Setiap orang inginkan bahagia. Tidak ada siapa yang tak mahu hidup bahagia. Jika boleh setiap hari kita nak lalui kehidupan dengan tenang, aman dan gembira.
Tapi peliknya…Semakin kita kejar bahagia, semakin kita rasa jauh dari bahagia. Kita ingat bahagia tu kena tunggu banyak duit dulu. Kena tunggu hidup stabil dulu. Kena tunggu semua masalah selesai dulu.
Hakikatnya… kalau kita letak syarat terlalu tinggi untuk bahagia, sampai bila pun kita takkan rasa cukup. Sebab bahagia ni bukan sesuatu yang besar-besar pun. Bukan kena tunggu “perfect life” baru boleh rasa.
Kadang-kadang… bahagia tu datang dari perkara yang kecil yang kita selalu pandang biasa. Nak rasa bahagia sebenarnya tak perlu buat benda pelik-pelik pun.Tak perlu tunggu hidup berubah 180 darjah.Cukup mula dengan perkara yang ringan…Yang kita boleh buat hari-hari.
Contohnya… 👇
1) Tak perlu ambil tahu perkara yang kita tak perlu tahu.
Kadang-kadang kita ni penat bukan sebab kerja banyak pun. Tapi sebab terlalu banyak nak ambil tahu perkara yang tak perlu kita tahu. Misalnya, ada orang bergaduh, kita nak ambil tahu. Ada orang putus cinta, kita sibuk nak korek cerita dan ada orang berjaya, kita mula banding dengan hidup sendiri. Padahal.. semua tu bukan masalah kita pun, tapi kita pula yang jadi serabut. Point ni ada saya kongsi satu bab dalam buku saya, buku Hidup kena kuat.
Kadang-kadang, diam dan tak ambil tahu tu adalah satu bentuk penjagaan diri. Bukan bermakna kita tak peduli… Tapi kita tahu mana yang patut kita fokus.
Kita pilih untuk tak ambil tahu bukan sebab kita tak peduli…Tapi sebab kita dah penat menjaga hati sendiri yang selalu terluka dengan perkara yang tak perlu. Tak semua benda kita kena respon.Tak semua cerita kita kena masuk campur dan tak semua hal orang lain kita kena simpan dalam kepala.
Ada perkara…Kalau kita tahu, hati jadi berat. Kalau kita dengar, fikiran jadi kusut. Kalau kita ikut campur, jiwa jadi penat. Sebab tu, kadang-kadang kita pilih untuk diam. Kita undur sedikit, bukan untuk lari…Tapi untuk jaga tenang dalam diri.
Bukan kita tak ambil kisah langsung, cuma kita dah belajar…Tak semua benda layak dapat perhatian kita.
2) Jangan bandingkan harta kita dengan orang yang lebih kaya. Takut nanti hilang rasa syukur dalam diri atas rezeki yang kita ada.
Kadang-kadang kita ni okay je…Sampai lah satu hari kita mula bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita tengok dia pakai kereta mahal, kita rasa kereta kita biasa saja. Tengok dia pergi bercuti luar negara, kita rasa hidup kita tak ke mana dan tengok rumah dia besar, terus rasa rumah sendiri sempit.
Padahal sebelum tu… kita bersyukur je. Cukup makan, cukup pakai, hati pun tenang. Masalahnya bukan pada rezeki kita yang kurang tapi pada mata kita yang terlalu fokus pada rezeki orang.
Cuba tengok diri kita hari ni. Masih boleh bangun pagi dengan badan yang sihat. Masih boleh bernafas tanpa bantuan. Masih ada tenaga untuk bergerak, bekerja, berjalan ke sana sini. Itu semua bukan benda biasa… Itu adalah nikmat.
Hakikatnya, setiap orang ada perjalanan masing-masing. Rezeki pun datang dengan cara dan masa yang berbeza. Jadi, jaga hati kita. Jangan biarkan perbandingan curi rasa syukur yang kita ada.
No comments:
Post a Comment