langkah terakhir, iaitu  membuat pelan  perniagaan.  

Dengan menyediakan pelan perniagaan, ia akan memberi  anda satu maklumat awal tentang perniagaan yang bakal dilaksanakan nanti  sama ada perniagaan tersebut boleh membantu untuk menjana  pendapatan atau sebaliknya.

Dan sekali lagi, sekiranya semasa anda menyediakan  pelan perniagaan ini anda dapati seakan  tidak menepati atau dengan kata lain perniagaan yang anda bakal laksanakan nanti tidak boleh pergi jauh, sila kembali semula kepada langkah satu, dua, tiga dan empat.

Ulangi kembali keempat-empat langkah yang dibincangkan  tadi sehingga anda menjumpai satu peluang yang benar-benar menepati kelima-lima langkah ini.

Jangan  cepat berputus asa jika anda tidak menjumpai sebarang perniagaan yang sesuai mengikut teknik yang ditulis ini   kerana adalah menjadi perkara biasa atau lumrah bagi individu  yang berjaya dalam perniagaan terpaksa  membuat dua atau tiga kali teknik ini dan  pelan perniagaan sebelum beliau benar-benar menjumpai satu perniagaan yang sesuai dan menepati skop seperti yang ditetapkan. Iaitu satu perniagaan yang benar-benar ideal dan mampu memberi pulangan yang lumayan.

Sekian untuk kali ini




8 comments:

paridah said...

Untuk memulakan perniagaan mesti ada sifat berani, rajin selain modal

Warisan Petani said...

WP ada juga berniaga suka2 hasil tanaman sendiri di pasar tani dan paskam (pasar kampung).

Kak Su @KakSu ~ Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online said...

Setuju sangat, belanjawan untung rugi dan pelan perniagaan tu yang paling sering diketepikan kita2 yang niaga online dari rumah ni, kan

Usry Norie said...

Setuju

Usry Norie said...

Lagi masyuk sebab sendiri yang keluarkan produk, sendiri yang jual. Tak guna orang tengah. Teruskan usaha tuan.

Usry Norie said...

Betul tu puan. Kerana teralu excited nak berbisnes, terus kita 'rempuh' je tanpa buat pelan terlebih dahulu.
Proses membuat pelan perniagaan ni akan memberi gambaran sama ada projek yang kita nak buat tu ada peluang atau sebaliknya. Jika kita tak boleh 'connect the dots'semasa membuat pelan perniagaan, bermakna kita juga tidak akan dapat embuat tindakan selanjutnya bila kita mula berniaga nanti.
Orang kata, jika atas kertas pun kita dah gagal, kalau di alam nyata lagi la 2 kali ganda kita akan gagal.

Khairul Zamri said...

Mesti berani, berani ambil peluang, berani ambil risiko, berani mencuba, berani berhadapan cabaran, berani berkorban, berani membuat perubahan dari semasa ke semasa

Usry Norie said...

Terima kasih atas komen ini. Tepat sekali tuan.

GST VS SST

Isu  berkenaan kesan cukai SST kepada pengguna nampaknya masih hangat diperkatan. Jika semalam  ada pihak yang melahirkan  kebimbangan a...