Wednesday, 8 June 2016

SWOT Analisis



Entri 36

Teks: Usry Abdullah

Foto: Google image



Bertemu kembali dalam perbincangan berkenaan strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan

Setelah kita  membincangkan tentang kepentingan membuat pemantauan atau analisis persekitaran sama ada kepada peniaga yang sedang menjalankan perniagaan atau mereka yang bakal membuka perniagaan, kini kita akan membincangkan satu lagi aktiviti  yang juga penting kepada mereka yang berhasrat untuk membuka perniagaan sendiri. 

Setelah anda membuat analsis persekitaran untuk melihat  tahap persaingan dalam pasaran yang bakal anda masukin nanti serta menentukan sama ada ianya selamat atau tidak untuk anda  meneruskan niat membuka perniagaan yang diingini, (Kaedah untuk membuat analisis persekitaran secara terperinci boleh dipelajari di dalam buku Jom Bisnes!), kini aktiviti seterusnya ialah membuat analisis tentang kekuatan dan kelemahan pernaigaan untuk anda mengetahui sejauh mana daya saing perniagaan anda di pasaran nanti. Analisis ini dinamakan sebagai SWOT analisis. Aktiviti SWOT analisis ini akan memberi maklumat kepada ada berkenaan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman untuk membantu anda membuat keputusan sama ada anda boleh bersaing atau tidak. Ia juga membantu anda untuk serta  memilih jenis  strategi yang bakal dilaksanakan dan macam mana pelan perniagaan anda nanti. 

Aktiviti membuat SWOT analisis ini juga penting kepada anda yang sedang menjalankan perniagaan kerana dunia perniagaan ini adalah merupakan dunia tanpa sempadan. Sesiapa saja yang berhajat untuk membuka perniagaan sendiri boleh berbuat demikian seandainya mereka mampu menyediakan modal dan sumber yang mencukupi bagi membiayai perniagaan yang diingini. Malah tidak ada sekatan di sisi undang-undang untuk mereka berbuat demikian asalkan perniagaan yang sah dan produk atau perkhidmatan yang dijual juga tidak melanggar undang-undang atau memudaratkan pengguna. Mereka juga bebas untuk membuka seberapa banyak perniagaan yang mereka mahu dan di lokasi mana yang mereka suka. 
Dengan kata lain, walaupun sudah bertahun-tahun  ada seorang makcik  menjual nasi lemak di hadapan sekolah tempat anak anda belajar. Setiap hari anda dapati pelanggan beliau bertambah dan sepanjang tempoh itu  hanya beliau seorang saja yang menjalankan perniagaan menjual nasi lemak  di situ.  Namun  jika pada satu hari, anda pergi menemui beliau dan menyatakan hasrat yang anda juga bercadang untuk membuka gerai menjual nasi lemak  tidak jauh dari gerai makcik tersebutmakcik itu perlu akur dan tidak boleh memarahi anda atau menghalau anda  supaya  berniaga di tempat lain kerana dikhuatiri anda bakal  merampas pelanggannya. Malah beliau juga tidak boleh mengadu kepada mana-mana agensi kerajaan untuk menyekat atau menghalang anda membuka perniagaan menjual nasi lemak di lokasi yang sama tempat beliau berniaga. Sebagaimana beliau, anda juga mempunyai hak yang sama di sisi undang-undang untuk menjalankan perniagaan di situ. Mahu atau tidak, beliau perlu menerima kehadiran anda untuk turut sama berniaga mencari rezeki di lokasi tersebut. 

Cuma yang akan membezakan di antara perniagaan anda dengan perniagaan nasi lemak makcik tadi ialah apa keunikan produk yang anda tawarkan dan apa strategi perniagaan yang anda praktiskan. Anda dan makcik tadi sama-sama bersaing dengan kekuatan  tersendiri dan jika anda tidak mampu untuk menyediakan nasi lemak yang lebih sedap kepada bakal pelanggan berbanding apa yang dijual oleh makcik tadi, anda akan gagal untuk menarik mereka mengunjungi gerai anda. Kesannya, perniagaan anda bakal mengalami kerugian dan jika ia berterusan, dalam jangka masa tertentu mungkin anda terpaksa menutup perniagaan anda tadi

Untuk turut sama berniaga dan bersaing dalam pasaran tersebut, anda perlu kepada satu strategi dan pelan perniagaan yang sesuai supaya pelanggan sedar akan kehadiran anda dan  mereka sudi mengunjungi gerai anda. Di sinilah  perlunya anda mengkaji apa kekuatan yang anda ada untuk turut sama bersaing dengan makcik tersebut
Sebagaimana yang diungkapkan oleh General Sun tzu,’ Peperangan akan menentukan nasib sesebuah negara itu sama ada negara tersebut mendapat kejayaan yang gemilang ataupun bakal mengalami kehancuran dan kemusnahan yang teruk. Peluang  kedua- dua pihak untuk mencapai kemenangan adalah bergantung kepada kekuatan dan kelemahan  tentera masing-masing. Oleh itu, sebelum menggerakkan tentera ke medan pertempuran, adalah menjadi tanggungjawab general yang memimpin untuk  'duduk' dan membuat perbandingan terlebih dahulu akan kekuatan tentera beliau berbanding kekuatan tentera musuh. Mana-mana general yang mendapat skor yang tinggi semasa proses membuat perbandingan ini, pasukan itulah yang akan mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pertempuran nanti'.
 

Berdasarkan kata-kata Sun tzu ini, dapat disimpulkan bahawa untuk memenangi sesebuah peperangan, general yang mempimpin pasukan tersebut perlu mengenali akan kekuatan tentera beliau dan mencari apa kelemahan pihak musuh supaya senang untuk  mengarahkan tentera beliau membuat serangan. Begitu juga dengan menjalankan perniagaan. Sebelum anda meneruskan niat untuk menjalankan perniagaan menjual nasi lemak di lokasi atau di kawasan yang sama dengan makcik tadi, anda perlu tahu   apa kekuatan dan  kelemahan anda terlebih dahulu serta apa peluang dan ancaman yang terdapat dalam pasaran atau lokasi yang bakal anda beroperasi nanti. Setelah mendapat maklumat selengkapnya barulah anda boleh menyediakan satu  pelan perniagaan dan pemasaran bagaimana untuk menarik pelanggan agar mengunjugi gerai nasi lemak anda nanti.

Kekuatan ialah 'apa yang anda boleh lakukan atau 'perform'dengan baik' berbanding makcik tadi. Adakah sambal anda memang sedap berbanding makcik tadi. Adakah resipi nasi lemak anda memang berlainan dari peniaga lain yang berhampiran dengan lokasi anda beroperasi. Jika jawapannya adalah 'Ya'. Maka anda boleh meneruskan perancangan untuk menjual nasi lemak di lokasi yang dirancang. 
Namun jika anda dapati resipi nasi lemak anda hanyalah resipi biasa-biasa saja, maka ia adalah merupakan satu kelemahan buat anda. Kelemahan pula bermaksud 'sesuatu yang anda tidak boleh buat atau 'perform' dengan baik'. Dalam senario tadi katakan anda cuma tahu mebuat resipi nasi lemak yang biasa-biasa saja berbanding makcik yang telah lama beroperasi di situ. Sambal juga adalah biasa-biasa dan rasanya hanpir sama dengan rasa sambal yang dimasak oleh peniaga lain. Oleh itu sebelum anda meneruskan niat untuk membuka gerai menjual nasi lemak di sebelah gerai makcik tadi, anda juga perlu terlebih dahulu memperbaiki kelemahan ini dengan belajar membuat  nasi lemak yang lebih sedap atau resipi sambal yang berlainan dan lebih sedap berbanding makcik tadi. 
 
Sebagaimana proses membuat analisis persekitaran perniagaan yang kita bincangkan dalam entri-entri sebelum ini, proses membuat analisis SWOT  juga memerlukan anda membuat 'audit' ke atas faktor-faktor tertentu yang terdapat di dalam dan di luar organisasi anda untuk mencari apa kelebihan dan kekurangan yang ada serta apa peluang atau ancaman yang bakal mengganggu perniagaan anda nanti. Proses ini juga adalah rumit. Sebarang kesilapan dalam membuat analisis SWOT ini akan menyebabkan perniagaan anda tidak mampu untuk bersaing. Malah jika anda tersalah membuat analsis, ia boleh menyebabkan anda tersilap dalam membuat pelan perniagaan dan mengamalkan strategi perniagaan yang salah.  Untuk mempelajari tentang aktiviti membuat analisis SWOT ini, anda boleh dapatkan buku ‘Jom Bisness!’ yang sudah pun terbit dan berada di pasaran.

Sekian untuk kali ini, Jumpa lagi dalam perbincangan seterusnya di entri yang akan datang. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin yang melayari blog ini. 

7 comments:

  1. cik akak nak tanya....jadi beriklan di blog :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah. jadi.Tunggu buku saya siap.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Blog saya ini diujudkan untuk membantu mereka yang berminat untuk membuka perniagaan sendiri. Blog ini adalah sebagai sumbangan ikhlas dan perkongsian ilmu. Namun apa yang ditulis dalam blog ini tidak lengkap seperti buku uang saya terbitkan. Dan buku yang saya terbitkan juga mungkin tidak mudah untuk difahami tanpa bantuan blog ini.
    Untuk mereka yang telah membeli buku saya, diharap dapat rujuk blog ini untuk penambahan ilmu.

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing.. minat juga berniaga.. :D

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. 9/10 daripada rezeki adalah melalui perniagaan. Tak perlu buat secara besar-besaran. Buat secara kecil-kecilan untuk 'test' market.

    Jika inginkan maklumat asas, tuan boleh baca perkongsian dalam blog ini start dari entri 'Peniaga kecil sehingga ke SWOT analisis' untuk mendapat 'feel'.
    Namun info yang terdapat dalam blog ni hanya membincangkan secara luaran saja bukan secara mendalam dan ia bertindak sebagai isi tambahan / penerangan dari point-point yang dibincangkan dalam buku saya.

    Tujuan saya membangunkan blog ini ialah supaya mereka yang membeli buku saya memdapat pemahaman yang secukupnya berkenaan topik yang dibincangkan dalam buku tersebut.
    Di samping itu Saya juga mahu mereka betul-betul mahir dan dapat menggunakan apa yang dipelajari itu untuk dipraktiskan dalam perniagaan mereka. Ini adalah kerana tidak ada orang yang dapat membantu mereka melainkan diri mereka sendiri. saya hanya mampu memberi ilmu berdasarkan pengalaman dan pembelajaran. Selebihnya adalah bergantung kepada tindakan individu tersebut.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. penerangan yg bagus.. swot memang penting

    ReplyDelete

Jangkaan Ekonomi Negara untuk Suku Kedua 2017 dan Kesan Kepada Peniaga kecil.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6% pada suku pertama tahun ini dan melebihi jangkaan awal kerajaan iaitu 4.8%. ...