Saturday, 14 April 2018

General Axiety Disorder. Tiga langkah untuk anda menanganinya.



Pernahkan anda tiba-tiba merasa takut yang amat sangat tetapi anda tidak tahu apa yang menyebabkan anda berperasaan sedemikian? 

Pada saat itu anda merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena bakal terjadi kepada anda. Kesannya anda akan merasa gelisah setiap masa.  Buat itu tak jadi, pegang ini tak kena. Fikiran anda juga semacam tidak tenteram. 
Jantung pula kerap berdebar-debar tanpa sebab. Kadang-kadang bila anda terlalu risau, anda rasa seperti tidak cukup oksigen untuk bernafas dan anda rasa seperti orang sedang kelemasan dan hendak pitam.

Jika anda pernah mengalami persaan sedemikian, ketahuilah bahawa tanda-tada itu adalah  symptom ketakut melampau atau dalam bahasa perubatannya dipanggil General Anxity Disorder (GAD).

GAD ini adalah salah satu daripada cabang atau kumpulan penyakit mental. Namun ia tidaklah seteruk penyakit Schizopernia  atau kemurungan melampau. Tetapi jika symptom ketakutan melampau ini tidak dikawal dari awal, ia boleh menyebabkan anda terjerumus ke peringakt seterusnya.

Mengikut kajian Kementerian kesihatan Malaysia, dalam setiap sepuluh orang penduduk Malaysia pada hari ini, empat orang daripada kita da  mengalami satu masalah yang dinamakan masalah ketakutan melampau. Manakala mengikut statistik tak rasmi, seramai 12 juta penduduk dunia juga mengalami masalah kemurungan atau ketakutan melampau ini (The Star 15 April 2018).

Fobia disorder ini merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi.  Antara simptom ketakutan melampau ialah seperti dia berasa seperti diperhatikan. Kadang-kadang dia juga akan terfikir jika sesuatu yang buruk terjadi padanya. Ini akan membuatkan  dia mula membataskan diri serta mengelak daripada bergaul atau bercakap dengan orang lain. Malah ada ketikanya akan  menyebabkan dia  tidak mahu keluar rumah walaupun untuk ke tempat kerja.

Orang yang menghadapi masalah ini juga sebenarnya  sedar bahawa ketakutan yang dialaminya itu adalah keterlaluan  dan dia juga sedar bahawa  apa yang ditakuti  itu  juga sebenarnya tidak mungkin boleh berlaku. Namun dia masih tidak berdaya untuk melawan perasaan takut tersebut. Tambahan pula jika dia terlalu memikirkan perkara tersebut secara keterlaluan dan dari sudut yang terlalu ‘complecated’.

Jadi, sekiranya anda juga mula mengalami simptom ketakutan melampau ini, eloklah anda berusaha merawatnya sewaktu ianya masih di peringkat awal supaya keadaan tidak bertambah buruk.  

Di sini kita bincang tiga kaedah bagaimana untuk menangani masalah ini supaya ianya tidak berpanjangan menghantui kehidupan anda.

1.   Sentiasa mencatat di dalam diari atau catatan harian
Kadang-kadang meluahkan perasaan kepada rakan atau sahabat terasa sukar kerana kita tidak dapat membuat tafsiran yang jelas tentang apa yang sedang kita rasai. Oleh itu apa yang masih terbuku di hati atau bermain di minda kita itu masih belum terungkai sepenuhnya.

Salah satu dari cara alternatif  yang boleh anda lakukan ialah dengan menulis apa yang sedang anda rasakan pada ketika itu sama ada  marah, takut,  sedih, atau pun rasa tak puas hati dengan keadaan sekitar atau kawan-kawan sekeliling dalam buku catatan harian atau diari. Jika tidak boleh dihuraikan dengan tulisan, anda juga boleh menggambarkan melalui lukisan. Lakukan setiap hari dan setiap kali perasaan itu datang mengganggu anda.

Elakkan dari memuat naik status atau ‘update’ perasaan anda di laman sosial seperti Facebook atau twitter, kerana dibimbangi memberi kesan lain pula kepada anda apabila membaca komen-komen atau respond dari rakan media anda. Silap-silap tindakan anda memuat naik satus itu bukan  mengurangkan masalah, sebaliknya mengundang lebih masalah kerana anda terpaksa menepis dan menjawab komen-komen dari rakan media anda.

Dengan menuliskan apa yang anda alami itu  anda akan merasa lebih lega dan tenang kerana semuanya sudah dilepaskan.  Di samping itu, tindakan ini anda juga akan membantu anda menilai semula bahawa tidak semua hari yang anda lalui itu dipenuhi ketakutan atau negative.  Kadang-kadang ada juga peristiwa positif yang anda tempuhi dalam hidup anda.

Dengan ini ia secara tidak langsung akan merangsang semangat anda untuk mencipta hanya yang positif saja dalam diri anda bagi membolehkan anda menulis perkara tersebut dalam buku harian anda itu. Ini sedikit sebanyak akan membantu anda menyingkirkan perasaan negatif sedikit demi sedikit dalam hidup anda.

2.      Menikmati alam semulajadi
Kajian yang dilakukan oleh Brighton and Sussex Medical School, mendapati jika anda melazimi mendengar suara alam selama 5 – 10 minit, ia mampu menyegaran minda dan fizikal kita. 

Malah pengkaji dari institut tersebut juga mendapati sekiranya pesakit yang mengalami masalah depressi meluangkan masa berjalan-jalan selama beberapa minit  di kawasan semulajadi yang mendamaikan, ia mampu memberi ketenangan kepada minda dan tubuh beliau.

Dengan aktiviti berjalan sambil mendekatkan diri dengan alam semula jadi atau  rajin mendengar suara alam semulajadi juga mampu meransang minda bawah sedar untuk membantu anda mencari jalan bagi mengatasi perasaan takut yang keterlaluan itu.

3.      Mendekatkan diri dengan tuhan

Kepada anda yang beragama islam, solat adalah antara perkara mudah  dan efisien untuk mengadu terus segala masalah  kepada Sang Pencipta. 

Apabila bersolat, kita dapat berhubung secara terus dengan Allah dan Allah sentiasa mendengar segala perkara yang kita keluhkan.  Selesai solat, perbanyakkan zikir dan beristighfar. Insya-Allah diberikan ketenangan.
   
  Kepada  mereka yang bukan beragama islam, cuba-
  cubalah merapatkan diri dengan tuhan mengikut amalan  
  agama masing-masing. Ceritakan masalah yang sedang 
  anda  hadapi kepada  tuhan anda. 
  Di samping itu rajin-rajinlah membaca kitab suci kalian dan  
 pelajari cara mengendalikan diri agar kehidupan  
 anda selalu tenang dan damai dalam kebenaran.
                                                                  

2 comments:

Nieve said...

Saya ada seorang kawan mempunyai disorder begini. Dia selalunya berpeluh-peluh jika keresahan melampau antara tanda2 awal.

Usry Norie said...

Memang agak sukar untuk melawan perasaan ini tapi dengan sokongan ahli keluarga dan orang tersayang, kebanyakan kes sebegini tidak berpanjangan.

Jangan Anggap bencana itu sebagai balasan dari tuhanmu..

  Sehari dua ini ‘kita’ masih lagi menerima kiriman whatsapp dari kawan sama ada secara personal atau yang dipos dalam ‘whatsapp gro...