Dalam kita mengharapkan agar Lembaga Pengarah FGV yang baru dapat
membuat perubahan strategi untuk mengatasi kerugian yang dialami
oleh syarikat ini sejak tahun 2014 yang lalu, nampaknya mereka juga masih mengulangi
dan meniru perangai Ahli Lembaga Pengarah yang lama.
Hari ini satu berita yang agak tidak berapa sedap didengar oleh mereka atau pelabur yang memegang saham FGV. Laporan itu menyatakan bahawa pihak Lembaga Pengarah FGV akan mengadakan kerjasama dengan syarikat Samyang Food dari Korea Selatan dalam aktiviti mengeluar dan mengedar mee segera berjenama ramen yang beratatus halal di Malaysia.
Memang diakui bahawa salah satu dari strategi untuk menjana
pendapatan dan menjenama semula syarikat ialah dengan melaksanakan
strategi pertumbuhan. Dalam strategi ini ia menyarankan supaya pihak syarikat meroka pasaran baru ataupun
memperkenalkan produk baru.
Tetapi, keputusan FGV untuk melabur dalam projek memproses dan mengeluar ramen ini boleh dikatakan satu keputusan yang tidak bijak.
Mengapa?
Tetapi, keputusan FGV untuk melabur dalam projek memproses dan mengeluar ramen ini boleh dikatakan satu keputusan yang tidak bijak.
Mengapa?
Pertamanya, ramen adalah antara beberapa senarai yang termasuk dalam senarai makanan
tidak sihat. Walaupun Felda akan menggunakan status halal sebagai
strategi untuk menarik golongan sasar sewaktu mereka mempromosi produk ini, namun dari segi kesihatan,
ramai di antara kita sudah sedia maklum bahawa mengambil terlalu banyak makanan segera adalah tidak baik untuk kesiatan seseorang. Ini kerana terdapat
beberapa bahan yang tidak baik terdapat dalam produk
mee segera seperti MSG dan garam. Kedua-dua bahan ini boleh menyumbang kepada penyakit hipertension dan masalah kesihatan yang lain.
Tambahan pula kebanyakan golongan
pengguna pada masa kini semakin peka terhadap kalori dan kandungan yang terdapat dalam makanan yang mereka ambil. Oleh itu
kebarangkalian untuk mereka membeli ramen juga adalah rendah
berbanding makanan segera yang lain seperti KFC, Pizza atau McDonald.
Kecuali pada hujung bulan atau sewaktu mereka kekeringan wang belanja.
Kedua,
produk ramen ini juga sudah pasti akan mendapat saingan yang sengit dari
jenama mee segera yang lain terutamanya Maggi. Oleh itu piak FGV perlu bekerja keras untuk mempopularkan ramen ini kepada penduduk Malaysia. Aktiviti ini sudah semestinya memerlukan belanja yang besar untuk kos pengiklanan.Tambahan pula jenama Maggi sudah serasi di kalangan penduduk Malaysia berbanding Ramen.
Manakala dari segi harga pula, nampaknya Maggie tetap mendahului ramen kerana harga Maggie jauh lebih murah berbanding ramen. Kalau tak salah, harga sepeket Maggie hanya sekitar RM1 atau RM1.20sen sepeket sedangkan harga ramen ialah antara RM4.50sen ke RM5 sepeket. Oleh itu golongan pengguna terutamanya golongan pelajar universiti dan orang bujang pasti akan memilih Maggi berbanding ramen.

Kesimpulannya, keputusan pihak lembaga pengarah FGV untuk berkerjasama
dengan syarikat Samyang untuk mengeluarkan ramen dan menjadi pengedar
kepada produk tersebut di Malaysia adalah satu keputusan yang tidak bagus.
Keputusan ini juga tidak akan memberi apa-apa perubahan positif kepada penyata kewangan FGV untuk suku pertama dan kedua tahun 2019. Malah jika tersilap membuat promosi, pelaburan yang dilakukan oleh FGV ini tidak dapat memberi sebarang keuntungan kepada mereka.

Dengan ini
untuk jangka pendek 'fair value' untuk saham FGV tidak berubah dari
'target price' yang telah saya dikongsikan dalam posting/entri sebelum ini iaitu
Rm0.90sen hingga Rm1.20 dan saya meletakkan skor 'neutral' untuk kaunter FGV.