Wednesday, 23 May 2018

Akhirnya, ramalan dan 'argument' setahun lalu menjadi kenyataan.

 
Alhamdulillah, akhirnya, ramalan atau kupasan saya berkenaan indeks Bursa malaysia menjadi kenyataan. Setelah setahun menunggu, akhirnya apa yang ditulis dalam entri blog saya tahun 2017 yang bertajuk ''Bursa Malaysia kembali meriah tetapi selamatkah untuk anda memasukinya sekarang? " dan  "Cabaran Ekonomi Negara Untuk suku ke dua 2017 dan kesannya kepada peniaga kecil' akhirnya terjawab. 

Semalam Bursa malaysia telah menjunam sebanyak 40 mata akibat jualan besar-besaran pelabor asing dan dana tempatan ( Mohon  rujuk laporan akhbar semalam yang bertajuk 'KLCI falls 40 points,board selling across Bursa Malaysia.) dan buat 'comparism' dengan apa 'argument' yang saya tulis dalam kedua-dua  entri  setahun yang lalu. Seronok pula bila apa yang kita tulis atau 'argue' itu menjadi kenyataan walaupun agak lambat untuk dibuktikan. 

Dan bertambah seronok rasanya bila kerajaan baru pimpinan Tun M ini mengamalkan sikap berterus terang  tentang angka pertumbuhan ekonomi serta  berani menerima kenyataan bahawa ekonomi kita tidaklah baik sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan terdahulu.  Sekiranya amalan ini berterusan, nampaknya semakin mudahlah tugas saya sebagai salah seorang blogger sambilan yang berminat dalam mengkaji dan menganalisis ekonomi semasa  membuat kupasan atau memberi pandangan alternatif kepada pembaca atau pengunjung, terutamanya peniaga kecil untuk membantu mereka memahami keadaan semasa dan  membuat  perancangan awal bagi menghadapi situasi mendatang.

Semoga amalan tidak menyorok angka sebenar tentang keadaan ekonomi semasa ini akan berterusan sampai bila-bila.

Sekian

Salam Ramadhan 


Jangan Membandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain miliki.. Hati akan rasa tenang dan bersyukur

Sesetengah dari kita suka merungut dan bertanya kenapa kita tidak dapat seperti apa yang kawan atau rakan kita dapat sedangkan kita de...