Monday, 17 June 2019

Di saat kita berada di titik paling bawah



Tentu setiap dari kita pernah  berada di satu titik atau situasi yang dinamakan titik paling bawah, Satu keadaan di mana kita berasa sudah benar-benar putus harapan, hilang semangat dan keinginan. Seolah-olah kita ingin mengakhiri hidup ini kerana tidak ada lagi haluan untuk dituju.

Setiap detik yang dilalui terasa begitu memedihkan. Jika kita seorang usahawan, saat tersebut ialah sewaktu  perusahaan yang jalankan semakin merosot dan menunggu masa untuk ditutup. Jika kita seorang artis, titik paling bawah ini ialah ketika tidak ada lagi tawaran berlakon atau menjadi artis jemputan di mana-mana event dan jika kita seorang pelukis atau seorang kartunis, detik itu ialah di mana setiap karya yang dihasilkan tidak menepati citarasa penerbit atau editor. 

Ketika itu apa yang dibuat semuanya tidak kena.  Perasaan terasa sesak dan sebak. Keperluan fizikal seakan tidak dapat dipenuhi secukupnya. Selera makan akan hilang dan tidur juga sering terganggu. Walaupun secara zahirnya kita tidur selama enam atau tujuh jam semalam, tapi kualiti tidur yang diperolehi hanya sekitar tiga atau empat jam saja.  Lama-kelamaan kita rasa  masa terlalu lambat untuk beredar. Untuk melepasi satu hari  terasa terlalu lama.  

Di saat ini tidak ada seorang pun yang akan mendukung, memahami dan mengerti perasaan kita. Hanya diri kita  sendiri  yang perlu melakukan semua itu. Hanya diri sendiri yang akan selalu mempercayai dan memberikan support terbaiknya untuk kita.
Pertamanya ialah dengan menerima apa yang berlaku itu dengan redha.  Cuba berusaha untuk tidak melawan keadaan itu, ikuti saja alurnya. Nikmati kepusingan  tersebut walaupun perit. Dengarkan alunan nada sumbang dari mereka yang  membicarakan  tentang kita, anggap saja suara-suara sumbang itu  sebagai radio rosak, bila cukup masanya, baterinya  akan habis dan radionya akan mati dengan sendiri.

Keduanya meminta pertolongan. Bukan kepada manusia tetapi kepada Yang Maha Kuasa. berdoa agar diberi kemudahan dan kekuatan untuk dapat menempuh cubaan tersebut. Yakin bahawa tuhan selalu mendengar doa kita dan Dia selalu mengabulkan permohonan kita dengan cara-Nya dan dalam waktu-Nya yang tersendiri. Dia maha Adil…Dia tidak memberikan apa yang kita inginkan, tapi Dia memberikan apa yang kita perlukan.

Akhir sekali, banyak orang yang menghadapi titik bawah dalam kehidupan mereka dengan berusaha membuat orang lain bahagia dengan harapan ia dapat menarik kebahagiaan mereka ke dalam hidup kita. Walupun bukan kesemua kegembiraan yang dinikmati mereka itu kita kecapi tetapi ia dapat mencipta elemen positif  untuk melawan kesedihan.

1 comment:

SENTIASA PANAS said...

Itulah lumrah kehidupan yang pasti dirasai setiap insan. Saat itu kita akan merasa diri benar-benar hina, lemah dan segalanya. Namun, apa yang penting, setiap perkara yang berlaku pasti akan berlalu.

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...