Monday 2 April 2018

Persekitaran Khusus Perniagaan




Bertemu kembali dalam perbincangan berkenaan strategi dan perniagaan. Kita masih lagi membincangkan tentang persekitaran perniagaan. Jika sebelum ini kita membincangkan tentang kesan perubahan persekitaran luaran ke atas perniagaan anda, kali ini kita bincang pula apa kesan yang berlaku sekiranya persekitaran khusus pula yang mengalami perubahan.

Sebagaimana yang sedia maklum, persekitaran khusus adalah segala hal yang bersangkutan dengan elemen-elemen seperti  pengguna, pesaing, pembekal, peraturan industri dan golongan berkepentingan yang terdapat dalam sesebuah industri yang anda ceburi.   Kelima-lima elemen ini  juga turut dikenali sebagai faktor lima kuasa ( five forces factors).

Sebarang perubahan yang berlaku kepada salah satu dari lima elemen yang terdapat dalam persekitaran khusus ini,  juga akan  memberi kesan kepada perniagaan yang anda usahakan. 

Misalnya kesan dari pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas produk kegunaan harian seperti susu tin, sardin, kopi, makanan segera serta beberapa produk kegunaan harian yang lain.

Apabila cukai ini diperkenalkan beberapa tahun yang lalu, harga barangan telah menjadi semakin mahal kerana pihak peniaga/pembekal terpaksa membayar cukai barangan tersebut kepada kerajaan. Lantaran itu, pihak peniaga/pembekal ini akan memindahkan bebanan cukai ini kepada pihak pengguna. Kesannya, harga barangan akan meningkat.Di samping itu juga, ia secara tidak langsung akan mempengaruhi kuasa beli pengguna.

Oleh itu, kesan yang boleh anda perhatikan ialah jika sebelum ini  golongan pengguna/ pelanggan anda  biasanya membeli susu tin sebanyak lima tin pada setiap bulan, tetapi disebabkan harga susu tin ini sudah naik  kesan dari pengenalan cukai ini,  pengguna kini hanya mampu membeli sebanyak empat tin sahaja  pada setiap bulan. Selebihnya mereka terpaksa memperuntukkan  wang  untuk membeli barangan lain pula.

Dengan ini jika anda adalah seorang peniaga pasar mini, akan akan dapaat melihat bagaimana trend jualan susu tin di kedai anda mula merosot.  Kesan ini seterusnya akan mengurangkan hasil  yang  anda perolehi berbanding sebelum cukai ini dilaksanakan. 

Oleh itu, sebagai seorang peniaga yang mempunyai strategi anda perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi situsi ini sama ada dengan mengurangkan pesanan stok susu tin dari pembekal  atau anda juga boleh menambah stok dengan membeli susu tin dengan jumlah yang lebih banyak untuk mendapat haga diskaun dari pembekal.  Kedua-dua pilihan ini pasti ada pro dan kontranya tetapi mahu atau tidak anda perlu bersedia dan bertindak mengikut situasi yang anda hadapi. 

Oleh itu, selain dari memantau persekitaran umum seperti persekitaran ekonomi, 
politik, sosial, teknologi dan perundangan, sebagaimana yang dibincangkan dalam entri sebelum ini, persekitaran khusus yang terdiri dari lima elemen yang disebutkan tadi juga perlu anda perhatikan sekiranya anda ingin 'survive' dalam perniagaan yang anda usahakan. 

Sekian untuk kali ini.

2 comments:

MisDiarios said...

wahh menarik :D

usryabdullah said...

Ini adalah kesinambungan dari siri sebelum ini.
InsyaAllah akan disambung lagi dari masa ke semasa untuk perkongsian bersama.

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...