Saturday, 15 June 2019

Bila diri sempurna, janganlah pula kita bersikap sombong

(klip video dari Youtube)

Orang yang sombong akan merasakan dirinya sempurna dan menganggap dirinya berada di atas orang lain. Dia berasa bangga terhadap diri sendiri, suka meremeh dan menghina,serta merendahkan orang lain, baik dengan perbuatan maupun dengan perkataan.

Ketika kita merasa lebih baik, pintar, gagah-cantik, kaya dan hebat dari yang lain serta meremehkan orang lain, maka kita telah berprilaku sombong. Padahal kalau kita renungkan, siapa yang memberikan kesihatan dan rupa paras yang indah? Semua ini hanyalah nikmat dari Allah Ta’ala. Jika Allah berkehendak, sangat mudah bagiNya untuk mencabut semula kelebihan-kelebihan tersebut.

Setiap dari kita pasti mempunyai kelebihan yang tersendiri tetapi disebalik kelebihan yang kita ada itu pasti akan wujud juga satu kelemahan. Ini adalah kerana kita semua adalah manusia. Setiap manusia pasti mempunyai kekurangan dan kelemahan. 

Oleh itu, setiap kali terasa ingin menyombong diri, terus ingat bahawa asal kejadian setiap manusia itu adalah sama, iaitu  daripada tanah dan apabila kita mati, kita akan kembali semula ke dalam tanah. Walau  hebat bagaimana sekalipun diri kita, kejadian kita tetap sama dengan orang lain iaitu asalnya daripada tanah. 

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’udradhiyallahu ‘anhu dari Nabi Saw, beliau bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ 
                                                                                                                  الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

Artinya: “Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain (HR. Muslim).

 Mulai hari ini, jadilah diri kita seperti bintang, walaupun kedudukannya tinggi di angkasa raya tetapi tetap dapat dilihat di dalam bayangan air yang rendah berbanding asap yang membumbung tinggi degan sendirinya  di lapisan udara yang tinggi tetapi sebenarnya dia masih berada di tempat yang rendah.



jadilah laksana bintang bercahaya yang tampak di bayangan air yang rendah, padahal sebenarnya dia berada di ketinggian. Jangan menjadi laksana asap, yang membumbung tinggi dengan sendirinya di lapisan udara yang tinggi, padahal sebenarnya dia rendah.”

Baca selengkapnya https://muslimah.or.id/6085-jangan-sombong-dan-ujub-wahai-jiwa-engkau-ini-belumlah-apa-apa.html

1 comment:

SENTIASA PANAS said...

Kesombongan akan meragut kegembiraan dan kebahagiaan orang lain. Maka selayaknya neraka baginya. Moga dijauhkan.

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...