Wednesday, 8 March 2017

Laporan kewangan dan prestasi perniagaan

Entri: 49



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog Strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan.

Sedar tak sedar kita sudah melangkah ke bulan Mac, bulan ketiga dalam tahun 2017. Kebiasaannya, pada hujung   bulan ini, kebanyakan syarikat akan mula mengeluarkan penyata kira-kira mereka bagi suku pertama tahun 2017. Kepada klien, followers dan pelanggan saya, diharap anda juga dapat menyediakan laporan kewangan untuk tempoh tiga bulan kebelakangan ini. 

Mengapa ianya penting buat anda?


Ini adalah kerana laporan kewangan dapat mambantu anda membuat penialaian sama ada apa yang anda perolehi sepanjang menjalankan perniagaan sejak dua bulan yang lalu menepati target  atau sebaliknya. Sekiranya apa yang diperolehi itu menepati sasaran, bolehlah anda tersenyum dan kekalkan  momentum ini  untuk suku tahun berikutnya. 

Manakala sekiranya apa yang diperolehi itu tidak mencapai apa yang anda target, diharap anda bersedia untuk membuat rombakan ke atas strategi dan taktik yang dipraktis selama ini.  Sila tukar  taktik yang tidak berkesan itu dan gantikan  dengan  taktik baru.


Mengapa anda perlu membuat laporan kewangan setiap tiga atau empat bulan sekali? Tak bolehkah anda  tunggu  sehingga hujung tahun 2017 baru anda membuat audit atau megeluarkan laporan kewangan? 
Jawapannya adalah boleh.  Anda boleh saja menunggu sehingga hujung tahun, kemudian baru anda mengira berapa untung rugi yang diperolehi  sepanjang anda berniaga tahun ini. Tapi  tindakan ini  menyalahi prinsip pengurusan dan strategi.


Semasa di universiti, kita selalu meghadapi  minggu peperiksaan  setiap pertengahan semester dan di akhir semster.  Tujuan ujian atau peperiksaan ini dijalankan oleh pihak universiti ialah untuk menilai setakat mana penguasaan kita  dalam mata pelajaran yang diambil sepanjang semester tersebut. Adakah anda benar-benar telah mahir dan menguasai setiap mata pelajaran yang diambil atau sebaliknya. 

Indikasi yang biasa dilihat oleh pihak universiti ialah markah atau gred anda. Sekiranya markah atau gred yang diperolehi semasa peperiksaan pertengahan semester tidak bagus atau setakat cukup makan saja, anda mungkin akan dipanggil oleh pensyarah  dan beliau  akan  menasihati anda supaya berusaha lebih tekun lagi supaya anda lulus peperiksaan pada akhir semester nanti.

Tanpa adanya peperiksaan pertengahan semester, pensyarah yang mengajar anda tidak dapat menilai sejauh mana tahap pemahaman atau penguasaan anda terhadap mata pelajaran yang diajar. Di samping itu anda juga tidak tahu di mana kelemahan anda. Di sinilah pentingnya peperiksaan pertengahan semester.


Begitu juga dengan dunia perniagaan. Salah satu indikator  untuk seseorang usahawan  itu menilai sama ada strategi dan taktik yang beliau laksanakan selama ini  berkesan atau pun tidak ialah dengan melihat kepada laporan kewangan.  Sekiranya laporan kewangan yang disediakan itu menunjukkan adanya penambahan dalam pendapatan atau keuntungan yang dperolehi, ia menandakan strategi yang dilaksanakan sepanjang menjalani peniagaan itu adalah berkesan dan begitu sebaliknya.


Di sinilah pentingnya laporan kewangan diperiksa setiap tiga atau empat bulan sekali.  Jadi, kepada anda yang rasa-rasa belum mencapai target untuk suku pertama tahun 2017 ini, anda masih lagi ada  3 minggu lagi untuk berusaha  sebelum akaun suku pertama ditutup. 

Jangan cepat mengalah, teruskan berusaha dulu seadanya dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Apabila sudah tiba tarikh 31 Mac 2017, buatlah kunci kira-kira secara ringkas dan teliti berapa hasil jualan dan keuntungan yang diperolehi.  Jika ianya menunjukkan nilai positif, teruskan dengan strategi dan taktik yang sedang anda praktiskan sekarang ini dan jika angka yang ditunjukkan dalam penyata kira-kira anda itu mempunyai nilai negatif, sila duduk, renung dan periksa di mana silapnya dan cuba rangka  startegi baru  yang mungkin boleh membantu. 

Sekian untuk entri kali ini.

No comments:

Post a Comment

Jangkaan Ekonomi Negara untuk Suku Kedua 2017 dan Kesan Kepada Peniaga kecil.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6% pada suku pertama tahun ini dan melebihi jangkaan awal kerajaan iaitu 4.8%. ...