Thursday 18 January 2018

Ringgit Malaysia Sudah Kembali Kukuh!



Seminggu dua ini banyak berita baik dilaporkan dalam akhbar tempatan berkenaan ekonomi negara.  Berita yang agak menarik perhatian saya untuk dimuatkan dalam entri kali ini ialah berkenaan berita  kenaikan nilai ringgit.  Ini adalah kerana  ringgit Malaysia telah mengalami kejatuhan sebanyak 23%  bermula  September  2016 sehingga penghujung tahun 2017.  

Kejatuhan ini adalah kejatuhan yang terburuk dan paling lama sepanjang lima tahun. Walaupun mata wang negara membangun yang lain juga turut mengalami kejatuhan pada tahun 2017 yang lalu, namun pestasi ringgit adalah yang  terburuk di Asia . 

Kejatuhan ringgit ini telah memberi kesan negatif  kepada seluruh rakyat  Malaysia sama ada golongan peniaga mahupun  golongan pengguna.  Antara kesan yang paling ketara diperbincangkan oleh majority rakyat kita pada tahun lepas ialah berkenaan kenaikan kos sara hidup yang  berterusan akibat tekanan  inflasi import.

Sebagaimana yang kita ketahui, hampir 70% daripada barangan kegunaan harian adalah diimport dari luar negara seperti. Antara barangan yang dimport termasuklah  ikan, bawang, daging, tekstile, pakaian, barangan elektronik, dan buah-buahan.  Aktiviti mengimport ini memerlukan pertukaran matawang asing dan kebiasaannya matawang yang digunakan ialah dollar US.   

Oleh itu apabila ringgit kita jatuh berbanding Dollar, harga barangan yang diimport akan menjadi semakin mahal kerana pengimport kita terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan kuantiti produk yang sama.

Sudah menjadi  kebiasaan di mana  pengimport tidak akan menanggung sebarang kerugian akibat dari kejatuan nilai ringgit ini. Oleh itu mereka akan menjual  barang yang diimport tadi kepada pengguna  dengan harga yang lebih mahal dari sebelumnya.  

Tetapi pada akhir tahun 2017 dan sehingga artikel ini ditulis, nilai matawang negara dilaporkan  telah meningkat secara perlahan-lahan.  Sehingga kini ringgit Malaysia telah meningkat sebanyak 10% berbanding tahun 2017. 

Antara faktor yang menyokong kenaikan  ini  ialah disebabkan oleh laporan pertumbuhan ekonomi negara kasar (KDNK) dan peningkatan indeks perindustrian (IPI) yang dikeluarkan oleh kerajaan pada hujung tahun 2017 yang lalu. 

Untuk rekod, KDNK negara telah mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6%  pada  tahun 2017 manakala nilai eksport pula tumbuh dengan kadar purata 20.7% dan IPI mencatat pertumbuhan sebanyak 5.0%. Kenaikan ini telah menyumbang kepada keyakinan pelabur untuk membeli semula ringgit dan seterusnya menyebabkan nilai ringgit ke paras yang kita ada sekarang.

Sekiranya  nilai ringgit ini berjaya mencatatkan kenaikan secara berterusan  ataupun kekal di paras sekarang untuk tempoh enam bulan dari sekarang,  sektor perniagaan dijangka akan kembali rancak pada suku kedua tahun 2018 nanti.

Ketika  itu pendapatan boleh guna rakyat akan kembali meningkat berbanding sekarang kerana  kenaikan nilai ringgit ini akan membantu  peniaga menjimatkan kos oeprasi mereka terutamanya  kos mengimport  barangan dari luar negara.  Ini secara tidak langsung  akan  mendorong peniaga  menjual produk yang diimport tadi  dengan harga yang lebih murah.

Jika keadaan ini berkekalan,  negara kita bakal kembali menjadi perhatian kepada pelabur-pelabur asing untuk  kembali  melabur di sini. Kedatangan mereka nanti akan membuka peluang pekerjaan  kepada pnduduk dan seterusnya membantu mengurangkan kadar pengagguran.  Sekali lagi ia memberi kesan postif kepada perbelanjaan pengguna. Sementara peniaga juga akan turut menerima tempias positif ini. 

Namun yang menjadi persoalan atau tada tanya ialah adakah peningkatan nilai  ringgit yang berlaku semenjak dua menjak ini adalah bersandarkan kepada faktor fundamental ekonomi negara yang semakin kukuh? 

Adakah ringgit akan bergerak dan menepati sasaran seperti mana yang dijangka oleh pakar ekonomi ? Atau  kenaikan ini hanya bersifat sementara dan ia adalah sebahagian daripada aktiviti speculator yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan  sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum ke 14? 

Sama-sama  kita tunggu perkembangan ini pada suku kedua  2018 nanti.

3 comments:

Abam Kie said...

Jika betul la RM meningkat berbanding dollar, memang bagus la utk ekonomi negara kita.....

usryabdullah said...

Buat masa sekarang ringgit memang meningkat. Cuma kita tak tahu berapa lama situasi ini akan kekal. Jika ia kekal untuk tempoh 4-5 bulan, InsyaAllah ini satu berita gembira buat kita dan ekonomi kita akan kembali ke landasan sebenar.
Tetapi, jika ia kembali melorot ke tangga RM4.30 untuk 1USD, kita akan susah...

Jaja Zaleha said...

Saya memang kurang tahu bab nilai ringgit ni tapi pasal kenaikan harga barang tu memang dirasai juga.. mudah-mudahan nilai ringgit kita tak jatuh lagi.

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...