Tuesday 27 March 2018

Dividen Bank Rakyat tahun ini 16%. Duit lagi!




Berita baik untuk pemegang saham Bank Rakyat, hari ini BANK Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 16 peratus berjumlah RM480 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 berbanding 15 peratus pada 2016.

Pengerusinya, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, bank itu mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.05 bilion iaitu peningkatan 17.8 peratus berbanding RM1.74 bilion pada 2016. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pengumuman dividen oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin di Kuala Lumpur. Mengulas selanjutnya, Shukry berkata, Bank Rakyat mencatat peningkatan keuntungan bersih sebanyak 17.2 peratus kepada RM1.36 bilion berbanding RM1.16 bilion pada 2016.

Alhamdulillah.  Rezeki lagi. Lepas la untuk isi minyak kereta dua minggu. Hehe...
Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana saya dapat saham Bank Rakyat. Ceritanya begini.

Kebiasaannya jika anda pernah menjadi  anggota Perkhidmatan Awam, ‘for sure’ anda mesti pernah membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat. Saya juga tidak terkecuali.  Pada Tahun 2000  dulu ketika saya masih bergelar anggota perkhidmatan awam saya  juga ada memohon pinjaman peribadi dari Bank Rakyat. Jumlah pinjaman dan sebab buat loan?.. Biarlah rahsia, cuma nak bagitahu yang  saya  juga ‘entitle’  mendapat 1000 unit saham Bank Rakyat. 

Cara kedua pula ialah, dengan cara anda membeli saham daripada Bank Rakyat. Namun cara ini adalah susah dan anda perlu banyak bersabar kerana Bank Rakyat tidak selalu menawarkan sahamnya kepada orang ramai secara terbuka pada setiap tahun. Jika benar-benar perlu, baru Bank Rakyat akan menawarkan saham kepada orang ramai. Itu pun setelah mendapat kelulusan daripada Bank Negara, bukan main suka-suka aje buka atau offer saham kepada orang ramai. 

Kalau tak salah, kali terakhir Bank Rakyat menawarkan sahamnya kepada orang ramai pada tahun 2013 dulu dan saya pernah juga pergi ke kaunter Bank Rakayat dan  isi form  untuk tambah saham, tapi tak lepas atau dengan kata lain tak lulus.
Mungkin ramai sangat kot yang berminat. Maklumlah dividennya tak pernah kurang dari 10% setahun.   Kalau anda ada saham bernialai RM1000, anda dapat dividen RM160. Jika anda mempunyai saham bernialai RM10,000, sudah pasti anda mendapat dividen  RM1,600. Lebih meriah berbanding dividen ASB atau ASN atau ASW dan yang seangkatan dengannya.

Akhir kata, tahniah kepada yang mendapat duit terpijak ini dan kepada yang tidak bernasib baik, cuba intai-intai dan tanya kawan-kawan yang kerja di Bank Rakyat jika ada lagi Bank Rakyat offer saham. Tak pun anda boleh 'kauteam' dengan kawan anda yang bekerja di Bank Rakyat untuk standby dan inform anda jika ada sapa-sapa pemegang saham Bank Rakyat yang 'terdesak' dan nak 'let go' saham dia. Mungkin anda boleh 'kauteam' ikut tepi..

Sunday 25 March 2018

Persekitaran Umum sesebuah perniagaan





Bertemu kembali kita dalam perbincangan berkenaan persekitaran perniagaan. Sebelum ini kita telah mengetahui bahawa terdapat dua persekitaran perniagaan yang perlu diketahui oleh setiap peniaga atau usahawan. Persekitaran tersebut ialah persekitaran umum dan persekitaran khusus.

Dalam entri kali ini, kita akan bincangkan apa itu persekitaran umum untuk memberi kefahaman kepada anda tentang perkara ini.


Persekitaran umum ialah semua kejadian di luar organisasi atau perniagaan anda yang berpotensi untuk mempengaruhi dan memberi kesan kepada kestabilan perniagaan yang sedang anda usahakan.  Persekitaran luaran ini  selalu berubah-ubah mengikut peredaran masa dan suasana.


Dalam persekitaran umum ini terdapat lima komponen utama yang akan memberi kesan kepada perniagaan anda iaitu keadaan ekonomi semasa, kestabilan politik, perundangan, perkembangan teknologi dan yang akhir sekali sosio budaya.
Sebarang perubahan yang berlaku kepada salah satu dari komponen ini akan memberi kesan kepada perniagaan anda. 

Contohnya, sebagaimana kes yang dialami oleh syarikat pengeluar minyak terbesar negara, Pertonas sepanjang tahun 2016 dan 2017 yang lalu.  Kita semua tahu bahawa keuntungan yang diperolehi oleh syarikat ini banyak bergantung kepada keadaan ekonomi negara. 

Pada tahun 2017, keadaan ekonomi negara sedikit suram. Permintaan ke atas kereta persendirian juga mula perlahan.  Dengan ini permintaan terhadap petrol juga mula terjejas. Situasi ini telah memberi kesan kepada hasil jualan petrol yang dikeluarkan oleh syarikat Petronas ini.

Situasi ini diburukkan lagi dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia sepanjang tahun 2016 sehingga 2017 yang lalu.  Kejatuhan harga minyak mentah dunia ini juga telah memberi kesan kepada keuntungan yang  diperolehi oleh syarikat ini.
Kita andaikan syarikat Petronas mengeluarkan 1 juta tong sebulan.  

Sewaktu  harga minyak mentah dunia berada di paras USD80 setong.  Pendapatan yang diperolehi oleh Pertonas ialah sebanyak USD80 juta. Tetapi apa jadi  sewaktu  harga minyak mentah dunia jatuh ke paras USD50 setong pada pertengahan 2017 yang lalu?
Jawapannya ialah, pendapatan yang diperolehi oleh syarikat ini telah merosot kepada USD50 juta sebulan berbanding USD80 juta sebelum ini. Pendapatan Petronas ini telah susut sebanyak USD30 juta.

Inilah adalah contoh yang menunjukkan bagaimana persekitaran umum (faktor ekonomi) memberi kesan kepada sesebuah perniagaan. Begitu juga dengan faktor lain seperti factor politik, sosial, teknologi dan dasar kerajaan.  Faktor-faktor ini juga boleh memberi kesan kepada perniagaan anda.

Tuesday 20 March 2018

Cerita dari seekor anak ayam



Sewaktu proses penetasan telur, Kita biasanya akan ibu ayam akan mengeram telur-telurnya setiap masa untuk memberi telur-telurnya haba yang cukup supaya telur itu matang. Tetapi hanya setakat ini sajalah tugas ibu ayam tersebut. 

Ibu ayam itu hanya mampu mengeram telur-telurnya untuk memberi haba dan kepanasan yang secukupnya saja. Selebihnya terpulanglah kepada kemahuan dan keinginan anak ayam yang berada di dalam telur itu untuk berusaha mematuk kulit telur tadi dan keluar dari telurnya tadi.

Begitu juga dalam kehidupan ini. Apabila kita menghadapi sebarang kesulitan atau menghadapi sebarang masalah, kita akan mendapatkan nasihat atau saranan daripada kawan atau sahabat. Kita berharap agar ada di antara rakan dan sahabat kita dapat membantu. Rakan dan sahabat kita sememangnya boleh membantu.

Namun apa yang mereka mampu lakukan hanyalah sekadar memberi jalan dan berkongsi pengalaman mereka bagaimana mereka melakukan sesuatu tugasan itu atau menyelesaikan satu-satu masalah sehingga berjaya. 

Selebihnya terpulanglah kepada keinginan dan kemampuan diri kita sendiri untuk bertindak bagaimana menyelesaikan masalah tersebut dengan jayanya. Keinginan dan kemampuan inilah yang akan menggerakkan diri kita dengan sukarela dan bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat itu.

Sunday 18 March 2018

Memantau persekitaran Perniagaan






Bertemu kembali dalam perbincangan berkenaan persekitaran dan dunia perniagaan. Jika dalam entri yang lepas kita telah mengenali dua jenis persekitaran perniagaan. Pesekitran tersebut iaitu persekitaran luaran dan persekitaran dalaman. 

Berdasarkan teori system, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Di sinilah pentingnya seseorang peniaga itu memantau persekitaran perniagaan sepanjang masa.


Persekitaran luaran ialah semua kejadian  yang berlaku di luar organisasi atau perniagaan kita yang berpotensi untuk mempengaruhi dan memberi kesan kepada kestabilan perniagaan yang sedang kita diusahakan.  Sifat persekitaran luaran ini ialah ianya selalu berubah-ubah mengikut peredaran masa dan suasana.


Manakala Persekitaran dalaman pula ialah apa yang berlaku di dalam organisasi yang akan memberi kesan kepada corak perniagaan, pengurusan , pekerja dan budaya dalam organisasi kita. Misalnya, anda membuka syrikat penghantaran barang.  Tiba-tiba salah seorang pekerja anda telah memberi  berhenti kerja 24 jam. Ini akan mengganggu kelancaran perniagaan anda dengan segera. 


Jika sebelum ini anda boleh menghantar pesanan pelanggan dalam tempoh sehari, tetapi disebabkan seorang pekerja anda telah  berhenti, anda terpaksa memberitahu pelanggan yang menggunakan khidmat anda  supaya menunggu dalam tempoh dua hari kerana dengan  seorang saja pemandu , adalah sukar untuk dia menghantar barang  dengan cepat seperti sebelum ini . Oleh itu anda perlu bertindak dengan segera bagi mengatasi masalah ini supaya perniagaan anda tidak terjejas.


Tetapi jika berlaku sebarang perubahan dalam persekitaran luaran, anda tidaklah  perlu membuat perubahan dengan segera sebagaimana berlakunya perubahan dalam persekitaran dalaman  syarikat, sebaliknya anda perlu memantau perubahan tersebut untuk satu tempoh tertentu sebelum bertindak. Namun anda tetap juga perlu bertindak bagi menghadapinya.  Cuma masanya saja tidaklah sesegera sebagaimana berlakunya perubahan dalam persekitaran dalaman.


Mengikut Ghobadian dan vandarajan (2010), selain dari mengurus persekitaran dalaman, persekitaran luaran juga merupakan satu lagi faktor yang perlu diambil kira oleh setiap peniaga. Ini adalah kerana sebarang strategi perniagaan yang dirancang tidak akan berkesan sekiranya ia tidak sesuai dengan  persekitaran semasa. Walaupun dalam persekitaran dalaman syarikat anda adalah ‘tip top’ tapi jika strategi yang anda laksanakan itu tidak sesuai dengan persekitaran luaran, perniagaan anda tetap akan menghadapi masalah untuk jangka panjang.

Misalnya setika berlakunya kemelesetan ekonomi seperti yang kita alami sekarang ini. Apabila sesebuah negara itu menghadapi krisis ekonomi, permintaan dari kalangan pengguna akan menjadi perlahan kerana kuasa beli mereka  menjadi semakin rendah. Oleh itu, jika anda dapat membaca situasi ini dengan cepat, anda sudah boleh bersedia dan merancang apa yang sepatutnya anda lakukan pada dua atau tiga bulan akan datang supaya perniagaan anda tidak terjejas teruk.  

Kecekapan anda ketika membuat analisis persekitaran luaran dan bertindak balas dengan baik terhadap perubahan yang berlaku itu akan memberi impak positif kepada perniagaan anda pada masa hadapan. 

Namun apa yang menyedihkan ialah, ramai di kalangan peniaga kecil yang tidak mengendahkan tentang perkara ini berbanding pengurus yang mengurus perniagaan bertaraf korporat (Hashim,2008, Zakaria 2010). Malah jika golongan peniaga kecil ini bertindak balas pun, biasanya apabila keadaan itu sudah menjadi semakin teruk dan harapan untuk perniagaan mereka dipulihkan sudah tipis. 

Saturday 10 March 2018

Kategori dan ciri persekitaran perniagaan






Sebagaimana yang pernah anda pelajari atau baca di dalam mana-mana buku pengurusan, terdapat dua kategori persekitaran yang perlu diberi perhatian oleh setiap usahawan sewaktu mengurus perniagaan mereka. Persekitaran tersebut adalah;
i.               Persekitaran luaran.
ii.            Persekitaran dalaman


i)             Persekitaran luaran
Ialah semua kejadian di luar organisasi atau perniagaan beliau yang berpotensi untuk mempengaruhi dan memberi kesan kepada kestabilan perniagaan yang sedang diusahakan.  Persekitaran luaran ini  selalu berubah-ubah mengikut peredaran masa dan suasana.

ii)            Persekitaran dalaman
Persekitaran dalaman pula ialah situasi atau arah aliran dalam organisasi yang memeberi kesan kepada pengurusan, pekerja dan budaya (culture) sesebuah organisasi.

Terdapat dua ciri perubahan  yang berlaku pada persekitaran perniagaan ini, iaitu persekitaran yang berubah secara perlahan atau stabil dan persekitaran yang berubah secara mendadak dan bergolak (turbulent). 

Persekitaran yang berubah secara perlahan ini amat diharapkan dan disukai oleh mereka yang menjalankan perniagaan kerana persekitaran seperti ini amat stabil. Keadaan ini menggambarkan suasana ekonomi yang baik dan mantap. Kadar inflasi juga terkawal dan golongan pengguna mempunyai kuasa beli yang besar. 

Oleh itu peniaga mudah untuk membuat andaian atau jangkaan  tentang corak perbelanjaan mereka. Ini memberi peluang kepada golongan peniaga  membuat rancangan perniagaan dengan lebih teratur.  Persekitaran seperti ini boleh juga katakan sebagai persekitaran yang ‘mesra perniagaan’.

Manakala persekitaran yang bergolak (turbulent) pula adalah di mana  perubahan yang berlaku di dalam persekitaran adalah secara pantas dan tidak menentu.  Kadang-kadang pertumbuhan ekonomi  menjadi terlalu perlahan. Dan kadar inflasi pula boleh meningkat secara tiba-tiba.  

Situasi tidak menentu seperti ini  akan menyebabkan  golongan pengguna mula hilang kuasa membeli dan terpaksa menghadkan perbelanjaan harian mereka.   Apabila keadaan ini berlaku, peniaga terpaksa mengurangkan stok yang disimpan di dalam kedai meraka untuk mengelakkan kerugian.  

Namun ada pada masa-masa tertentu pula persekitaran yang suram ini tiba-tiba berubah menjadi ‘mesra pengguna’ tetapi dalam tempoh yang amat singkat sehinggakan para peniaga tidak sempat untuk membuat persediaan.
Kesannya, peniaga masih tidak dapat membuat jualan walaupun suasana semasa amat memberangsangkan. 
Persekitaran bergolak atau 'turbulant' ini adalah seakan sama seperti apa yang sedang kita alami sekarang ini. 
 
Jika dibandingkan  keadaan persekitaran yang stabil, persekitaran bergolak atau ‘turbulant’  ini tidak mesra peniaga.

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...