Saturday, 23 June 2018

Kitaran Ekonomi ( Siri 1)

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. 

Setelah sebulan kita berehat dan beribadat sepanjang bulan puasa, kini kita kembali semula untuk berbicara berkenaan perniagaan dan pengurusan strategi.


Jika anda masih ingat, perbincangan kita terhenti setakat bab mengenal persekitaran ekonomi. Jika anda ketinggalan, anda boleh rujuk di sini 



Kali ini kita akan membincangkan pula tentang kitaran ekonomi. Mengapa kita perlu mempelajari tentang kitaran ekonomi? Jawapannya ialah supaya kita tahu di tahap mana keadaan ekonomi negara kita sekarang ini. Walaupun kita boleh mendapatkan jawapan tentang keadaan ekonomi semapasa daripada pihak terlibat seperti bank , agensi kerajaan atau melalui pembacaan akhbar dan media sosial, namun adalah lebih 'afdhal' jika kita sendiri yang mengkajinya. 


Ekonomi juga mempunyai kitarannya yang tersendiri  seperti mana  kitaran hidup manusia. Pada umumnya, istilah kitaran ekonomi  adalah merujuk kepada turun naik  ekonomi untuk satu tempoh yang panjang.   Kebiasaannya setiap tujuh atau sepuluh tahun, keadaan ekonomi dunia akan berubah. Ia akan berubah  dari  fasa pembangunan pesat kepada  perlahan dan seterusnya mendatar sebelum ia memasuki fasa kemelesetan.  Kejadian ini bukan lagi satu fenomena yang baru kerana ia telah berlaku semenjak beberapa abad yang lalu.

Malah di dalam Al quran juga ada disebutkan tentang kitaran ekonomi ini sebagaimana  yang terkandung dalam surah Yusuf. Dalam surah tersebut Allah menceritakan kepada kita bahawa kitaran ekonomi  Mesir telah  berubah setiap tujuh tahun sebagaimana maksud ayat  di bawah:
"Yusuf berkata , "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.’’  (Surah Yusuf ayat 47)
" Kemudian sesudah itu akan datang pula tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (Surah Yusuf ayat 48)
"Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memerah hasil  (anggur, zaitun dan sebagainya).(Surah Yusuf ayat 49)

 Berdasarkan apa yang telah nyatakan di dalam Al quran  di dalam surah Yusuf tadi, dapat diperkatakan bahawa ekonomi   sememangnya mempunyai kitarannya  yang tersendiri .

Sebagaimana kitaran hidup seorang manusia yang bermula dari peringkat bayi dan seterusnya  membesar menjadi kanak-kanak, kemudiannya memasuki alam remaja, meningkat, menjangkau  usia tua dan akhirnya   menemui kematian,  begitulah juga dengan kitaran ekonomi. 

Keadaan ekonomi  tak selamanya berada dalam suasana berkembang dan makmur.  Apabila  kitarannya sudah cukup, ia mula  menunjukkan tanda-tanda akan menguncup dan seterusnya memasuki fasa ressesi atau kemelesetan.

Oleh itu sebagai seorang peniaga, anda  perlu sentiasa bersedia dan tahu akan  keadaan ini. Barulah anda boleh membuat persediaan awal bagi menghadapi situasi tersebut.

Benarkah ekonomi negara Malaysia menunjukkan peningkatan?

Ekonomi Malaysia dilaporkan  mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan iaitu  sebanyak 4.7% untuk suku keempat tahun 2018 yang la...