Saturday, 2 May 2026

Terima diri sendiri

 

Kadang-kadang kita letak standard yang terlalu tinggi untuk diri sendiri.
Nak semuanya perfect.Nak cepat berjaya... Nak hidup ikut 'timeline' yang kita cipta sendiri.

Bila tak capai… kita mula rasa kecewa. Bila tersasar sikit… kita rasa kita dah gagal. Sedangkan realitinya, hidup setiap orang berbeza. Ada orang lambat sikit, tapi dia sampai dengan lebih matang. Ada orang jatuh banyak kali, tapi akhirnya dia jadi lebih kuat.

Hakikatnya…Penat yang kita rasa tu bukan semuanya datang dari luar. Sebahagiannya datang dari cara kita melayan diri sendiri. Kalau setiap hari kita “tarik” diri kita ke bawah, memang jiwa akan cepat letih.



👉 Ini antara petikan yang dikupas dalam buku Hidup Kena Kuat“Nota Untuk Sukses Dalam Kehidupan”,       khususnya dalam bab:  ' Terima diri sendiri '

Dalam buku ini, bukan sekadar satu isu yang disentuh…Tetapi ada beberapa lagi isu realiti kehidupan yang kita semua pernah lalui, seperti  isu tentang rezeki, emosi, pencarian makna hidup, tentang sabar, syukur dan banyak lagi.

Yang menariknya, setiap perbincangan bukan sekadar “kata-kata semangat”…Tetapi disertakan solusi yang digarap dari sudut psikologi Islam agar lebih dekat, lebih mendalam, dan lebih menyentuh jiwa.


👉 Kalau anda rasa video ini “kena” dengan hati anda… jangan biarkan ia sekadar lalu begitu saja. Kongsikan kepada kawan-kawan yang lain.


📖 Dan jika anda ingin dapatkan sedikit inspirasi dan kekuatan dalam mengharungi hidup, boleh baca perkongsian saya dalam buku Hidup Kena Kuat, dan mula ubah cara anda melihat ujian dalam hidup.

Tekan link di bawah, saya akan bantu anda dapatkan buku ini.

                                ðŸ‘‰         Borang Pesanan Buku HIDUP KENA KUAT


Friday, 1 May 2026

Bawa famili menonton wayang cerita sempena cuti 1 Mei 2026

 Ini cerita petang 1 Mei 2026

.
Sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei, saya ajak Mem dan Gendut (anak bongsu) keluar menonton wayang. Asalnya saya nak belanja kakak (anak sulung) dan Angah (anak no. 2) sekali, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, mereka tak dapat balik minggu ini. (Mereka berkerja di Kuala Lumpur). Jadi, tinggal kami bertiga sajalah yang menonton filem ni.

.
Kali ini, kami menonton filem Lebang Libu lakonan Betto Khusyairi dan Amerul Affendy. Filem ini sarat dengan elemen komedi yang bersahaja, tetapi dalam masa yang sama menyelitkan sindiran halus serta isu-isu semasa yang dekat dengan kehidupan masyarakat kita pada hari ini.

Walaupun tema yang dibawa tidak terlalu berat, namun cukup untuk membuat penonton berfikir sambil ketawa. Lakonan setiap pelakon pula nampak begitu natural. Jelas mereka benar-benar menghayati dan 'enjoy' dalam membawakan watak masing-masing.

Filem ni memang sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Pendek kata, tak rugi langsung saya keluarkan duit untuk beli tiket dan dua set popcorn…

Secara keseluruhan, saya beri filem ini 8/10. 'worth for money' dan sesuai untuk berhibur sambil healing bersama keluarga.




Setiap Orang ada takdir masing-masing.

  Setiap orang ada jalan hidup masing-masing, rezeki masing-masing, dan waktu masing-masing yang Allah susun rapi tanpa kita sedar. Jangan u...