Thursday 25 July 2019

TIPS KEKAL CERGAS SEPANJANG MASA..


Pernahkah anda mengalami situasi begini? Rasanya ramai yang pernah... pada mulanya kita begitu bersemangat sekali untuk mebuat sesuatu tugasan seperti membaca buku atau novel kegemaran, menulis artikel atau mengupdate blog dan status Faceboo... Tapi.... Selaps kita ‘on’ PC atau lap top, tiba-tiba kita terasa lesu semacam. Tadi bukan main lagi nak buat itu ini, tapi bila tiba masanya, jadi lemau dan tak bermaya.

Kejadian turun naikknya tahap kerajinan ini tentunya menyukarkan kita melaksanakan tugasan seharian sehingga ada ketikanya banyak kerja yang terpaksa ditangguh. Sama ada kerja hakiki di pejabat atau aktiviti harian di rumah. Terasa lemau sangattt…. Rasa nak tidur saja.. Jika sindrom ini menyerang anda, ini salah satu dari tanda badan anda keletihan dan kurang stamina. 

Dari sudut kesihatan, untuk memastikan kita sentiasa cergas dan berstamina, kita perlu pastikan tahap kesihatan sentiasa berada pada tahap yang 'paling optimum'. Ada beberapa tips untuk menjaga kesihatan supaya kita tidak jadi lemau dan sentiasa sihat dan cergas.

Pertamanya ialah pastikan kita sentiasa menjaga dan memantau pemakanan yang diambil setiap hari. Seeloknya kita mengambil lebih buah-buahan dan sayuran dan mengurangkan ‘portion’ karbohidrat dan lemak. Terdapat di kalangan kita yang meninggalkan karbohidrat 100% dan menggantikannya dengan ‘portion’ lain. Tindakan ini adalah tidak betul kerana karbohidrat adalah salah satu sumber nutrisi penting untuk memberi tenaga kepada kita. Ia akan ditukar kepada glukosa sebelum dibakar menjadi tenaga dalam proses metabolism dan manusia biasa seperti kita perlu mengambil karbohidrat sekurang-kurangnya 45-65% daripada jumlah kalori yang kita makan setiap hari. 

Di samping itu, pengambilan buah-buahan pula akan membantu membersihkan usus dan merendahkan risiko untuk kita jatuh sakit. Serat yang terdapat dalam sayuran dan buah-buahan berupaya untuk membersihkan dinding usus dan menyingkirkan toksin dari badan.
Langkah seterusnya ialah dengan mengamalkan senamanan. Jika tidak mampu untuk bersenam selama 15 minit sehari , lakukanlah sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Atau paling kurang pun seminggu sekali sudah memadai . Dengan bersenam kita akan dapat meningkatkan kekuatan dan daya tahan badan, mengurangkan paras tekanan (stress), mengawal pengaliran darah dan banyak lagi. 

Jika kita terlalu malas untuk bersenam, ‘paling bodoh pun’ kita lakukan pergerakan ringan seperti untuk berjalan kaki selama 10 minit. Itu juga. Yang penting ialah kita mau kekal sihat dan menjaga tubuh badan pinjaman daripada Allah swt kepada kita. Insha Allah jika kita istiqamah bersenam, badan akan rasa lebih cergas.

Lagi? Langkah seterusnya ialah pastikan kita punya masa yang cukup untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Tidur yang berkualiti ialah tidur yang nyenyak selama 4 atau 5 jam setiap malam. Jangan disebabkan kerana ‘addict’ kepada permainan online atau tuntutan kerja menghalang kita dari masuk ke bilik tidur pada lewat malam. Misalnya disebabkan leka melayan ‘online game’ kita masuk tidur pukul 3 pagi dan bangun pukul 6 pagi. Jadi bila bangun pada keesokan hariya mula sakit dan berdenyut-denyut. Kadang-kadang ada yang mengalami symptom mual dan nak muntah. 

Akhir sekali, bagi mereka yang bekerjaya, mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjaga pemakanan. Asyik makan di kedai mamak atau beli nasi lemak di gerai tepi jalan saja. Walaupun kandungan yang ada dalam nasi lemak itu mempunyai karbohidrat, lemak, protein dan sedikit vitamin, namun ia masih belum mencukupi. Oleh itu kita perlu ‘top up’ dengan makanan tambahan ataupun "supplement" yang sesuai. Banyak makanan tambahan dijual di mana-mana farmasi atau kedai ubat Cina. Pilih saja yang berkenan asalkan kandungannya mempunyai ‘portion’ yang diperlukan tubuh. Jenama apa pun terpulang kepada kemampuan ‘poket’ kita. Apa yang penting ialah makanan tambahan itu sesuai dengan tubuh badan masing-masing. 

Sebagai kesimpulannya, pastikan anda mula mengamalkan tips yang diberikan ii secara konsisten dapat mengubah hidup menjadi lebih sihat, produktif dan berjaya dalam kerjaya ataupun bisnes masing-masing. Tips ini bukan sahaja dapat kekalkan kecergasan, paling penting dapat kurangkan stress atau pun tekanan.
Pesanan Ikhlas dari
#VitahiridOne
#noriecare
#usryabdullah.blogspot.com/p/blog-page_0.html

Tuesday 23 July 2019

AKU DAN RESTORAN MAMAK


 

Aku dan restoran mamak seperti tak boleh dipisahkan. Kalau tak sempat datang sini untuk sarapan pagi, tengahari mesti datang. Kalu terlepas juga waktu makan tengahari, 'confirm' petang nanti aku akan ke sini untuk mengeteh.

Sedap sangat ke masakan depa ni?

Kalau ikut 'rating' aku la, masakan depa ni tak sedap lah mano pun.. Serupo jah dengan restoran Melayu hok ada. Malah ada tokey Melayu yang masak lebih sedap dari pekerja di restoran Mamak masak. Tu belum 'dicompare' dengan restoran Siam atau Kelantan. Tak leh letak dekat! jauh api dari panggang. Serupa motor Honda Cup lampu bulat ajak racing dengan RC250.

Tapi yang buat aku suka lepak restoran Mamak ni kerana suasana dia yang tenang. Susunan kerusi depa cukup teratur, 'spesen' pulak tu. Gi la kedai mamak di ceruk mana pun, susuanan kerusi meja depa serupa je. Ruangan pun luas. Dah tu banyak pula tu meja. Jadi tak nampak 'crowded' walaupun ramai pelanggan. 

Kemudian tu pula kedai mamak ni kebanyakannya bebas asap rokok.. Sejak kerajaan haramkan orang ramai merokok di tempat awam, kedai mamak ni bebas dari asap rokok sepenuhnya ( waktu siang hari la. Malam hari aku jarang keluar, jadi susah nak buat 'survey'). Kalau kedai orang kita... Hehe.. Malas nak cakap. Ada sekali tu aku tengok tokey kedai sendiri dengan selamba cucuh rokok depan aku. Ate.. Nak kata apa lagi, dah kedai dia.. Kita tengok saja la.. 

Lagi satu yang aku suka pegi kedai mamak ni pasaldia orang ni 1st class. Nampak je aku datang waktu pagi, belum tarik kerusi nak duduk, tokey dia dah jerit " Teh tarik halia wonek".
Lepas tu pekerja dia dengan muka senyum akan datang tanya aku nak makan apa pagi tu. Belum pun sempat nak buka 'henpone' dan cari idea untuk update status Fb, menu yang aku pesan tu dah sampai. Memang dia orang kerja ikut ISO 9001. 


Lagi..? Apa lagi 'reason' aku suka pergi ke kedai mamak?
Rasanya dah tak de dah kot.. Tak larat nak fikir sebab nasi dah sedia untuk dingap. Lambat makan karang terlepas pula solat zohor berjamaah di surau. So aku makan dulu la ye.. Kita sambung cerita lain kali pulak.

Saturday 20 July 2019

KENALI STRESS SEBELUM IA MENGUASAI DIRI..


Tekanan juga dikenali sebagai stres. Iaitu satu reaksi tubuh badan (fizikal), pemikiran dan emosi serta tingkahlaku yang berlaku akibat dari sebarang perubahan persekitaran yang mendesak seseorang itu melakukan proses penyesuaian.

Apabila seseorang itu mengalami stress, ketiga-tiga fungsi ini akan terjejas. Individu ini akan mengalami atau merasai ketegangan otot. tidak bermaya dan letih. Degupan jantung juga menjadi cepat sewaktu mengalami situasi stress. Dalam kes-kes tertentu, individu ini juga mengalami sakit kepala tanpa sebab dan gejala 'hiperventilation'.

Dari segi tingkah laku pula, individu itu akan kelihatan panik dan lebih suka menyendiri. Manakala dari segi psikologi, dia akan menjadi cepat marah, resah gelisah dan sukar untuk melelapkan mata. Jika stress yang dialami itu terlalu berat untuk ditanggung, individu tadi juga akan cenderung untuk cepat sensitif dan mudah menangis.

Tekanan boleh memberi kesan positif dan juga kesan negatif. Jika tekanan itu mendorong seseorang untuk berjaya dan menyiapkan tugasannya dengan sempurna,ia dipanggil tekanan positif. Namun jika tekanan itu membebankan, maka ia akan memberikan kesan yang tidak baik kepada individu tersebut.

Terdapat perbezaan ketara di kalangan seseorang dengan seorang yang lain sewaktu melakukan proses penyesuaian terhadap tekanan. Ada individu yang mampu dan berjaya menghadapinya, dan ada yang tewas.

Pada tahap tertentu, tekanan akan mengganggu dan membebankan pemikiran dan kestabilan emosi kita dan saeterusnya membebankan kita. Bebanan atau tekanan emosi ini jika tidak ditangani atau dikawal dengan baik akan mendatangkan kecelaruan dan ketidakselesaan. Lama kelamaan ia akan mengganggu kesihatan mental dan emosi dan membuatkan individu tersebut mengalami kecelaruan personaliti. Jika dibiarkan berterusan, ia boleh menyumbang kepada masalah mental yang lebih serius.

Mengikut falsafah islam, manusia terdiri daripada tiga unsur utama ialaitu perasaan, jiwa dan nafsu. Sekiranya ketiga-tiga unsur tersebut mengalami gangguan, maka ia seterusnya akan mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan individu tersebut.

Mengikut kaedah islam, proses menangani masalah stress ini adalah secara kerohanian iaitu dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran, mendirikan solat, berzikir dan mengamalkan doa-doa lazim dan khusus. Kita juga digalakkan untuk sentiasa melakukan amar maa’ruf (perkara kebaikanan ) supaya hati menjadi lebih tenang.

Majoriti kes tekanan atau stress  berjaya diatasi dengan jayanya jika kita kembali kepada fitrah dan menepati syariat Islam. Jika hati dan pemikiran kita sentiasa bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada Allah SWT, maka diri kita akan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya dalam menangani tekanan yang dialami. Sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku.” (surah al-Fajr, ayat 27-30).

#usryabdullah.blogspot.com/p/blog-page_0.html
#VitaHibridOne
#10kebaikandalam1tablet

HATERS...


Haters ialah seorang individu yang tidak suka atau tidak senang melihat orang lain bahagia. Lantaran itu dia akan cuba mencari kesilapan atau kekurangan orang yang dibenci itu.
Haters ini wujud di sekitar kita dan biasanya mereka ini hidup berhampiran dengan kita. Boleh jadi di kampung kita, atau di pejabat tempat kita bekerja. Tetapi bagi mereka yang bertaraf bintang atau 'public figure' haters wujud di mana-mana.

Istilah ini ialah istilah baru dan ia muncul seiring dengan perkembangan media sosial seperti Facebook, twitter dan sebagainya. Apabila media sosial semakin berkembang, setiap orang merasakan dirinya bijak pandai dan berhak memberi pendapat walaupun dia sebenarnya seorang yang 'tidak cerdik'. Tetapi disebabkan merasa dirinya selamat dan identitinya terlindung di sebalik nama samaran di media sosial, dia bebas melontarkan kata-katanya yang pedas, terutamanya kepada orang yang dia tidak suka. 

Mengapa mereka suka menjadi haters? 

Salah satu dari sebabnya ialah kerana mereka ini adalah seorang yang gagal dan kecewa. Orang yang berjaya tidak pernah merasa iri hati dengan kebahagiaan orang lain. Tetapi orang yang gagal akan merasa tidak puas hati melihat rakannya yang lain berjaya melebihi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya. Oleh itu dia ingin merebut kebahagiaan rakannya itu dengan cara menebar rasa benci. Dia rajin 'stalking' media sosial rakan yang dibencinya itu dan mencari ruang untuk menjatuhkannya.


Haters membenci seseorang itu kerana dia ingin memiliki seperti mana yang dimiliki oleh individu yang dia bencinya tadi. Mereka sangat mengingini apa yang rakannya miliki seperti kejayaan, kehidupan, keluarga, malah apa yang rakannya miliki saat ini dia juga ingin menikmatinya. Namun, di sebabkan dia gagal memperolehi sepertimana yang dinikmati oleh rakan atau kawannya tadi, dia mula menanam perasaan benci terhadap rakannya itu. 

Yang terakhir ialah kerana dia memang memiliki hati yang busuk. Orang yang busuk hati ni akan jelas tertanam sifat iri dari dalam dirinya. Dia merasakan kita tidak layak mendapat atau menikmati apa yang kita miliki sekarang. Dia akan berusaha mencari kelemahan dan kekurangan dari kita dan mencari pengaruh untuk membeci kita.

Kawan, sebagaimana yang pernah dilontarkan dalam entri terdahulu, walau seberapa baik sekali pun kita dalam suatu perkara, pasti akan ada orang yang akan membenci dan mencari kekurangan kita. Haters akan tetap bahagia menjadi pembenci diri kita. Oleh itu, jangan pedulikan mereka. Teruskan perjalanan kita menuju matlamat yang diingini dan biarkan mereka terus 'meroyan' sendiri.

#usryabdullah.blogspot.com
#noriecare #VitaHibridOne #10kebaikandalam1tablet

Wednesday 17 July 2019

Tidak Menjadi Kesalahan Jika tidak Ingin memaafkan


Maaf adalah perkataan yang 'simple' dan senang diucapkan tapi bukan mudah untuk kita berikan. Apatah lagi jika hati sudah teruk dilukai. Terutamanya oleh sahabat atau rakan yang kita percaya. Ianya lebih perit untuk kita memaafkan berbanding memaafkan orang biasa-biasa.

Jika kita memilih untuk memaafkan dia dan tidak membalas perbuatan yang dia lakukan terhadap kita, Allah berjanji yang Dia akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa yang kita lakukan dan Allah juga akan menganugerahi kita dengan kehidupan yang lebih sihat, indah dan bahagia.

Di samping itu dengan memaafkan kesalahan orang yang melukai hati kita, kita juga akan dapat ketenangan. Jiwa kita menjadi tenang kerana tidak ada lagi perasaan tidak puas hati dan marah kepada orang yang berbuat kesalahan tadi. Dengan ini ia akan dapat menstabilkan semula emosi dan merasioanlkan fikiran kita.

Tapi adakah semudah itu?

Adakah perkataan ''saya maafkan awak" itu adalah perkataan yang benar-benar terbit dari hati yang ikhlas, sedangkan realitinya hati kita masih terluka? Jika begini keadaannya, apa solusi yang terbaik?
Kawan, dalam situasi ini ketahuilah bahawa setelah seseorang itu melakukan kesalahan terhadap kita, kemudian dia datang dan meminta maaf, dan kita berbelah bagi untuk memaafkannya, kita sebenarnya mempunyai hak untuk berkata Tidak!
Tidak salah jika kita berkata, "Saya tidak mahu memaafkan awak!". Diulangai...Tidak Salah! 


Ini kerana kita juga juga mempunyai hak. Hak untuk bersorak ria kerana mendapat pahala percuma hasil dari perbuatan jahatnya itu terhadap kita. Manakala dia pula akan terus memikul dosa-dosa percumanya itu sehingga ke hari Kiamat selagi mana kita tidak memaafkan kesalahan yang dia lakukan itu. 

Mengikut hukum agama juga, pendirian kita ini adalah tidak salah . Hukum ini dibenarkan kerana hikmahnya ialah supaya ia menjadi satu pengajaran kepada si pesalah tadi untuk berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti atau menyinggung perasaan orang lain. 

Kesimpulannya, memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya. Perkataan maaf itu sendiri adalah satu perkataan yang amat berharga dan tidak mudah diberikan walaupun berulang kali diminta. Apatah lagi kesalahan yang dilakukan itu adalah dengan sengaja dan bertujuan untuk menyakitkan hati kita. Jadi tidak salah jika sekali- sekala kita menjadi seorang yang berani dan keras hati dengan tidak memberi apa yang diminta.

14 Zulkaedah 1440 H
#noriecare #VitaHibridOne
#usryabdullah.blogspot.com

Monday 15 July 2019

Apabila diri dibenci.. Maka Bersyukurlah

Dalam hidup ini terdapat banyak perkara yang berlawanan. Tinggi lawannya rendah, besar lawannya kecil, cantik lawannya hodoh, cerdik lawannya bodoh, kaya lawannya miskin dan disukai lawannya DIBENCI. 

Dalam kamus, istilah benci ialah tidak suka. Manakala mengikut Wikipedia, Benci atau kebencian adalah merupakan sebuah emosi yang sangat kuat dan melambangkan ketidaksukaan, enmiti, atau antipati untuk seseorang, sebuah hal, barang, atau fenomena. Hal ini juga merupakan sebuah keinginan untuk menghindari, menghancurkan atau menghilangkannya. 

Kenapa kita dibenci?

Orang membenci kita bukan semestinya disebabkan oleh kejahatan atau sikap kita tetapi disebabkan kelebihan kita. Kerana si dia tidak mempunyai kelebihan seperti yang kita ada, jadi dengan menanam perasaan benci sajalah menjadi jalan keluar untuk dia melepaskan perasaan ‘jelous’ yang bersarang di dalam dirinya. Dengan membenci diri kita, dia akan dapat mengubat perasaan marah, kecewa dan frustasi yang terus menyelubungi dirinya. Dia akan lebih tenang dan puas jika ada orang lain turut sama membenci diri kita. 

Kawan, dalam dunia ini tidak ada manusia yang akan disukai oleh semua orang dan tidak ada orang yang semuanya nampak sempurna di mata orang lain. Malahan Rasulullah sendiri pun masih ada yang membenci dan menentang baginda walaupun Baginda merupakan manusia yang terbaik. Jadi apatah lagi kita yang tarafnya hanya orang biasa-biasa. Lagi ramai orang yang berpotensi untuk membenci kita. 

Apabila kita merasa yang diri kita dibenci, pertamanya ingatlah bahawa tuhan itu maha penyayang. Di saat diri merasa lemah, letih atau ingin berputus asa dengan perangai orang yang membenci kita, ingatlah bahawa Dialah sebaik-baik penolong. Menyerahlah diri kepada tuhan dan letakkan redha serta rahmatNya sebagai matlamat bukannya kerana ingin mencari redha makhluk. Jangan pernah merasa takut jika diri kita dibenci kerana ramai orang baik di luar sana yang juga dibenci orang. 

Keduanya, tak perlu kita pedulikan mereka yang sedang membenci diri kita. Kita tidak dituntut untuk melakukan yang terbaik supaya kita mendapat perhatian atau simpati dari orang lain. Bila orang sudah membenci kita, walau sebaik manapun kita lakukan untuk menarik perhatian mereka tetap tidak akan dipandang. Sebaliknya, kita sendiri yang akan penat dan kecewa disebabkan segala usaha yang dilakukan masih tidak berhasil. 

Tambahan pula seseorang itu kadang kalanya tidak perlu mempunyai alasan kukuh untuk menanam perasaan benci terhadap kita. Orang kata ikut suka hati mak ayah dia saja dia ingin membenci kita atau pun tidak. Jadi tak perlu kita menyusahkan diri bertanya kenapa kita ini masih dibenci padahal kita sudahpun berbuat baik terhadap mereka. 

Akhir sekali, tanamkan rasa bersyukur kerana ada orang yang membenci kita. Adalah lebih bagus jika ada orang yang secara terang-terang menunjukkan sifat kebenciannya kepada kita daripada dia berpura-pura menjadi kawan dan kemudiannya menikam kita dari belakang. Apabila dia terang-terang menunjukkan rasa kebenciannya terhadap kita, kita boleh terus ‘unfriend’ atau ‘block’ saja dia dari hidup kita. Hikmahnya, kita hanya mempunyai kawan yang benar-benar menghargai dan ikhlas berkawan dengan kita. 

Untuk anda yang merasakan anda ada memiliki hati yang membenci seseorang, maka ketahuilah bahawa syaitan atau iblis telah berjaya memasuki dan bersarang di dalam hati sanubari anda. Cubalah kembali ke jalan Allah SWT dengan bertaubat. Jangan sampai kita terlalu lebih jauh membenci seseorang hanya karena satu masalah yang remeh dan ‘simple’ pernah dilakukannya. 


#VitaHibridOne #noriecare

Friday 12 July 2019

Busuknya Hati Si Batu Api

Suatu hari di kantin sebuah pejabat kerajaan.
''Milah! Aku lihat kau dengan Peah seperti adik beradik. Seronok tengok korang berdua. Tapi kau tahu tak yang Peah tu …bla..bla..bla.."
“Ish! Tak kan kot..”
“Ramai yang tak tahu, tapi kami yang dah lama bekerja dengan dia tahu segalanya. Dia tu … bla..bla..bla..”

Selang beberapa hari selepas 'conversation' itu, hubungan Milah dengan Peah sudah tidak seperti dulu lagi. Jika sebelum-sebelum ini Milah dan Peah selalu kelihatan minum bersama setiap kali pada waktu rehat, sekarang momen itu sudah tidak ada lagi. Milah juga sudah kurang bercakap dengan Peah. Peah cuba juga untuk bersemuka dengan Milah untuk memperbaiki keadaan, tapi Milah tidak memberinya peluang. Kini Milah juga mula menganggap Peah sebagai saingannya bukan lagi sahabatnya. 

Apa yang terjadi di antara Milah dengan Peah ini adalah hasil dari ‘gerak kerja’ yang cukup teliti dimainkan oleh manusia yang bersifat batu api. Iaitu manusia yang suka menghasut atau melaga-lagakan orang dengan tujuan untuk merosakkan hubungan baik kedua belah pihak. 

Fenomena ini adalah lumrah di mana-mana organisasi atau kelompok masyarakat. Di pejabat-pejabat atau di taman-taman perumahan, pasti ada spesis manusia yang seperti ini. Mereka ini merupakan syaitan yang bertopengkan manusia. Mereka merasa cukup gembira sekiranya berlaku pertengkaran di antara dua rakan karib disebabkan salah seorang telah termakan akan kata-kata manis yang ditaburnya. Dia cukup puas hati apabila fitnah yang dilemparkan itu membuatkan hubungan persahabatan kedua rakan tadi terputus. 

Hal ini terjadi kerana spesis ini tidak suka sekiranya ada sesuatu kebaikan atau kelebihan diperolehi oleh orang lain. Apabila melihat orang lain lebih bahagia berbanding dirinya, hatinya mula menjadi sempit dan resah. Sebolehnya dia mahu supaya nikmat atau kebahagiaan yang dimiliki itu lenyap sekalipun tidak berpindah kepada dia. Niat yang ‘suci’ ini mendorong dia melakukan apa sahaja demi memuaskan nafsu yang telah mendominasi dirinya walaupun terpaksa menyebar fitnah dan berbohong. 

Dalam islam, sikap seperti ini disebut sebagai NAMIMAH, iaitu memindahkan perkataan sebahagian orang kepada sebagian lainnya dengan tujuan ingin memecah belahkan di antara mereka. Sifat ‘Namimah’ ini cukup popular dan telah dirakam dalam beberapa hadis Nabi, misalnya seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Menurut beliau Rasulullah SAW telah melewati dua buah kuburan, lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang disiksa. Keduanya tidak disiksa kecuali karena dosa besar. Salah satunya disiksa kerana namimah dan satu lagi diseksa karena tidak bersuci dari kencingnya.

Kawan-kawan, jika korang didatangi oleh manusia seperti ini, jangan cepat mempercayai kata-katanya, Cuba selidik dahulu setiap maklumat yang disampaikan kerana orang yang bersifat sebegini adalah seorang yang fasik dan suka melihat orang lain gagal atau jatuh tersungkur. 

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”(Surah al-Hujurat: Ayat 6)

Kepada spesis manusia batu api ini, lebih baik anda jadi manusia yang hipokrit dari anda menjadi batu api. Manusia hipokrit hanya berpura pura di hadapan kawan mereka tapi si batu api ini pula suka melaga-lagakan rakan mereka sendiri. 

Takziahlah diucapkan kepada anda kerana belum berubah dari sifat batu api ini. Berdasarkan kepada beberapa hadis, selagi anda tidak bertaubat, tidak ada tempat untuk anda di dalam syurga sebaliknya anda akan berada di tempat paling bawah di dalam api neraka.

Saturday 6 July 2019

Yakinlah Bahawa Rezeki itu sudah Dijamin untuk kita


Tentu kita pernah mendengar  atau membaca kisah Nabi Sulaiman dan seekor semut.  Di mana , suatu hari, Nabi Sulaiman sedang memperhatikan seekor semut di atas seketul batu yang sedang mencari makana. Semut itu sedang membawa sebutir  gula.  Satu butir gula yang sangat kecil ukuranntanya kepada manusia.

Lalu Nabi Sulaiman menyapa semut tersebut,

“Hai, Semut! Untuk berapa lamakah sebutir gula ini dapat kamu habiskan?”

“ Wahai Nabi Allah, sebutir gula ini dapat bertahan untuk satu bulan,” jawab semut itu.

Mendengar jawapan si Semut, Nabi Sulaiman seakan tidak percaya. Gula itu begitu sekecil, cukup untuk satu bulan?. Akhirnya, Nabi Sulaiman mempunyai idea untuk membuktikan kebenaran dari jawapan si Semut tadi. Dia menangkap si Semut itu dan mengurungnya dalam sebuah bekas  yang ditutup rapat, dan meletakkan  sebutir gula di dalamnya.



Hari terus berganti, hingga sebulan pun berlalu. Tibalah saatnya Nabi Sulaiman membuktikan kebenaran. Dihampirinya si Semut, dan baginda amat hairan sewaktu melihat ke dalam bekas di mana si Semut itu  dikurung. Semut itu masih hidup, namun sebutir gula yang dulu dia tinggalkan masih ada tetapi belum habis. Masih tersisa separuh.

Dengan sedikit marah, Nabi Sulaiman bersuara,“Kau kata, sebutir gula ini hanya cukup untuk satu bulan, tapi, mengapa sekarang masih tersisa?”

Semut pun menjawab, “Benar, wahai Nabi Allah. Tapi saya memutuskan untuk memperbanyak berpuasa, sehingga gula yang diberikan oleh tuan masih mempunyai baki setengah.”

Nabi Sulaiman semakin kairan. “Kenapa kau melakukan itu?”

“Wahai Nabi Allah, sebelum hamba dikurung di dalam bekas ini, rezeki hamba sudah dijamin oleh Allah. Jadi hamba yakin bahwa hamba akan dapat memperolehi makanan walaupun makanan hamba telah habis. Kerena Allah tidak tidur dan selalu memperhatikan makhlukNya.

Tapi, dalam sebulan ini, Yang tuan lah yang menjamin rezeki hamba dengan sebutir gula, sedangkan tuan hanyalah seorang manusia yang tidak terlepas dari sifat lalai. Jadi,  disebabkan itu  hamba mengambil keputusan untuk memakan gula ini sedikit-sedikit. Hamba takut tuan terlupa untuk datang melihat hamba di sini, jadi hamba masih lagi ada makanan untuk dimakan.”



Apa kesimpulan dari kisah semut dan Nabi Sulaiman ini?

Semut yakin, bahwa Allah yang tidak akan lalai dan Dia telah mengatur rezeki untuk dirinya, sehingga dia tidak risau sama ada esok hari dia masih mampu untuk makan atau tidak. Dia hanya bergantung dan percaya kepada Allah, tuhan pemberi rezeki.  Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan Rezeki Allah maka lebih teruk daripada seekor semut..

Namun begitu, kita mesti sedar bahawa rezeki itu tidak akan datang bergolek. Kita tetap kena berusaha mencarinya sebagaimana usaha semut tadi. Walaupun dia tahu rezekinya ada, tetapi dia tetap keluar merayau mencari di mana rezeki itu berada.


Wednesday 3 July 2019

PROTEIN DAN KESIHATAN



25% daripada badan kita berasal daripada protein dan majoriti orang dewasa memerlukan 45 – 67.5 gram protein setiap hari. Protein melaksanakan pelbagai fungsi kepada tubuh kita. Ia membantu Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak, mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein), mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan, mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan dan melindungi badan dari serangan penyakit dengan cara membantu menguatkan sistem imuniti badan.

Jika kita mengalami masalah kekurangan protein, kita akan mengalami beberapa simptom seperti Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah), tekanan darah rendah, kandungan gula dalam darah menjadi rendah, fungsi saraf tidak stabil,risiko mendapat ulser perut atau usus, luka lambat sembuh dan pengaliran darah yang tidak lancar.

Malangnya, tubuh kita tidak boleh menghasilkan protein sendiri, oleh itu ia mesti diambil setiap hari dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengganti protein yang hilang itu. Oleh itu kita perlu mendapatkan makanan yang mengandungi protein.

Protein boleh didapati dalam ikan, telur, dan produk tenusu. Kandungan protein dalam makanan ini merupakan sumber protein lengkap yang akan membekalkan semua asid amino yang diperlukan oleh badan. Protein juga boleh didapati dalam sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijian.

Bagi mereka yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang kronik (ESRF) dan menjalani rawatan haemodialisis, jumlah yang diperlukan adalah lebih tinggi kerana semasa rawatan dialisis, bukan saja bahan buangan (waste products from your body) akan dikeluarkan tetapi dan dalam masa yang sama, protein dalam badan juga akan di ‘filter’ keluar. Jadi, apabila keadaan ini berlaku, pesakit yang menjalani rawatan dialisis akan mempunyai masalah kekurangan protein yang serius dan berisiko untuk meningkatkan risiko mortaliti (kematian). 

Menyedari kepentingan protein dalam diet, ramai di di kalangan kita mula mengambil makanan tambahan bagi mencukupkan pengambilan protein seharian. Ada yang mereneh sendiri ayam kampung untuk dijadikan pati ayam, dan ada yang membeli pati ayam yang dijual di farmasi atau kedai-kedai ubat.

Untuk orang biasa, apa saja jenama pati ayam yang dijual di farmasi tidak memberi masalah kepada mereka tetapi untuk pesakit yang sedang menjalani rawatan haemodialisis, anda perlu lebih berhati-hati dalam memilih produk pati ayam. Pastikan jenama itu dipercayai dan tidak mengandungi sebarang bahan campuran lain terutamanya kandungan herba atau gingseng.

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...