Friday 28 June 2019

PETANDA KITA MEMPUNYAI MASALAH PERSONALITI


Kita tentu biasa bertemu dengan individu seperti ini, atau mungkin kita juga termasuk dalam individu yang mempunyai ciri-ciri ini;

1) Apabila berlaku sesuatu masalah, terus dia menunding jari dan menyalahkan orang lain, bukannya bertanya pada dirinya sendiri.

2) Sukar menerima pendapat orang lain dan merasa dirinya adalah terbaik dan orang lain tidak ada apa-apa.

3) Meminta orang lain mengikut kehendak hatinya tetapi dia tidak pernah ingin mengikut kehendak orang lain

4) Suka membicarakan dan mencari kelemahan orang lain sedangkan kelemahan sendiri cuba disembunyikan.

5) Ingin dihormati dan dihargai tetapi diri sendiri tidak pernah menghormati dan menghargai orang lain

6) Meminta orang lain menjaga hatinya sedangkan diri sendiri tidak pernah ambil tahu hati orang sekeliling.

7 Merasakan bahawa dirinya lebih menonjol dari orang lain dan apa yang dilakukan oleh orang lain itu salah.

Mungkin ramai yang  tidak perasan yang dirinya  juga ada mempunyai  salah satu dari ciri-ciri atau sifat yang disenaraikan tadi  tetapi  terlepas pandang. Jika kita ada mempunyai salah satu dari ciri=ciri yang disenaraikan itu, sedarlah bahawa kita sedang mengalami atau menhadapi satu masalah yang dikenali sebagai masalah personaliti yang dinamakan sebagai  'superiority complex'.

Mengapa kebanyakan dari kita cenderung untuk memiliki sifat-sifat tersebut?
Mengikut Alfred Adler, seorang ahli psikologi, sudah menjadi lumrah bagi setiap individu untuk mengejar kedudukan atau penghormatan. Oleh itu dia akan menggunakan apa saja kelebihan yang dimiliki untuk mendapatkan pengiktirafan atau penghormatan dari orang   sekeliling. 

Bagi mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan, dia akan menggunakan kelebihan ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk mendapatkan penghormatan. Bagi individu yang mempunyai bakat menghibur atau berjenaka pula, dia akan menggunakan bakat tersebut untuk mendapatkan pengiktirafan. Begitu juga bagi mereka yang mempunyai kelebihan memasak, dia akan menggunakan bakat yang dia ada itu untuk mendapatkan pengiktirafan dalam dunia masak memasak.

Tetapi tidak semua individu dilahirkan dengan mempunyai kelebihan atau keistimewaan. Ada yang hanya memiliki kemahiran biasa-biasa saja sama seperti kebanyakan orang. Malah ada juga yang mempunyai kemahiran tetapi kemahiran itu tidak mampu menarik perhatian orang sekeliling untuk memberi pengiktirafan kepadanya. 

Ini membuatkan dia merasa rendah diri atau ‘inferior’. Jadi untuk menutup atau melawan perasaan ‘inferior’ atau rendah diri  tadi serta mendapatkan pengiktirafan, lalu dia terpaksa berbohong pada diri sendiri dengan mengadaptasikan salah satu dari tujuh sifat yang kita senaraikan itu. 

Dia mula memakai ‘topeng’ tertentu supaya tidak lagi dipandang rendah oleh orang sekeliling. Malah ada yang menjadi talam dua muka dan ada juga yang berpura-pura pandai dalam sesuatu perkara walaupun dia bukan ahli dalam bidang tersebut. Dia juga akan sikap sombong dan meninggi diri dengan tujuan untuk menarik dan mengusai orang lain walaupun dia sedar yang dirinya tidak mempunyai apa-apa kelebihan. 

Jadi, jika kita juga mempunyai salah satu dari sifat yang disebutkan tadi, kita juga sebenarnya  termasuk dalam  ciri-ciri mereka yang sedang menghadapi masalah psikologi. Jika tidak dibendung, ia akan membuatkandiri kita  semakin tertekan sekiranya apa yang diusahakan selama ini gagal menarik perhatian atau pengiktirafan orang sekeliling. Lama kelamaan kita  akan mengalami simptom depressi dan seterusnya membawa kepada masalah psikologi yang lebih serius. 

Sama-samalah kita cuba memperbaiki diri supaya tidak terikut atau terlekat dengan 7 sifat yang disenaraikan itu.

https://www.facebook.com/Usryabdullah-1871925796429359/
https://www.facebook.com/profile.php?id=100010444805105 

Thursday 27 June 2019

Berbaloikah mencari salah orang demi menutup kelemahan diri?

Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotorlah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan itu ialah hati!

Hati yang bersih akan mengeluarkan kata-kata yang baik dan menyenangkan, manakala hati yang tidak baik dan penuh dengan prasangka akan menerbitkan kata-kata yang pedas dan beracun. Apa saja cerita yang sampai kepadanya akan ditambah sedikit garam. Benda yang sepatutnya bersize S akan diubah mengikut citarasa sendiri dan akhirnya benda atau cerita itu menjadi saiz XXL. 

Ini berlaku kerana kita cuba menutup kelemahan sendiri. Kita sebok menjaga hal orang lain dan menjaja cerita orang lain dengan harapan kita akan nampak lebih sempurna dari dia walaupun sebenarnya perangai kita lebih teruk dari dia. 

Orang-orang seperti ini, selalunya akan memandang dirinya bersih, selalu betul, dan lebih baik berbanding orang lain. Padalah dia bersifat atau bersikap seperti ini  semata-mata untuk menutup kekurangan diri sendiri dan takut dimalukan, disisihkan, disaingi atau takut tidak dihormati orang lain. Oleh itu dia akan berusaha untuk menutup kelemahannya dengan berpura-pura baik dan menjaga tingkah laku. Malah ada yang sanggup menjadi  'talam dua muka' sebagaimana yang kita bincangkan dalam entri sebelum ini.

Tabiat atau sikap suka mencari kesalahan orang lain adalah perbuatan yang sangat dimurkai tuhan. Allah berfriman dalam surah Alhujurat ayat 12 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Dalam ayat tersebut, tuhan melarang kita mencari kesalahan orang lain sama ada dengan cara menyelidik secara langsung atau secara tidak langsung.
Dalam ayat tersebut, Allah Ta’ala melarang kita untuk mencari-cari kesalahan orang lain. Entah itu dengan kita menyelidikinya secara langsung atau dengan bertanya kepada temannya.

Simak selengkapnya disini. Klik https://muslim.or.id/19535-larangan-tajassus-mencari-cari-kesalahan-orang-lain.html

Dalam ayat tersebut, Allah Ta’ala melarang kita untuk mencari-cari kesalahan orang lain. Entah itu dengan kita menyelidikinya secara langsung atau dengan bertanya kepada temannya.

Simak selengkapnya disini. Klik https://muslim.or.id/19535-larangan-tajassus-mencari-cari-kesalahan-orang-lain.html
Dalam ayat tersebut, Allah Ta’ala melarang kita untuk mencari-cari kesalahan orang lain. Entah itu dengan kita menyelidikinya secara langsung atau dengan bertanya kepada temannya.

Simak selengkapnya disini. Klik https://muslim.or.id/19535-larangan-tajassus-mencari-cari-kesalahan-orang-lain.html

Mencari-cari kesalahan orang untuk menutup atau menyembunyikan kesalahan sendiri tidak akan membuat kita kelihatan lebih baik atau semakin dihormati, tetapi ia menjadikan kita semakin jatuh. Hanya orang bodoh saja yang berfikir bahwa dia akan dapat melindungi kelasalahannya dengan menyembunyikan kelemahannya dengan cara membuka kesalahan  orang lain. Satu hari nanti, apabila semua taktik dan helah yang dibuat tidak menjadi, ketika itu maruah kita akan jatuh dan setiap kata-kata kita tidak akan dipercayai orang lagi. Malah kita sudah tidak dihormati orang.


Persoalannya ialah, mengapa mesti kita tambah lagi dengan perkara-perkara yang tidak perlu itu?  Daripada terus menyibukkan diri dengan mencari kesalahan orang lain, Adalah lebih baik kita berfikir secara positif dan cuba bermuhasabah diri dengan bertanyakan pada diri sendiri, sudah mampukah kita berbuat lebih baik melebihi dari orang yang kita kritik itu?
Orang yang hebat bukanlah mereka yang pandai dan mampu melihat kesalahan orang lain, tapi mereka yang tahu menilai dan menyedari akan kesalahannya sendiri sebelum dia mengambil langkah menyalahkan orang lain. Oleh  itu, jangan membiasakan diri dengan terus menerus melihat kesalahan orang lain, tetapi menjadi pandailah dengan menyadari akan kesalahan diri sendiri. Pepatah ada mengatakan, satu jari menunding kepada orang, ada empat jari lagi yang akan menunding kepada diri sendiri.

https://www.facebook.com/profile.php?id=100010444805105




Sunday 23 June 2019

Jangan Membandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain miliki.. Hati akan rasa tenang dan bersyukur


Sesetengah dari kita suka merungut dan bertanya kenapa kita tidak dapat seperti apa yang kawan atau rakan kita dapat sedangkan kita dengan dia tidak ada banyak perbezaan. Kenapa dia hidup bahagia sedangkan hidup kita biasa-biasa saja. 


Ya.. Kita dinasihatkan supaya sentiasa bermuhasabah diri tetapi kita tidak disuruh untuk membandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada.   

 Tabiat ini  akan berakhir dengan perasaan sedih dan rasa tidak adil setelah kita melihat kehidupan orang lain lebih baik atau lebih berjaya berbanding kita, walaupun sebenarnya kita juga  mempunyai kehidupan yang baik. 


Biarlah orang melihat kita hanya berkereta kancil saja asalkan dengan kereta itu kita boleh sampai ke tempat kerja dengan selamat. Biarlah rumah kita hanya sekadar rumah kos rendah asalkan penghuni di dalamnya boleh berteduh dan dapat tidur dengan nyenyak. Dapat berlindung dari panas dan hujan serta dapat beribadah tanpa gangguan. Bukannya dengan membandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada. Sifat ini sama seperti kita membandingkan rumput di halaman siapa yang lebih hijau. Sifat inilah yang akan membentuk diri kita menjadi seorang yang tidak bersyukur.


Kita boleh melihat kejayaan orang lain sebagai inspirasi dan  motivasi tetapi  tapi jangan pernah membanding-bandingkan hidup kita dengan mereka kerena sampai bila pun  kita tidak akan pernah merasa menang. Malah ia menimbulkan perasaan hasad dengki. Kita akan  merasa sedih dan timbul perasaan dengki sewaktu membandingkan hidup kita dengan seseorang yang diberi lebih banyak kemudahan dalam hidupnya oleh Allah. 


Setiap detik yang kita  habiskan untuk memikirkan apa yang orang lain miliki sama dengan detik yang kita habiskan untuk mencipta  sesuatu untuk diri sendiri. Alangkah baiknya dari kita banyak membuang masa memikirkan kejayaan orang lain dan berasa iri hati dengan apa yang dia miliki, kita ubah fikiran dan sikap iri hati itu dengan berfikir bagaimana untuk mencari peluang supaya kita juga boleh berjaya seperti dia tetapi dalam lapangan dan bidang yang kita sendiri. 


Perbandingan adalah sesuatu yang membuang masa. Apabila kita sering membandingkan apa yang telah kita capai, kita akan membuang banyak masa berharga yang sepatutnya digunakan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam hidup. Daripada berterus-terusan meratapi kekurangan diri dan membandingkan kelebihan yang dimiliki orang lain, adalah lebih  baik kita gunakan kelebihan yang sudah ada dalam diri kita untuk cipta kejayaan baru. 


Hidup bukan pertandingan tetapi hidup adalah satu perjalanan. Salah satu kunci bahagia yang paling asas ialah dengan mensyukuri apa yang kita miliki dan membuang jauh rasa iri hati dan dengki. 
“In the game of life you will never reach a point where you are better than others in every way and why would you want to be’’.

Saturday 22 June 2019

Musibah atau ujian adalah petanda Allah mahu kita berubah


Dalam kehidupan kita ini tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari diuji. Cuma bentuk ujian yang diterima itu saja yang berbeza di antara seorang individu dengan seorang yang lain. Ada yang menerima ujian kecil dan ada pula yang menerima ujian besar. Ada yang diuji hanya sekejap dan ada yang diuji sehingga berlarutan.

Kebiasaanya, kita begitu mudah untuk memberi komen disaat sesuatu insiden yang tak diingini berlaku kepada orang lain. Bila kita melihat rakan kita terkena ujian, kita akan berkata,” hebat betul si Peah tu sekarang, semenjak dia diuji dengan suaminya jatuh sakit, dia telah berubah menjadi seorang wanita yang kuat. Dulu serba serbi mengharapkan suami tapi sekarang dia nampak lebih matang dan sudah boleh berdikari.” Ketika kita berkata begitu kita amat yakin bahawa ujian yang didatangkan ke dalam hidup seseorang dapat memberi hikmah dan membuat dia berubah.

Tetapi apabila sesuatu insiden atau musibah yang tidak baik menimpa diri kita sendiri, lain pula yang kita akan ucapkan. Sehingga ke satu peringkat kita mula mempersoal tentang keadilan tuhan. Akan keluar satu pertanyaan,”Mengapa saya?” Kenapa hanya diri kita yang terpilih untuk menerima ujian ini sedangkan rakan atau kawan kita yang lain hidupnya aman damai. 

Sama ada kita sedar atau tidak, setiap ujian dan cabaran yang datang dalam hidup kita merupakan ‘turning point’ untuk merangsang kita berubah. Majoriti dari kita itu tidak akan beralih atau keluar dari zon selesa selagi tidak menerima sebarang ujian atau musibah. 

Anak kita tidak akan berhenti bermain permainan komputer atau melayari internet jika dia tidak perlu menempuh sebarang ujian atau peperiksaan di sekolah. Balik saja dari sekolah, dia akan terus menghadap komputer bukannya membaca buku atau membuat kerja rumah.Tetapi apabila cikgunya memberitahu yang esok ada ujian bulanan, barulah dia akan berubah dan mula membuka buku dan membuat latihan. Jadi, apabila kita menerima musibah atau ujian, di saat itulah kita akan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Dan ketika itulah kebanyakan dari kita mula membuka mata dan hati untuk berubah. 

Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup dapat memberi satu pelajaran baru kepada kita. Tinggal diri kita saja yang perlu membuat keputusan sama ada ingin mengutipnya sebagai pelajaran atau membiarkan saja peristiwa atau insiden itu berlalu tanpa mengambil apa-apa iktibar darinya.

 Pembelajaran berasaskan kepada pengalaman ini merupakan suatu proses pembelajaran menerusi refleksi perlakuan. Berdasarkan kaedah atau konsep ini, apa jua bentuk pengalaman yang kita lalui dan akan dipindahkan dalam bentuk pengetahuan.

Namun apa yang sering berlaku dalam hidup kita adalah sebaliknya. Kebanyakan dari kita takut untuk bertindak balas. Kita cenderung untuk bergantung harap kepada nasib dan takdir semata-mata. Sebolehnya kita cuba untuk menangguhkan sebarang bentuk tindak balas.
Salah satu sebabnya ialah kerana kita tidak mahu menerima kesan atau akibat dari tindak balas yang bakal kita laksanakan nanti. Kita risau sekiranya tindak balas yang dilaksanakan itu akan memburukkan lagi keadaan. Oleh itu kita akan mengambil sikap berdiam diri selagi mana kita merasa diri kita berada dalam zon selesa. 

Berserah kepada takdir dan takut untuk menerima ‘consequence’ kesan dari tindak balas yang bakal dilaksanakan nanti tidak akan membawa kita ke mana-mana. Lewis Carrol ada menyebut, “If you don't know where you are going, any road will get you there.” 

Jadi kita tidak perlu takut untuk bertindak balas ke atas apa jua peristiwa atau insiden yang berlaku. Selagi kita takut, selagi itu kita akan melalui pengalaman dan cerita yang sama pada setiap hari. Selagi kita takut selagi itu kita tidak akan mendapat pelajaran atau pengalaman baru.

https://www.facebook.com/profile.php?id=100010444805105 

Thursday 20 June 2019

Berhati-hati dengan sitalam dua muka. Di depan dia senyum, di belakang menikam.


Dalam dunia sekarang bermacam ragam manusia kita boleh jumpa.



Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. ada yang hitam dan ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Dan ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Tak ketinggalan juga ada yang jujur dan ada yang suka tikam belakang.



Sifat-sifat ini biasanya berada dalam diri pengadu domba, penghasut dan pencaca-marba kehidupan. Manusia jenis ini amat suka bermuka-muka. Dia kaya dengan kepuraan dan kepalsuan.



Talam dua muka atau 'two face' ini pandai berlakon untuk mencuri perhatian, sokongan dan pujian. Dia sangat vokal dalam berkata-kata dan mempunyai tarikan tersendiri hingga dianggap mempunyai hati yang baik dan jujur. Tetapi pada hakikatnya ia berlawanan daripada apa dianggap.


Maka berhati2lah terhadap manusia  yang  bersikap sedemikian... 

Tujuannya amat jelas. Dia ingin mendapat perhatian ramai, menerimanya sebagai manusia yang berjaya dalam hidup.Sanggup menjadi pembohong super tegar kerana ingin mendapatkan sanjungan kawan dan sahabat. Amat pandai berlakon untuk mendapat perhatian, sokongan dan pujian. Yang salah dikatakan betul, yang betul dikatakan salah. Sanggup meminggirkan harga diri dan maruah asalkan dapat 'survive'


Dia adalah spesis merbahaya sebab, mereka pandai bermuka-muka. Di depan kita dia baik tapi pada masa yang sama di belakang dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali. Dia akan pastikan yang satu hari nanti akan jatuh menyembah bumi.

Kedua, dia tak boleh tengok kita duduk senang-lenang. Asal kita senang je, mula la hidup tak tentu arah, hati dorang resah gelisah. Dia suka tengok kita susah. Bila kita susah, barulah mereka rasa puas hati.

Akhir sekali dia ni memang pandai mengambil kesempatan. Dia pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama dia boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama pula akan dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan.

Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu? Jawab sahabat: Allah SWT dan Rasulullah SAW yang lebih tahu. Rasulullah SAW bersabda: Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang ke sana dengan wajah yang lain.” (Riwayat Abu Hurairah).

Jangan mudah percaya kepada cakap-cakap manis dengan mengutuk pihak kedua. Tapis setiap perkataan yang disampaikannya berkaitan keburukan orang lain. Jangan mudah terpancing dengan kebaikan dan hasutannya untuk membicarakan orang lain.



Kedua, jaga jarak dengannya. Jangan beritahu apa-apa tentang kisah peribadi atau kejayaan diri kepadanya kerana manusia spesis ini tak suka melihat ada orang yang lebih berjaya daripada dia. Kejayaan kita adalah beerti kemusnahan kepada dirinya. Tinggalkan saja orang jenis ini. tak rugi jika tak berkongsi perasaan dengan individu jenis ini.



Berterus terang bahawa kita tidak suka dengan sikap nya itu kerana manusia jenis ni kalau kita diam lagi dia seronok. Tak perlu menjaga hati atau cuba nak gembirakan orang jenis ini. Kerana akhirnya diorang bukannya hargai apa yang kita lakukan. Lebih baik kita gembirakan hati sendiri!



Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya: “Jangan engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak dia akan membinasakan dirimu.”



Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...