Kadang kita ni terlalu fokus pada apa yang kita tak ada, sampai hati jadi sempit dan jiwa kita jadi down. Sedangkan kalau kita berhenti sekejap, tarik nafas dan hitung satu persatu, kita akan sedar bahawa masih banyak nikmat lain yang Tuhan pinjamkan pada kita seperti nikmat, kesihatan, keluarga, kawan, peluang, malah nafas ini sendiri.
Justeru, didiklah rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Syukur bukan bila dapat semua yang kita mahu tapi bila kita nampak apa yang kita masih ada.
.
Setiap orang ada jalan cerita masing-masing. Bahagia orang lain tak semestinya sesuai dengan cara hidup kita. Kadang kita nampak dia senang tapi kita tak tahu apa yang mereka korbankan untuk sampai ke situ. Kadang kita tengok dia senyum tapi kita tak tahu sebenarnya dia senyum sekadar untuk menutup luka.
Justeru, syukur dengan apa yang kita ada sambil terus perbaiki diri jadi versi terbaik diri sendiri. Sebab dalam kita komplen tentang hidup kita, ada jiwa di luar sana yang diam-diam teringin dengan jalan hidup yang Allah aturkan buat kita.
Nak beli buku Hidup Kena Kuat, boleh tekan link di bawah:
.
Berhentilah bermimpi menjadi orang lain kerana bahagia itu bukan ketika kita memiliki apa yang orang lain punya tapi bila kita redha dan bersyukur atas apa yang Allah dah tetapkan untuk kita.
Rezeki setiap orang berbeza. Jalan hidup setiap orang pun tak sama. Justeru, jangan habiskan masa kita dengan mmembandingkan diri.
Bahagia itu bila hati tenang, bila kita redha dengan apa yang Allah dah tulis untuk kita. Ingat.. Allah tak pernah silap dalam mengatur hidup setiap hambaNya.
.
Kadang kita rasa hidup orang lain lebih sempurna. Kita tengok mereka senyum, gelak, berjaya macam tak ada masalah.
Tapi sebenarnya, kita nampak bahagia mereka sebab kita jarang tengok cermin hidup sendiri. Yang lebih penting ialah kerana kita jarang hargai nikmat yang kita dah ada.
Rezeki setiap orang lain-lain. Mungkin kita rasa kita ni serba kekurangan tapi kita tak sedar bahawa apa yang kita ada hari ni, adalah apa yang orang lain dok doa siang malam.
Justeru, belajar bersyukur, walau tak semua cukup tapi pasti ada yang masih lebih dari cukup.
Kadang-kadang bila tengok kejayaan orang lain, kita rasa tercabar dan itu sebenarnya bagus. Ia boleh jadi motivasi untuk kita push diri sendiri, usaha lebih kuat.
Tapi kalau terlalu kerap kita bandingkan diri kita dengan orang lain, kita akan mula rasa tak cukup bagus, hilang keyakinan, dan overthink. Ini boleh memudaratkan kesihatan mental kita. Sebab, setiap kali kita membandingkan diri dengan orang lain, kita akan timbul beberapa persoalan seperti: "Aku ni tak cukup baik"
"Hidup aku selalu ketinggalan"
"Orang lain semua bahagia, aku je yang selalu gagal".
Perasaan inilah yang perlahan-lahan mencuri ketenangan jiwa.
.
Bila kita asyik bandingkan diri dengan orang lain, hati mula berbisik " aku tak pandai.. aku tak cukup bagus." Dan yang seangkatan dengannya.
Mula-mula ia hanya satu fikiran kecil tapi jika diulang-ulang, otak kita akan percaya itu satu kebenaran. Lama-lama keyakinan diri akan hilang dan kita rasa hidup kita selau saja ketinggalan.
Inilah yang dinamakan negative self-talk.
Jadi hati-hati dengan apa yang kita bisikkan pada diri sendiri dan jangan suka bandingkan diri kita dengan orang lain.
.
Kadang kita terlalu fokus tengok apa yang orang lain ada. Rumah besar, pasangan romantik atau kerjaya yang bagus... Sampai kita lupa, Allah pun bagi kita nikmat yang
tak kurang hebatnya.
Setiap orang ada rezeki dan "hadiah" masing-masing. Tapi bila kita asyik pandang ke luar jendela hidup orang lain, kita tak nampak cahaya dalam rumah sendiri.
Belajarlah untuk bersyukur dan hargai apa yang ada depan mata. Nikmat tu bukan datang dalam bentuk besar je, kadang yang kecil tu lah paling bermakna, cuma kita saja yang tak sedar.
Kalau anda rasa anda perlukan sedikit kekuatan untuk hargai hidup ni dari sudut yang lebih dalam, boleh baca buku Abam, buku "Hidup Kena Kuat". Banyak point yang akan buat anda berhenti sekejap dan fikir, "Eh, aku ni dah ada banyak nikmat sebenarnya..."
https://usryabdullah.blogspot.com/p/blog-page.html
No comments:
Post a Comment