MANFAAT PENGAMBILAN VITAHIBRID ONE

Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu, bahawa  Vitamin D  juga merupakan salah satu vitamin yang penting untuk sistem tubuh kita.  Jika vitamin A, B dan C boleh diperolehi melalui pemakanan seharian, Vitamin D ini dihasilkan secara semulajadi iaitu apabila badan kita terdedah kepada cahaya matahari. 

Namun begitu, ada beberapa kes atau senario di mana vitamin D tidak dapat dihasilkan secara semula jadi oleh badan seseorang dan mengakibatkan mereka mengalami masalah kekurangan vitamin D.
  
Salah satu faktor  ialah perubahan cuaca yang terlalu 'extreme' sejak beberapa tahun kebelakangan ini  akibat dari pencemaran dan kemusnahan alam semula jadi yang kemudiannya memberi kesan 'rumah hijau' kepada alam sekitar. 

Perubahan cuaca yang extreme ini telah menyebabkan sinaran UV yang dipancarkan oleh matahari menjadi terlalu kuat dan memusnahkan sumber vitamin D  yang terdapat dalam cahaya matahari.  Oleh itu, walaupun ada di antara kita yang rajin beriadah atau bersenam dan mendedahkan diri mereka kepada sinaran matahari pagi namun vitamin D tidak lagi dapat dihasilkan dengan cukup.


Kekurangan Vitamin D yang berterusan dan untuk tempoh yang lama akan menyebabkan kita mengalami beberapa komplikasi,seperti komplikasi kepada sistem kardiovaskular (sistem jantung), masalah autoimun, masalah sakit otot, radang sendi, gangguan pada sistem saraf, senang mendapat jangkitan, dan juga risiko mendapat kanser tertentu, terutamanya kanser payudara, prostat, dan kolon.

Oleh itu kita amat perlu kepada vitamin D ini.
  
Di samping itu, ramai juga yang tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu, bahawa zat besi juga merupakan satu lagi unsur penting untuk kesihatan. 

Kekurangan zat besi akan menyumbang kepada masalah kekurangan sel darah merah dan seterusnya akan membuatkan badan kita menjadi  lemah dan tidak bertenaga. Terutamanya di kalangan mereka yang mencecah usia emas, kalangan wanita dan kanak-kanak. 
Fakta ini diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, di mana kajian mendapati kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya di kalangan warga emas, wanita dan kanak-kanak terlalu mudah untuk mengalami  masalah  kekurangan zat besi.

Zat besi memainkan peranan penting dalam pertumbuhan, perkembangan serta penjagaan kesihatan. Ia membantu dalam proses metabolisme protein, berperanan dalam penghasilan hemoglobin dan pembentukan sel darah merah. 

Apabila kita kekurangan zat besi, tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup. Kesannya tubuh kita akan menjadi semakin susut, kurus dan cengkung. Muka pula kelihatan pucat dan tidak berseri. Jika masalah ini  berpanjangan, ia  akan mengganggu fungsi organ penting yang lain seperti otak, jantung,dan buah pinggang. Kita juga sukar untuk menjalankan aktiviti kehidupan harian, cepat penat, sering sakit kepala, mudah  marah, sukar untuk memberi tumpuan dan mudah diserang penyakit. 

Zat besi juga penting untuk otot kita berfungsi dengan baik. Ini kerana zat besi merupakan unsur penting untuk pembentukan mioglobin yang diperlukan oleh otot. Jika otot kekurangan mioglobin, ia akan mengalami kekurangan oksigen dan ini akan menjejaskan fungsi otot. Sebab itulah mereka yang mengalami kekurangan zat besi menjadi lemah dan tidak bertenaga. 

Oleh itu, di samping mendapat makanan yang seimbang, mereka juga perlu mengambil suplemen pada setiap hari.   Antara supplement yang terdapat di pasaran ialah VitaHibrid One.





APA ITU  VITAHIBRID ONE?

VitaHibrid One adalah gabungan bahan semulajadi terpilih yang terdiri daripada ekstrak kurma, Habatusauda, sarang burung, goji dan kismis yang sememangnya sudah diketahui mempunyai nilai nutrisi yang tinggi dan amat diperlukan oleh tubuh.

VitaHibrid One ini juga diperkaya dengan beberapa vitamin penting seperti Vitamin C, D dan E, serta zat besi dan kolagen.



 MANFAAT PENGAMBILAN VITAHIBRID ONE


Seperti yang sedia maklum, zat besi adalah komponen penting kepada kesihatan seseorang. Zat besi merupakan  unsur penting yang diperlukan oleh tubuh.   Jika  kandungan zat besi dalam tubuh kita rendah, badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup dan inilah punca mengapa kita mengalami masalah atau simptom yang telah dibincangkan tadi. 

Begitu juga dengan vitamin D. Vitamin D sangat penting untuk pembentukan, pertumbuhan dan pembaikan tulang dan membantu penyerapan kalsium.  Tanpa vitamin D, kalsium tidak dapat diserap ke dalam tubuh dan menyebabkan struktur tulang mula mereput dan tidak stabil. Vitamin D juga membantu memainkan peranan penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat, mengurangkan risiko athma, selsema, dan penyakit yang disebabkan oleh penuaan seperti parkinson dan alzimer.

Kurma pula bagus untuk kesihatan.  Estrak kurma yang terkandung dalam VitaHibrid One bertindak membekal nutrient yang diperlukan oleh tubuh anda. Antara kandungan yang terdapat dalam kurma ialah Vitamin A, B1,B2,B7, Asid folik, kalsium dan magnesium. Fungsi vitamin dan zat-zat ini mampu mencegah beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, lemah otot, dan sengal-sengal badan.  

Begitu juga dengan kismis. Ekstrak kismis membantu meningkatkan tumpuan dan IQ. Di samping itu, kismis juga dapat membantu menguatkan jantung, mengurangkan panas badan dan menenangkan jiwa.

Vitamin C, vitamin E dan Kolagen pula berfungsi untuk mengekalkan kecantikan di mana  kolagen  berfungsi untuk menganjalkan kulit dan membina struktur kulit supaya tidak merosot hingga menjadi kasar dan kendur.  Gabungan Vitamin C  dan E  ini juga akan membantu mengurangkan kesan penuaan pada wajah.
  
Di samping untuk kecantikan, vitamin C juga berfungsi untuk meningkatkan imuniti tubuh melawan jangkitan. Oleh itu VitaHibrid One ini juga sesuai untuk semua peringkat umur sebagai makanan tambahan untuk membantu meningkatkan imuniti dan mencegah anda atau anak anda dari jangkitan selsema.
  
Kesimpulannya, dengan mengamalkan pengambilan VitaHibrid One ini pada setiap hari, ia dapat memberi anda banyak kebaikan sama ada dari segi kesihatan, kecergasan dan juga kecantikan.



•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Harga sekotak VitaHibrid One :

 Semenanjung Malaysia - RM 65 

 Sabah & Sarawak - RM 70

* POSTAGE:  PERCUMA!

* Cara pembelian. 




Pembayaran boleh dilakukan sama ada menggunakan   Mesin Deposit Tunai  (CDM)  ataupun membuat 'pindahan bayaran'  ke akaun  May Bank saya.


               Nama dan nombor akaun saya adalah seperti berikut:

               No. Akaun May Bank  (162106401523)

               Nama : Usry   Bin Abdullah     

                                                 
2) Setelah itu anda 'whatsapp'   resit bukti pembayaran, jumlah unit yang dipesan,  nama dan alamat anda ke nombor saya  iaitu :   016-5120479 . 




3) Kemudiannya saya akan kirimkan VitaHibridOne ini ke alamat anda menggunakan perkhidmatan courier atau pos laju setelah menerima pengesahan pembayaran dari anda.

Dapatkan segera!!
  •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••





No comments:

Ujian darah tahunan

Dua hari lepas saya ada buat ujian darah. Salah satu dari sebab saya buat ujian darah ialah untuk memantau tahap kesihatan diri. Maklumlah ...