Alhamdulillah, akhirnya, ramalan atau kupasan saya berkenaan indeks Bursa malaysia menjadi kenyataan. Setelah setahun menunggu, akhirnya apa yang ditulis dalam entri blog saya tahun 2017 yang bertajuk ''Bursa Malaysia kembali meriah tetapi selamatkah untuk anda memasukinya sekarang? " dan "Cabaran Ekonomi Negara Untuk suku ke dua 2017 dan kesannya kepada peniaga kecil' akhirnya terjawab.
Semalam Bursa malaysia telah menjunam sebanyak 40 mata akibat jualan besar-besaran pelabor asing dan dana tempatan ( Mohon rujuk laporan akhbar semalam yang bertajuk 'KLCI falls 40 points,board selling across Bursa Malaysia.) dan buat 'comparism' dengan apa 'argument' yang saya tulis dalam kedua-dua entri setahun yang lalu. Seronok pula bila apa yang kita tulis atau 'argue' itu menjadi kenyataan walaupun agak lambat untuk dibuktikan.
Dan bertambah seronok rasanya bila kerajaan baru pimpinan Tun M ini mengamalkan sikap berterus terang tentang angka pertumbuhan ekonomi serta berani menerima kenyataan bahawa ekonomi kita tidaklah baik sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan terdahulu. Sekiranya amalan ini berterusan, nampaknya semakin mudahlah tugas saya sebagai salah seorang blogger sambilan yang berminat dalam mengkaji dan menganalisis ekonomi semasa membuat kupasan atau memberi pandangan alternatif kepada pembaca atau pengunjung, terutamanya peniaga kecil untuk membantu mereka memahami keadaan semasa dan membuat perancangan awal bagi menghadapi situasi mendatang.
Semoga amalan tidak menyorok angka sebenar tentang keadaan ekonomi semasa ini akan berterusan sampai bila-bila.
Sekian
Salam Ramadhan
No comments:
Post a Comment