Friday, 28 June 2019

PETANDA KITA MEMPUNYAI MASALAH PERSONALITI


Kita tentu biasa bertemu dengan individu seperti ini, atau mungkin kita juga termasuk dalam individu yang mempunyai ciri-ciri ini;

1) Apabila berlaku sesuatu masalah, terus dia menunding jari dan menyalahkan orang lain, bukannya bertanya pada dirinya sendiri.

2) Sukar menerima pendapat orang lain dan merasa dirinya adalah terbaik dan orang lain tidak ada apa-apa.

3) Meminta orang lain mengikut kehendak hatinya tetapi dia tidak pernah ingin mengikut kehendak orang lain

4) Suka membicarakan dan mencari kelemahan orang lain sedangkan kelemahan sendiri cuba disembunyikan.

5) Ingin dihormati dan dihargai tetapi diri sendiri tidak pernah menghormati dan menghargai orang lain

6) Meminta orang lain menjaga hatinya sedangkan diri sendiri tidak pernah ambil tahu hati orang sekeliling.

7 Merasakan bahawa dirinya lebih menonjol dari orang lain dan apa yang dilakukan oleh orang lain itu salah.

Mungkin ramai yang  tidak perasan yang dirinya  juga ada mempunyai  salah satu dari ciri-ciri atau sifat yang disenaraikan tadi  tetapi  terlepas pandang. Jika kita ada mempunyai salah satu dari ciri=ciri yang disenaraikan itu, sedarlah bahawa kita sedang mengalami atau menhadapi satu masalah yang dikenali sebagai masalah personaliti yang dinamakan sebagai  'superiority complex'.

Mengapa kebanyakan dari kita cenderung untuk memiliki sifat-sifat tersebut?
Mengikut Alfred Adler, seorang ahli psikologi, sudah menjadi lumrah bagi setiap individu untuk mengejar kedudukan atau penghormatan. Oleh itu dia akan menggunakan apa saja kelebihan yang dimiliki untuk mendapatkan pengiktirafan atau penghormatan dari orang   sekeliling. 

Bagi mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan, dia akan menggunakan kelebihan ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk mendapatkan penghormatan. Bagi individu yang mempunyai bakat menghibur atau berjenaka pula, dia akan menggunakan bakat tersebut untuk mendapatkan pengiktirafan. Begitu juga bagi mereka yang mempunyai kelebihan memasak, dia akan menggunakan bakat yang dia ada itu untuk mendapatkan pengiktirafan dalam dunia masak memasak.

Tetapi tidak semua individu dilahirkan dengan mempunyai kelebihan atau keistimewaan. Ada yang hanya memiliki kemahiran biasa-biasa saja sama seperti kebanyakan orang. Malah ada juga yang mempunyai kemahiran tetapi kemahiran itu tidak mampu menarik perhatian orang sekeliling untuk memberi pengiktirafan kepadanya. 

Ini membuatkan dia merasa rendah diri atau ‘inferior’. Jadi untuk menutup atau melawan perasaan ‘inferior’ atau rendah diri  tadi serta mendapatkan pengiktirafan, lalu dia terpaksa berbohong pada diri sendiri dengan mengadaptasikan salah satu dari tujuh sifat yang kita senaraikan itu. 

Dia mula memakai ‘topeng’ tertentu supaya tidak lagi dipandang rendah oleh orang sekeliling. Malah ada yang menjadi talam dua muka dan ada juga yang berpura-pura pandai dalam sesuatu perkara walaupun dia bukan ahli dalam bidang tersebut. Dia juga akan sikap sombong dan meninggi diri dengan tujuan untuk menarik dan mengusai orang lain walaupun dia sedar yang dirinya tidak mempunyai apa-apa kelebihan. 

Jadi, jika kita juga mempunyai salah satu dari sifat yang disebutkan tadi, kita juga sebenarnya  termasuk dalam  ciri-ciri mereka yang sedang menghadapi masalah psikologi. Jika tidak dibendung, ia akan membuatkandiri kita  semakin tertekan sekiranya apa yang diusahakan selama ini gagal menarik perhatian atau pengiktirafan orang sekeliling. Lama kelamaan kita  akan mengalami simptom depressi dan seterusnya membawa kepada masalah psikologi yang lebih serius. 

Sama-samalah kita cuba memperbaiki diri supaya tidak terikut atau terlekat dengan 7 sifat yang disenaraikan itu.

https://www.facebook.com/Usryabdullah-1871925796429359/
https://www.facebook.com/profile.php?id=100010444805105 

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...