Thursday, 20 June 2019

Berhati-hati dengan sitalam dua muka. Di depan dia senyum, di belakang menikam.


Dalam dunia sekarang bermacam ragam manusia kita boleh jumpa.



Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. ada yang hitam dan ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Dan ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Tak ketinggalan juga ada yang jujur dan ada yang suka tikam belakang.



Sifat-sifat ini biasanya berada dalam diri pengadu domba, penghasut dan pencaca-marba kehidupan. Manusia jenis ini amat suka bermuka-muka. Dia kaya dengan kepuraan dan kepalsuan.



Talam dua muka atau 'two face' ini pandai berlakon untuk mencuri perhatian, sokongan dan pujian. Dia sangat vokal dalam berkata-kata dan mempunyai tarikan tersendiri hingga dianggap mempunyai hati yang baik dan jujur. Tetapi pada hakikatnya ia berlawanan daripada apa dianggap.


Maka berhati2lah terhadap manusia  yang  bersikap sedemikian... 

Tujuannya amat jelas. Dia ingin mendapat perhatian ramai, menerimanya sebagai manusia yang berjaya dalam hidup.Sanggup menjadi pembohong super tegar kerana ingin mendapatkan sanjungan kawan dan sahabat. Amat pandai berlakon untuk mendapat perhatian, sokongan dan pujian. Yang salah dikatakan betul, yang betul dikatakan salah. Sanggup meminggirkan harga diri dan maruah asalkan dapat 'survive'


Dia adalah spesis merbahaya sebab, mereka pandai bermuka-muka. Di depan kita dia baik tapi pada masa yang sama di belakang dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali. Dia akan pastikan yang satu hari nanti akan jatuh menyembah bumi.

Kedua, dia tak boleh tengok kita duduk senang-lenang. Asal kita senang je, mula la hidup tak tentu arah, hati dorang resah gelisah. Dia suka tengok kita susah. Bila kita susah, barulah mereka rasa puas hati.

Akhir sekali dia ni memang pandai mengambil kesempatan. Dia pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama dia boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama pula akan dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan.

Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu? Jawab sahabat: Allah SWT dan Rasulullah SAW yang lebih tahu. Rasulullah SAW bersabda: Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang ke sana dengan wajah yang lain.” (Riwayat Abu Hurairah).

Jangan mudah percaya kepada cakap-cakap manis dengan mengutuk pihak kedua. Tapis setiap perkataan yang disampaikannya berkaitan keburukan orang lain. Jangan mudah terpancing dengan kebaikan dan hasutannya untuk membicarakan orang lain.



Kedua, jaga jarak dengannya. Jangan beritahu apa-apa tentang kisah peribadi atau kejayaan diri kepadanya kerana manusia spesis ini tak suka melihat ada orang yang lebih berjaya daripada dia. Kejayaan kita adalah beerti kemusnahan kepada dirinya. Tinggalkan saja orang jenis ini. tak rugi jika tak berkongsi perasaan dengan individu jenis ini.



Berterus terang bahawa kita tidak suka dengan sikap nya itu kerana manusia jenis ni kalau kita diam lagi dia seronok. Tak perlu menjaga hati atau cuba nak gembirakan orang jenis ini. Kerana akhirnya diorang bukannya hargai apa yang kita lakukan. Lebih baik kita gembirakan hati sendiri!



Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya: “Jangan engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak dia akan membinasakan dirimu.”



No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...