Ini cerita petang 1 Mei 2026
.
Sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei, saya ajak Mem dan Gendut (anak bongsu) keluar menonton wayang. Asalnya saya nak belanja kakak (anak sulung) dan Angah (anak no. 2) sekali, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, mereka tak dapat balik minggu ini. (Mereka berkerja di Kuala Lumpur). Jadi, tinggal kami bertiga sajalah yang menonton filem ni.
.
Kali ini, kami menonton filem Lebang Libu lakonan Betto Khusyairi dan Amerul Affendy. Filem ini sarat dengan elemen komedi yang bersahaja, tetapi dalam masa yang sama menyelitkan sindiran halus serta isu-isu semasa yang dekat dengan kehidupan masyarakat kita pada hari ini.
Walaupun tema yang dibawa tidak terlalu berat, namun cukup untuk membuat penonton berfikir sambil ketawa. Lakonan setiap pelakon pula nampak begitu natural. Jelas mereka benar-benar menghayati dan 'enjoy' dalam membawakan watak masing-masing.
Filem ni memang sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Pendek kata, tak rugi langsung saya keluarkan duit untuk beli tiket dan dua set popcorn…
Secara keseluruhan, saya beri filem ini 8/10. 'worth for money' dan sesuai untuk berhibur sambil healing bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment