Wednesday 3 July 2019

PROTEIN DAN KESIHATAN



25% daripada badan kita berasal daripada protein dan majoriti orang dewasa memerlukan 45 – 67.5 gram protein setiap hari. Protein melaksanakan pelbagai fungsi kepada tubuh kita. Ia membantu Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak, mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein), mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan, mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan dan melindungi badan dari serangan penyakit dengan cara membantu menguatkan sistem imuniti badan.

Jika kita mengalami masalah kekurangan protein, kita akan mengalami beberapa simptom seperti Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah), tekanan darah rendah, kandungan gula dalam darah menjadi rendah, fungsi saraf tidak stabil,risiko mendapat ulser perut atau usus, luka lambat sembuh dan pengaliran darah yang tidak lancar.

Malangnya, tubuh kita tidak boleh menghasilkan protein sendiri, oleh itu ia mesti diambil setiap hari dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengganti protein yang hilang itu. Oleh itu kita perlu mendapatkan makanan yang mengandungi protein.

Protein boleh didapati dalam ikan, telur, dan produk tenusu. Kandungan protein dalam makanan ini merupakan sumber protein lengkap yang akan membekalkan semua asid amino yang diperlukan oleh badan. Protein juga boleh didapati dalam sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijian.

Bagi mereka yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang kronik (ESRF) dan menjalani rawatan haemodialisis, jumlah yang diperlukan adalah lebih tinggi kerana semasa rawatan dialisis, bukan saja bahan buangan (waste products from your body) akan dikeluarkan tetapi dan dalam masa yang sama, protein dalam badan juga akan di ‘filter’ keluar. Jadi, apabila keadaan ini berlaku, pesakit yang menjalani rawatan dialisis akan mempunyai masalah kekurangan protein yang serius dan berisiko untuk meningkatkan risiko mortaliti (kematian). 

Menyedari kepentingan protein dalam diet, ramai di di kalangan kita mula mengambil makanan tambahan bagi mencukupkan pengambilan protein seharian. Ada yang mereneh sendiri ayam kampung untuk dijadikan pati ayam, dan ada yang membeli pati ayam yang dijual di farmasi atau kedai-kedai ubat.

Untuk orang biasa, apa saja jenama pati ayam yang dijual di farmasi tidak memberi masalah kepada mereka tetapi untuk pesakit yang sedang menjalani rawatan haemodialisis, anda perlu lebih berhati-hati dalam memilih produk pati ayam. Pastikan jenama itu dipercayai dan tidak mengandungi sebarang bahan campuran lain terutamanya kandungan herba atau gingseng.

No comments:

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...