Tapi sebenarnya, Tltanpa sedar, kita sedang menyeksa jiwa sendiri dengan perbandingan yang tak perlu.
Bila kita mula latih diri untuk bersyukur, segalanya mula berubah. Kita mula nampak nikmat yang selama ini kita abaikan. Hati jadi tenang, jiwa jadi lapang. Dan yang paling penting, kita mula rasa puas dengan hidup kita sendiri.
Tapi, cuba tarik nafas. Renung sekejap.
Kejayaan tu bukan satu acuan yang semua orang kena ikut. Tapi masyarakat sekarang suka letak standard, umur 25, hidup kena stabil, umur 30 kena ada rumah, umur 35 anak ada dua, kerja gaji kena 5 angka. Kalau tak capai semua tu, konon hidup kita ni “kurang berjaya”.
Hakikatnya, semua orang ada jalan masing-masing. Ada orang naik awal, ada orang baru nak mula panjat. Dan itu tak buat sesiapa kurang hebat. Kadang-kadang orang yang nampak “biasa” tu sebenarnya tengah fight banyak benda dalam diam dan itu pun satu bentuk kejayaan juga.
Justeru, Kita usaha je ikut kemampuan kita, bukan ikut tekanan luar. Tak payah hidup untuk impress orang. Hidup untuk rasa tenang dengan diri sendiri.
Jangan stress sebab tak jadi macam orang lain. Hidup bukan pertandingan. Kalau orang lain lari laju, biar je. Kita jalan ikut pace kita. Asal terus gerak, itu dah cukup baik.
.
Setiap orang ada rezeki dan "hadiah" masing-masing. Tapi bila kita asyik pandang ke luar jendela hidup orang lain, kita tak nampak cahaya dalam rumah sendiri.
Belajarlah untuk bersyukur dan hargai apa yang ada depan mata. Nikmat tu bukan datang dalam bentuk besar je, kadang yang kecil tu lah paling bermakna, cuma kita saja yang tak sedar.
Kalau anda rasa anda perlukan sedikit kekuatan untuk hargai hidup ni dari sudut yang lebih dalam, boleh baca buku Abam, buku "Hidup Kena Kuat". Banyak point yang akan buat anda berhenti sekejap dan fikir, "Eh, aku ni dah ada banyak nikmat sebenarnya..."
Ramai yang beranggapan bahawa kebahagiaan itu terletak pada kekayaan, kemewahan, dan pencapaian yang besar dalam hidup.
Kebahagiaan bukan soal berapa banyak yang ada di tangan, tetapi berapa dalam rasa syukur di hati. Jika kita tidak pernah merasa cukup, segunung harta pun belum tentu membawa tenang.
Belajarlah untuk menghargai apa yang ada, kerana di situlah letaknya pintu kepada kebahagiaan yang sebenar.
Bila kita asyik bandingkan diri dengan orang lain, hati mula berbisik " aku tak pandai.. aku tak cukup bagus." Dan yang seangkatan dengannya.
Inilah yang dinamakan negative self-talk.
Jadi hati-hati dengan apa yang kita bisikkan pada diri sendiri dan jangan suka bandingkan diri kita dengan orang lain.
Bila kita asyik bandingkan diri dengan orang lain atau sosial comparison ini, especially kat media sosial, sebenarnya kita tengah perlahan-lahan 'meracun' diri sendiri.
Keyakinan diri boleh hilang, mood pun akan merudum. Hidup rasa macam tak cukup. Walhal semua orang ada timing masing-masing.
Setiap orang ada bahagiannya, ada rezeki dan ujiannya yang telah ditetapkan oleh tuhan. Tapi jika kita asyik rasa rendah diri dan sebok membandingkan diri dengan orang lain, kita bukan saja sedang menyakitkan hati sendiri tapi dalam masa yang sama kita seolah-olah lupa untuk menghargai nikmat yang Allah dah beri.
Lagi kita bersyukur, lagi Allah tambahkan nikmat. Macam dalam al-Qur’an, Allah telah berjanji:
"Jika kamu bersyukur, pasti Aku akan tambahkan nikmat kepadamu..."
(Surah Ibrahim, ayat 7)
Oleh itu, syukur ni bukan saja buat kita rasa damai, tapi juga eratkan hubungan kita dengan Allah.
Kadang kita rasa syukur tu sekadar rasa puas hati dengan apa yang kita ada. Tapi sebenarnya, ia lebih daripada tu.
Bila kita bersyukur, itu tanda kita sedar dan ikhlas mengaku bahawa semua nikmat seperti rezeki, kesihatan, keluarga dan kejayaan itu semuanya datang dari Allah. Bukan sebab kita hebat, tapi sebab Dia Maha Pemurah.
Syukur bukan cuma cakap “alhamdulillah”, tapi rasa dalam hati, terbit pada lidah, dalam hati dan nampak pada tindakan.
DR.Usrynorie
No comments:
Post a Comment