Buku Hidup Kena Kuat
'Nota untuk sukses dalam kehidupan'
Sebuah buku refleksi kehidupan yang menggabungkan motivasi, pengalaman dan psikologi Islam. Membantu anda melalui saat-saat hidup yang tidak selalunya mudah.
Dengan menerapkan nilai-nilai Islam dan pendekatan psikologi, saya berkongsi tips bagaimana untuk mengurus emosi, mengenal diri dan berdamai dengan perkara yang kita tak mampu ubah.
Sesuai untuk anda yang rasa penat dengan apa yang berlaku, mahu mengurus emosi dan kembali melihat kehidupan dari sudut pandang yang lebih positif.
Adakah anda..
💔 Rasa hidup anda ketinggalan?
💔 Susah terima takdir dan suka bandingkan hidup sendiri dengan kehidupan orang lain?
💔 Mahu belajar menjadi diri sendiri, jujur dan jalani kehidupan harian dengan lebih tenang?
💔 Mahu temui semula kekuatan diri dan bangkit dari kesilapan masa lalu?
Jika jawapan anda adalah 'Ya', bermakna anda wajib beli dan baca buku ini... Kerana buku ini ditulis untuk anda.
Borang pesanan buku Hidup Kena Kuat
Kenapa buku ini ditulis?
Buku ini lahir hasil dari introspeksi hidup yang pernah saya lalui sendiri. Fasa Di mana saya cuba untuk kelihatan senyum di depan orang tetapi dalam diam, sebenarnya saya sedang penat dan serabut dengan jalan hidup sendiri.
Saat di mana saya rasa yang hidup saya seolah-olah 'stagnant' saja. Bergerak ke depan tidak, mundur ke belakang pun tidak. Sedangkan saya lihat kehidupan kawan-kawan yang lain sudah jauh di hadapan meninggalkan saya.
Ramai di kalangan mereka yang sudah berjaya dan memiliki apa yang mereka impikan. Hidup mereka juga kelihatan begitu bahagia.
Sedangkan saya masih lagi bertanya, "Kenapa hidup aku masih 'stuck' begini?"
Setiap hari timbul rasa kecewa yang sukar untuk diceritakan pada sesiapa dan malam-malamnya pula, fikiran sering dipenuhi dengan persoalan dan kebimbangan.
Di mata orang, mereka lihat saya tetap ketawa apabila berbual dengan kawan-kawan. Mereka juga lihat saya masih pergi kerja, masih melayan keluarga dan jalani kehidupan seperti biasa. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Namun di sebalik senyuman itu, hati saya sebenarnya perlahan-lahan hilang arah.
Saya seolah-olah sedang memikul beban yang berat. Ia diburukkan lagi bila saya diuji pula dengan satu episod pengkhianatan oleh teman yang pernah saya percaya.
Ini membuatkan saya mula bermuhasabah diri dan cuba cari jalan untuk terus bertahan.
Dalam pencarian (soul searching) itu saya terjumpa dengan satu ayat dari surah Al-Baqarah, iaitu ayat 216 yang bermaksud, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu”.
Dari situ saya mula sedar bahawa Allah tidak akan mensia-siakan setiap apa yang telah ditakdirkan kepada hambanya. Setiap orang ada jalan hidup masing-masing yang telah Dia tetapkan.
Saya juga percaya bahawa tidak semua perkara yang menyakitkan itu buruk untuk kita. Tetapi itu adalah salah satu cara Allah menyelamatkan kita dari perkara yang lebih buruk lagi di masa hadapan.
Alhamdulillah, dari situ saya mula belajar untuk yakin dan sedar akan aturan Allah.
Apabila keyakinan mula tumbuh, sedikit demi sedikit, jiwa saya kembali tenang. Saya mula belajar bagaimana menerima takdir, memaafkan diri dan merawat hati. Dan yang paling penting saya kembali kuat dan terima setiap aturan Allah dengan reda. Akhirnya perlahan-lahan saya berjaya mencari jalan untuk bangkit semula.
Hampir setiap bab di dalam buku ini lahir daripada pengalaman, tips, doa dan muhasabah yang pernah saya amal sendiri.
Jadi buku ini bukan sekadar himpunan kata-kata motivasi tetapi catatan perjalanan dan proses introspsepsi seorang insan yang pernah jatuh, pernah kecewa dan pernah hampir berputus asa. Namun akhirnya belajar bahawa, kita tidak mampu memilih semua perkara yang berlaku dalam hidup TETAPI kita masih boleh memilih bagaimana untuk menghadapinya. Dan sudah tentu ia tidak lari dari prinsip yang digariskan oleh konsep psikologi Islam.
Saya mungkin tidak dapat menghilangkan semua luka yang anda tanggung melalui penulisan saya. Tetapi saya berharap, setiap halaman buku ini mampu menjadi teman yang mengingatkan bahawa anda tidak bersendirian.
Kerana saya percaya, selagi kita masih ada Allah, bermakna kita masih ada harapan untuk kembali kuat dan menikmati hidup yang bahagia mengikut cara kita. Hidup yang lebih mudah, jujur dan bermakna.
Justeru, jika hidup yang anda lalui sekarang hampir sama dengan apa yang saya pernah alami, saya jemput anda untuk memiliki buku ini. Mudah-mudahan ia menjadi asbab hati kita sama-sama kembali tenang, kembali kuat dan kembali percaya bahawa setiap ujian pasti ada hikmah yang sedang Allah siapkan.
Jangan tunggu sampai diri anda sudah penat baru nak belajar menjaga hati dan diri sendiri...
Mulakan sekarang!!
Buku Ini..
✅ Sesuai dibaca oleh orang biasa dan tidak tidak semestinya minat dengan ilmu psikologi
✅ Sesuai untuk anda yang sukakan buku motivasi yang menenangkan jiwa dan tidak terlalu berat.
Buku Hidup Kena Kuat
'Nota untuk sukses dalam kehidupan'
Buku untuk mereka yang ingin belajar hidup dengan lebih sedar, jujur dan berani menjadi diri sendiri.
Apa yang anda boleh pelajari dari buku ini..?
✅ Mengapa setiap orang melalui ujian yang berbeza.
✅ Kembali 'menjadi diri sendiri' dan terima diri seadanya
✅ Berhenti dari terus membandingkan diri kita dengan orang lain dan mulakan hidup dengan lebih bermakna
✅ Mengurus emosi melalui konsep Psikologi Islam.
✅ Membina semula kekuatan diri dan semangat.
Buku untuk orang yang sedang belajar berdamai dengan kehidupan yang tidak berjalan seperti yang diharapkan.
👉 DAPATKAN SEKARANG....
Borang Pesanan buku Hidup Kena Kuat
Apa yang buku ini boleh bantu?
✔ Melihat ujian kehidupan dari sudut yang lebih tenang
✔ Faham, terima diri dan kurang beriaksi pada perkara-perkara kecil
Buku Hidup Kena Kuat, Sebuah buku untuk menemani anda ketika hidup tidak menjadi seperti yang anda harapkan.
“Beli SEKARANG”👇
RM30 (termasuk postage)
Lagi ulasan pembaca yang telah membaca buku ini..
Buku ini menjawab keresahan anda yang mungkin:
- tidak suka dengan situasi anda sekarang
- rasa hidup seoalah-olah tersekat
- kecewa dengan keadaan hidup
- mahu mencari ketenangan
- mahu melakukan sesuatu yang anda sukai.
Antara kandungan menarik dalam buku Hidup Kena Kuat..
2.Terima Keadaan Diri Kita Seadanya
3. Mengapa Kita Saja Yang Selalu Diuji?
4. Anda Sering Diuji Dengan Masalah Yang Sama?
5.Usah Biarkan Kebahagian Kita Ditentukan Oleh Orang Lain.
6. Mengapa Rezeki Aku Belum Sampai-Sampai lagi?
7.Bersyukur Dan Berterima Kasih
8.Hargai Apa Yang Dimiliki
9. Jangan Pernah Bermimpi Untuk Menjadi Orang Lain
10. Apabila Kita Dikhianati
11. Ingin Memaafkan Ataupun Tidak?
12. Berdamai Walaupun Tidak Boleh Melupakan
13. Bangkit Selepas Di khianati
14. Jangan Selamanya Menjadi Mangsa
15. Mengapa Sukar Untuk Berubah?
16.Perubahan Perlu Ada Disiplin
17. Buatlah Satu Persatu
Tekan link di bawah:
✔ Anda yang rasa dirinya gagal dan kehilangan arah
✔ Anda yang suka melihat kehidupan orang lain dan kemudiannya membandingkan dengan hidup sendiri
✔ Anda yang terlalu risau tentang masa depan dan sukar menikmati hidup
✔ Anda yang ingin kembali jadi kuat dan jujur pada diri sendiri
✔ Anda yang ingin jalani hidup dengan lebih tenang
✔ Anda yang sedang mencari kekuatan diri mengikut panduan Al Quran dan kaedah psikologi islamik.
Dapatkan sekarang sebelum stok habis.
✔ Diri sendiri
✔ Pasangan
✔ Kawan yang sedang penat
✔ Ahli keluarga
📦 Penghantaran seluruh Malaysia
👉 Borang Pesanan buku Hidup Kena Kuat
✔ Pasangan
✔ Kawan yang sedang penat
✔ Ahli keluarga
ORDER SEKARANG...
Selepas baca buku ini ramai yang bagi feed back yang mereka mula rasa :
👉 Harga: RM30 (postage percuma)
👉 Borang pesanan buku Hidup Kena Kuat
https://wasap.my/60165120479/HidupKenaKuat
'Mungkin yang letih itu bukan badan kita, mungkin yang letih itu ialah hati dan pemikiran kita.'
Kenali saya.. 👇

Saya masih berkhidmat sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta namun aktif berkongsi ilmu melalui program konsultasi dan latihan sebagai trainer sambilan.
Misi saya adalah membantu lebih ramai individu mengurus hidup dan emosi dengan tenang, bijak, dan berlandaskan nilai Islam.
Mungkin Allah tidak menemukan anda dengan halaman ini secara kebetulan. Jika hati anda sedang penat, izinkan buku ini menemani perjalanan anda untuk kembali kuat.
Beli Sekarang



.png)
.jpg)


.png)
.png)

.png)

No comments:
Post a Comment