“ Kak, bungkus nasi lemak satu. Lauk paru ya.”
“Baik encik” .
“Okey encik, siap! RM5.50.”
“Ini kak duitnya”, lalu kita pun hulur sekeping not kertas ‘kaler
hijau’ dan sekeping not seringgit.
“Ini bakinya, RM0.50sen”. Kakak nasi lemak pun hulur duit
syiling pada kita.
“Tak apa kak. Simpan duit baki tu. Anggap ia sebagai sedekah
daripada saya”.
Kata ustaz yang selalu datang memberi kuliah agama di surau
kami, “Jika kita rajin bersedekah, rezeki kita akan menjadi lebih murah.”
Menurut beliau lagi, formula bersedekah ini memang pelik
dan tidak terjangkau dek akal kita. Kalau ikut perkiraan asas Matematik yang
diajar oleh Cikgu Fadli Salleh kepada murid-murid beliau di sekolah, katakan
anda mempunyai dua biji rambutan. Kemudian anda beri sebiji rambutan itu kepada
kawan yang duduk di meja sebelah. Jadi baki rambutan yang anda ada sekarang tentulah
satu.
Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah ini kerana
perkiraan ‘dua tolak satu’ itu jawapannya bukan ‘satu’ malah ia boleh jadi
‘sepuluh atau 'tujuh puluh’.
Ia bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: "Bandingan (derma) orang-orang yang
membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang
tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi
seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa
yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu
pengetahuanNya."(Al-Baqarah: 261)
Kelebihan sedekah memang tidak dapat disangkal. Amalan ini
tidak sekali-kali akan mengakibatkan harta kita berkurangan; sebaliknya,
semakin kerap kita memberi, ia mampu memperkayakan hati, membersihkan harta,
melonggarkan rezeki, dan memanjangkan usia. Yang paling penting, kita perlu
yakin dengan ketentuan rezeki yang ditentukan oleh Allah.
Ustaz juga menasihati agar kita tidak hanya bersedekah apabila kita sudah kaya. Sebaliknya, kita perlu bersedekah sehingga mencapai kekayaan, kerana bukan jumlah sedekah yang dilihat oleh Allah, tetapi kualiti sedekah yang kita lakukan. Dengan kata lain, keikhlasan dan niat baik dalam bersedekah adalah lebih utama daripada jumlah yang besar.
**************************************************************
👉 Ini antara petikan yang terdapat dalam buku Hidup Kena Kuat , “Nota Untuk Sukses Dalam Kehidupan”, khususnya dalam bab:
Berbahagi Rezeki
Dalam buku ini, bukan sekadar satu isu yang disentuh…Tetapi pelbagai realiti kehidupan yang kita semua pernah lalui, iaitu tentang rezeki, emosi, pencarian makna hidup, tentang sabar ,syukur dan banyak lagi..
Yang menariknya, setiap perbincangan bukan sekadar “kata-kata semangat”…Tetapi disertakan solusi yang digarap dari sudut psikologi Islam agar lebih dekat, lebih mendalam, dan lebih menyentuh jiwa.
👉 Kalau anda rasa penulisan ini “kena” dengan hati anda… jangan biarkan ia sekadar lalu begitu saja.
📖 Dapatkan sekarang buku Hidup Kena Kuat, dan mula ubah cara anda melihat ujian dalam hidup.
💬 Tekan link di bawah, saya akan bantu anda dapatkan buku ini.

No comments:
Post a Comment