Monday 21 August 2017

5 sebab mengapa pengguna tidak membeli dari anda



Ramai yang berminat untuk menjalankan perniagaan kerana mengikut trend terkini sekiranya mereka menjalankan satu-satu perniagaan, peluang untuk mempunyai status bebas kewangan adalah cerah. Tambahan pula di zaman kemelesetan ekonomi ini. Pekerjaan sukar diperolehi. oleh itu menjalankan perniagaan adalah jalan terbaik.

Lagi pun, jika dibaca dari buku-buku berkaitan keusahawan atau mengikuti bengkel perniagaan,  untuk menjalankan perniagaan adalah mudah. Kita hanya perlu menyediakan produk yang sesuai dengan kehendak pelanggan dan kemudiannya rajin membuat promosi sama ada  secara konvensional atau menggunaan medium sosial. 
Kemudian jika pelanggan tersebut memang memerlukan produk yang kita jual itu, mereka akan mengubungi kita dan membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.


Tapi adakah semudah itu proses berjual beli?


 Jawapannya ialah tidak. 

Walaupun anda menjual produk atau perkhidmatan yang sememangnya mengikut trend terkini dan produk itu pula merupakan salah satu produk keperluan pelanggan, tetapi tidak semestinya pelanggan yang melihat iklan anda  bersedia untuk membelinya dari anda. Ada kalanya pelanggan tersebut akan membelinya dari peniaga lain yang turut menjual produk yang sama sama ada melalui online atu pun off line.

Mengapa pelanggan tidak berurusan dengan anda sebaliknya mereka akan berurusan dengan penjual lain?

Mengikut teori psikologi jualan, terdapat beberapa sebab atau faktor mengapa pelanggan suka  berurus niaga dengan sesorang peniaga, walaupun dalam masa yang sama terdapat lagi beberapa peniaga lain yang turut sama menjual produk atau perkhidmatan yang mereka inginkan.  

Jika anda menyedari akan  perkara ini, anda juga boleh menarik pelanggan itu untuk berurusan dengan anda. Kali ini kita bincang beberapa sebab mengapa seseorang pelanggan suka untuk berurusan atau berjual beli dengan seseorang peniaga. 

Faktor-faktor mengapa seseorang itu memilih peniaga tertentu untuk berurusan ialah seperti berikut;




1.       Kepercayaan

Sikap yang ditunjukkan oleh peniaga akan menentukan kejayaan kepada perniagaan yang beliau usahakan. Selain dari rajin membuat promosi kepada bakal pelanggan,  sikap atau cara seseorang peniaga itu melayan pertanyaan atau cara beliau memberi penerangan kepada pelanggan turut mempengaruhi pelanggan untuk berurusan dengannya.

Sikap ini  akan menanam satu kepercayaan kepada bakal pelanggan untuk berurusan dengan beliau. Ini adalah kerana pelanggan juga adalah manusia biasa seperti anda. Mereka lebih suka berurusan dengan individu yang mesra dan mereka percaya. 

Oleh itu bina kepercayaan pelanggan dengan cara anda sendiri.  Sebagaimana yang  pernah dinyatakan oleh Shari Levitin (2017), ‘’apabila  seseorang peniaga itu berjaya menjalinkan hubungan baik dengan pelanggan, pulangan yang bakal dinikmati adalah amat besar.  Semakin rapat hubungan anda dengan mereka, semakin mudah dan semakin senang urusan jual beli berlaku. "


2.       Kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

Untuk sesetengah produk peribadi seperti jam tangan, beg tangan atau pun barang kemas, kebiasaannya kualiti lebih memainkan peranan dalam mempengaruhi pelanggan membeli produk tersebut berbanding dengan harga yang ditawarkan. 

Pelanggan akan merasakan seperti ada satu kepuasan sekiranya dapat memakai perhiasan yang berkualiti. Oleh itu beliau sedia untuk berkompromi berkenaan harga.  Walaupun harga produk yang anda jual itu lebih mahal sedikit berbanding produk yang sama dipasaran, tetapi pelanggan akan tetap membeli produk itu dari anda sekiranya anda boleh menunjukkan atau membuktikan kepada pelanggan betapa pentingnya produk anda itu kepada mereka.  

Jika anda berjaya membuktikan bahawa produk anda adalah penting buat mereka, urusan jual beli akan berlaku. 


3.       Menjimatkan masa dan wang

Kadang-kadang, ada juga di kalangan pelanggan yang mempunyai jadual kerja yang sebok. Oleh itu beliau tidak suka menunggu dalam tempoh yang lama bagi menanti peniaga  memberi respond pada setiap pertayaan yang  mereka ajukan. Malah pelanggan sebegini lebih menghargai seseorang peniaga itu sekiranya beliau memperudahkan sesuatu urusan..


Jika anda boleh memberi respond yang cepat dan menyediakan perkhidmatan dengan lebih pantas berbanding peniaga lain, pembeli sebegini bersedia untuk membeli barangan yang anda jual itu walaupun harga yang anda tawarkan mungkin lebih mahal sedikit berbanding peniaga lain.

Mereka lebih menghargai anda dan sedia untuk berurusan dengan anda kerana mereka tahu anda mampu menyelesaikan masalah mereka lebih pantas.



4.       penyampaian mesej yang jelas

Semua peniaga maklum bahawa dengan membuat promosi akan dapat menarik pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan mereka. Tanpa promosi, bakal pelanggan tidak akan tahu apa produk atau perkhidmatan yang anda jual. 

Namun, ramai peniaga yang membuat aktiviti promosi tetapi mesej yang ingin disampaikan itu tida jelas kepada bakal pelanggan. Dengan ini pelanggan tidak faham apa kelebihan produk atau perkhidmatan anda kepada mereka. 


Salah satu sebab mengapa sesebuah perniagaan itu wujud adalah untuk membantu pengguna menyelesaikan masalah mereka. Oleh itu sebagai penjual, anda perlu fikirkan bagaimana cara untuk anda membuat pelanggan sedar akan kewujudan anda dan mencari jalan bagaimana untuk meyakinkan mereka bahawa anda boleh membantu menyelesaikan masalah mereka.  

Jika anda berjaya membuktikan produk atau perkhidmatan anda dapat membantu mereka, prospek tersebut akan sedia untuk menjadi pelanggan anda dan membelinya dari anda.


5.       Khidmat tambahan

Ramai yang menganggap bahawa tanggungjawab seseorang peniaga ialah menyediakan produk dan menjualnya kepada pelanggan. Selepas itu, hubungan tersebut dikira sudah terputus. Mereka hanya menjaga pelanggan sewaktu membuat promosi produk dan semasa  aktiviti jual beli sahaja, selepas pembayaran dibuat, mereka tidak  memperdulikan pelanggan itu lagi. Malah ada ketikanya mereka juga tidak melayan sebarang pertanyaan lanjut dari pelanggan selepas proses jual beli berlaku. 


Sebagai seorang pelanggan, mereka kadang-kadang suka malah mengharapkan layanan mesra bukan saja semasa mereka membuat pembelian tetapi juga selepas jualan.  Tambahan pula jika pembelian itu melibatkan harga yang mahal sehingga mencecah ratusan ringgit atau ribuan ringgit untuk satu-satu produk. Oleh itu bersedialah untuk memberi sedikit layanan selepas pembelian asalkan ia tidak melanggar etika jual beli.


Pepatah Inggeris ada mengatakan “Customer satisfaction is worthless. Customer loyalty is priceless..” 
Dengan menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang bersesuaian, ia akan menyebabkan pelanggan itu rasa dihargai dan kebiasaannya mereka akan menjadi pelanggan setia anda. Malah  tidak mustahil sekiranya beliau juga turut memperkenalkan  rakan atau ahli keluarga beliau supaya menjadi pelanggan anda.



Sekian untuk kali ini

No comments:

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...