e book 'Survival Peniaga kecil'



ebook 'Survival Peniaga kecil'

Orang kata berniaga ini seronok. Di samping  dapat menjana lebih pendapatan, anda juga dapat membantu orang lain. Sama ada dengan menyediakan peluang pekerjaan  atau pun  membantu pelanggan menyelesaikan masalah mereka dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. 

Di samping itu anda juga mempunyai lebih kebebasan berbanding individu yang bekerja makan gaji. Kebebasan dari segi kewangan mahu pun masa. Malah kajian mendapati orang yang berniaga sendiri mempunyai lebih kepuasan berbanding dengan mereka  yang bekerja makan gaji.

Contohnya, walaupun anda merupakan seorang pengurus di syarikat atau organisasi tempat anda bekerja itu dan majikan anda juga amat menyayangi anda dan menghargai  tindakan dan keputusan yang anda buat, namun ia masih tidak sama dari segi kepuasan anda menjalankan perniagaan sendiri.

Tambahan pula jika ditakdirkan syarikat tempat anda bekerja itu tiba-tiba bertukar tampuk pemerentahan. Di ketika itu mungkin khidmat anda tidak begitu dihargai oleh pemilik baru. Dan ini akan membuat anda mula  'frustated' kerana usaha anda  tidak lagi dihargai oleh pemilik baru. Dan di ketika itulah baru anda terfikir alangkah baiknya jika anda mempunyai  perniagaan sendiri.

Tetapi untuk anda membuka sebuah perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah!

Walaupun anda mempunyai modal yang cukup  dan  ditambah pula pengalaman  sewaktu anda mengurus syarikat di tempat anda berkhidmat dulu, tetapi semua ini  belum dapat menjamin perniagaan anda  nanti  akan berjaya.

Salah satu faktornya ialah mungkin  sewaktu anda dilantik  menjadi pengurus di syarikat  tempat anda bekerja itu, keadaan syarikat itu sudah stabil. Jadi keadaan sudah tidak berisiko.

Tetapi keadaan ini jauh berbeza dengan situasi di mana anda ingin membuka ( set up) sebuah perniagaan baru.   Banyak faktor yang perlu anda ambil kira supaya perniagaan anda itu boleh 'survive'.

Di sinilah anda memerlukan satu kemahiran asas bagaimana untuk membuat perancangan bagi membina sebuah perniagaan yang benar-benar kukuh dan stabil.

Tambahan pula dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar sekarang ini. Anda boleh lihat sendiri setiap pagi sewaktu anda ke pasar atau ke tempat kerja, pasti anda akan terjumpa ramai peniaga yang menjual nasi lemak.

Kadang-kadang di sepanjang jalan itu, anda akan temui tiga atau empat gerai yang menjual nasi lemak. Bukan saja di sebelah kiri jalan, malah di sebelah kanan jalan pun ada juga tiga atau empat lagi gerai yang mejual nasi lemak.
Tetapi ada satu perkara yang mungkin anda tidak perasan.  

Peniaga atau pemilik gerai nasi lemak itu silih berganti. Jika minggu ini anda melihat si'A' membuka gerai nasi lemak. Tapi selepas dua atau tiga minggu kemudian, anda  'orang baru' pula yang mencuba nasib membuka gerai  menjual nasi lemak di tapak  si 'A' berniaga tadi. 
Setelah anda selidiki, rupanya 'si A' tadi sudah berhenti berniaga kerana tidak mampu untuk pusing modal. Sekarang Si 'B' pula mencuba nasib di situ. begitulah seterusnya, selepas si 'B' tutup gerai, selang beberapa minggu akan datang pula Si 'D' mencuba nasib. 

Mengapa situasi ini berlaku? 

Jawapannya ialah kerana mereka menggunakan pendekatan lama sewaktu ingin membuka gerai nasi lemak. Bila mereka lihat tempat atau satu-satu kawasan itu ramai orang lalu lalang, mereka pun mula menganggap bahawa tempat tersebut adalah strategik. Sedangkan ada lagi faktor-faktor lain yang perlu dikenal pasti. Bukannya sekadar 'main pacak' saja gerai di tempat tersebut. Sebenarnya banyak perkara yang perlu diperhatikan terlebih dahulu.  tapi disebabkan terlalu teruja untuk membuka perniagaan, mereka terus saja membuka perniagaan tersebut tanpa membuat perkiraan terlebih dahulu. Kesannya, belum pun cukup sebulan merniaga, perniagaan itu terpaksa ditutup kerana sering mengalami kerugian.

Mengikut General Sun Tzu, peperangan adalah penentu kepada kehidupan atau kemusnahan. Jika anda menang, anda akan memperolehi ganjaran yang banyak. Pihak kerajaan akan memberi anugerah dan menghadiahkan darjah kebesaran serta sedikit harta rampasan perang untuk anda, tetapi jika anda kalah, anda mungkin akan dibunuh oleh pihak musuh. Oleh itu, sebelum menyahut cabaran musuh untuk berperang, anda perlu membuat perkiraan dan pemerhatian terlebih dahulu.

Begitu juga dalam urusan membuka perniagaan. Anada akan menjadi seorang jutawan sekiranya perniagaan anda itu berjaya, tapi anda juga boleh menjadi papa kedana dan fuflis jika perniagaan anda itu gagal. Oleh itu anda perlu membuat persediaan dengan membuat perkiraan secara terperinci.

Bukannya main 'pacak' saja gerai atau kedai di tempat yang diingini.  Anda perlu mempunyai sebuah model perniagaan anda sendiri barulah anda boleh membuka perniagaan.


Jadi, Bagaimana untuk membuat perkiraan dan membina model  perniagaan anda sendiri?  Apa faktor-faktor yang perlu diambil kira ?

Semuanya  diterangkan di dalam e book ' SURVIVAL PENIAGA KECIL' ini. 




Apa  lagi yang anda boleh dapati di dalam ebook ini?

                                                                                                                                 
1)  Jenis strategi  dalam Perniagaan                              
 Ramai di kalangan kita yang masih keliru di antara strategi dan taktik. Lantaran itu  mereka lebih gemar mempelajari taktik yang pelik  walaupun taktik tersebut tidak sesuai dengan  perniagaan yang mereka.  Hasilnya, taktik yang dipraktiskan itu tidak menjadi dan usaha anda menjadi sia-sia. Sepatutnya anda pelajari dulu asas strategi sebelum anda mempelajari dan mempraktiskan sesuatu taktik yang diingini. 
Di dalam ebook ini, anda akan  diterangkan beberapa strategi asas yang diraktiskan oleh kebanyakan peniaga dalam perniagaan mereka.

2) Langkah mengira  risiko.                                                                                                   
Setiap tindakan yang bakal anda ambil pastinya mempunyai risiko yang tersendiri dan orang yang bijak akan mengambil risiko yang sesuai dengan  kemampuannya. Walaupun anda telah membuat perancangan yang rapi sewaktu ingin membuka perniagaan, tetapi risikonya masih ada. 
Oleh itu anda perlu tahu bagaimana untuk mengira  risiko. Dengan ini anda akan lebih yakin  dalam membuat tindakan. Ini adalah kerana anda sudah tahu  jika keputusan ang dibuat itu berjaya, anda  sudah tahu berapa   keuntungan yang bakal anda perolehi dan sekiranya anda mengalami kegagalan, anda juga sudah boleh mengagak berapa nilai kerugian yang bakal anda tanggung.
Kaedah pengiraan risiko ini juga boleh anda praktiskan jika anda bercadang membuka cawangan baru atau ingin memperkenalkan produk  baru kepada pelanggan.

3)  Membuat pelan pemasaran  dan segmentasi pelanggan dengan lebih tepat.
Adalah tidak lengkap jika sebuah buku yang berkaitan bisnes tidak membincangkan tentang aktiviti membuat pelan pemasaran, segmentasi pelanggan dan aktiviti promosi.

Oleh itu ebook ini juga menerangkan kepada anda bagaimana untuk membuat pelan pemasaran yang ringkas dan bagaimana untuk membuat pelan pemasaran dan mengenal pasti segmen pelanggan anda dengan lebih tepat. Dengan ini setiap iklan atau kempen promosi yang anda lakukan akan lebih terarah dan menjimatkan belanja.

    **  Strategi bagaimana menghadapi kemelesetan ekonomi dan taktik menghadapi persaingan dari syarikat besar.
Bab ini adalah bonos untuk anda kerana kedua-dua topik ini adalah hasil dari kajian  yang saya jalankan ke atas peniaga kecil di Semenanjung Malaysia dan ianya terbukti membantu mereka sewaktu menghadapi persaingan dari syarikat besar dan   cabaran ekonomi semasa.


Siapa yang sesuai memiliki buku ini?


  1. Mereka yang sedang menganggur dan  berkira-kira untuk membuka perniagaan
      sendiri.
 2. Bakal usahawan yang berminat untuk membuka perniagaan  dan sedang mencari-
     cari kaedah pengurusan perniagaan.
 3. Peniaga yang mempunyai perniagaan yang bermasalah dan ingin memperbaiki 
     prestasi  perniagaan beliau
 4. Individu yang ingin menambah pengetahuan berkenaan dunia perniagaan dan   
     berminat  untuk membuka perniagaan sendiri.



Berapa harga ebook ini?

 
Hanya  RM60 sahaja.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
 Bagaimana untuk mendapatkan e book ini?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Anda cuma perlu membayar sebanyak  RM60 ( Enam puluh   ringgit sahaja) sama ada    menggunakan   
Mesin Deposit Tunai  (CDM)  ataupun membuat 'pindahan bayaran'  melalui akaun anda ke akaun   May Bank saya.
 
Nama dan nombor akaun saya adalah seperti berikut:
.....................................................................................................................................
                                                                                                                    :
: May Bank  ( 162106401523)  atas nama Usry Bin Abdullah                   :

:....................................................................................................................:

Setelah itu anda 'whatsapp' kan 
1) Resit bukti pembayaran atau pindahan bayaran  
2) Alamat email anda  ke nombor saya :   016-5120479

3) Saya kemudiannya akan menghantar  'link'  ebook ini  kepada anda ke dalam email anda untuk anda  'download' dan baca,   setelah saya menerima pengesahan bayaran dari anda. 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Cukup-cukuplah anda membazirkan modal dengan menghadiri kursus dan mempelajari 'taktik atau gimmik' yang hanya mampu  memberi anda pulangan untuk satu tempoh yang singkat  sedangkan asas perniagaan anda  itu masih belum kukuh.
 
Ini adalah kerana sekiranya perniagaan anda itu tidak dibina dengan asas yang kukuh,  sebarang taktik atau gimmik yang anda praktiskan  hanya mampu  memberi pulangan untuk satu  tempoh tertentu sahaja. Selepas taktik itu 'expired',  perniagaan anda akan kembali sunyi seperti asal.  Tak ada lagi  pelanggan  yang sudi untuk singgah di kedai anda. 

Lalu anda terpaksa pergi lagi menghadiri kursus atau taktik yang  lain pula. kedai anda dipenuhi pelanggan utnuk seminggu dua, kemudian...krik...krik..krik,... semula seperti asal.  

Begitulah rutin anda setiap dua atau tiga bulan. Lama-lama anda 'fed up' dan mula mengisi borang untuk mencari kerja makan gaji.

Tetapi, sekiranya perniagaan anda itu  dibina dengan asas yang kukuh, InsyaAllah anda tidak perlu sangat untuk  menghadiri pelbagai kursus pemasaran yang pelik-pelik. Jika anda pergi pun  ke kursus tersebut, ia sekadar untuk menambah dan mempertajamkan lagi ilmu yang anda ada.

Jadi, Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, melaburlah  terlebih dahulu dengan mempelajari kaedah sebenar bagaimana untuk anda  membina asas sebuah perniagaan yang  benar-benar kukuh supaya perniagaan anda nanti mampu memberikan pulangan secara berterusan kepada anda.










2 comments:

Warisan Petani said...

pengguna sekarang lebih berhemah berbelanja kerana kos perbelanjaan yang semakin meningkat

Usry Norie said...

Betul. Tu yang ramai peniaga tutup kedai. Salah satu dari strategi yang membantu ialah, strategi pembezaan dan 'distinct'.

Kerjasama di antara FGV dengan Samyang Food dan implikasi kepada harga saham.

Dalam kita mengharapkan agar Lembaga Pengarah FGV yang baru dapat membuat perubahan strategi untuk mengatasi kerugian yang dialami ...