Menjalankan perniagaan secara online amat mengujakan dan konsep
perniagaan ini semakin mendapat tempat di kalangan peniaga.
Dengan menjalankan
perniagaan secara online, anda hanya perlu menghabiskan masa beberapa jam saja
dalam sehari di hadapan komputer atau pun menggunakan telefon pintar untuk membuat
posting dan promosi bagi menarik pelanggan
mengunjugi laman web, ‘wall facebook’ atau ‘page’ anda.
Mengikut laporan akhbar, seramai lebih 50,000 peniaga online
telah mendaftar denggan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sepanjang bulan Mei 2017
yang lalu (Sinar Harian, 17 Mei 2017). Satu
angka yang amat membanggakan. Namun dari jumlah 50,000 peniaga yang menjalankan perniagaan
secara online ini, hanya segelintir saja yang berjaya. Walaupun sudah banyak
masa anda habiskan di laman sosial untuk
membuat promosi, anda tidak dapat membuat jualan.
Mengapa ini berlaku?
Jika dalam posting sebelum ini saya ada kongsi 5 kesilapan yang dilakukan oleh peniaga online, kini kita tambah lagi 5 kesilapan kecil yang anda mungkin tidak sedari tetapi anda tetap melakukannya hari demi hari.
1.
Hanya menumpukan kepada satu medium sahaja
Untuk menjalankan pernigaan secara
online, terdapat beberapa medium yang boleh anda gunakan untuk membuat promosi.
Medium-medium tersebut ialah email, Facebook, Instagram, likedln dan blog. Kesemua medium ini mempunyai
pengaruh dan fungsi yang berbeza.
Namun begitu walaupun mereka menyedari
bahawa medium-medium ini mampu untuk membantu mereka membuat promosi tetapi
ramai yang hanya menumpukan kepada satu medium sahaja.
Mislanya, disebabkan mereka mempunyai ramai kawan atau sahabat yang menggunakan Facebook, maka mereka akan menumpukan aktiviti membuat promosi hanya melalui medium facebook sahaja sebagai medium memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Mislanya, disebabkan mereka mempunyai ramai kawan atau sahabat yang menggunakan Facebook, maka mereka akan menumpukan aktiviti membuat promosi hanya melalui medium facebook sahaja sebagai medium memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Mengikut kajian,walaupun pengguna facebook di Malaysia mencecah18 juta pengguna setiap hari, namun peluang untuk posting anda dilihat oleh prospek adalah rendah kerana anda terpaksa bersaing dengan posting yang dilakukan oleh individu lain yang turut sama membuat promosi di laman facebook itu.
Oleh itu anda perlu mempelbagaikan medium lain seperti email ataupun blog bagi membantu anda membuat promosi dan jualan.
2.
Tidak mempelbagaikan taktik
Ada juga sesetengah dari peniaga
online ini yang hanya menumpukan kepada satu taktik yang tertentu sahaja
walaupun sewaktu mereka mula menjalankan perniagaan secara online dulu mereka ada
mempelajari beberapa taktik untuk menarik pengunjung mengunjugi laman web atau
‘wall facebook’ mereka. Tetapi apabila
mereka dapati hanya satu taktik sahaja
yang berkesan, maka mereka membuat keputusan untuk mempraktiskan taktik
tersebut untuk selamanya dan melupakan taktik-taktik yang lain.
Misalnya, jika mereka mendapati
bahawa taktik ‘geng like’ banyak membantu mereka bagi mendapatkan jualan, lalu mereka hanya menumpukan kepada taktik ini sahaja untuk berbulan-bulan tanpa mencuba
taktik lain. Mereka tidak mahu mencuba
taktik media social yang lain.
3.
Menghabiskan terlalu banyak masa di laman sosial
Ramai juga di kalangan peniaga
online ini yang terperangkap di laman sosial dengan menghabiskan terlalu banyak
masa melayan rakan atau kenalan mereka sama ada Facebook atau instagram tanpa
mendapat apa-apa jualan.
Mereka terleka dengan aktiviti memberi
‘like’ kepada psoting yang dibuat oleh rakan, membalas komen atau membuat posting. Malah ada yang menghabiskan masa berjam-jam lamanya di media sosial tetapi hasil yang
diperolehi adalah mendukacitakan.
Salah satu dari sebabnya ialah kerana mereka bersosial dengan individu yang bukan termasuk dalam target market atau ‘audience’ mereka. Dengan ini mereka hanya berjaya mengumpul banyak 'like' sahaja tanpa mendapat sebarang jualan.
4.
Tidak ada ‘conversion funnel’ dan CTA ( Call to Action)
Apa itu call to action?
Secara ringkasnya ia boleh
dikatakan sebagai satu seruan supaya prospek yang membaca posting atau tulisan
anda berbuat sesuatu. Mungkin seruan supaya mereka kongsi posting anda atau
mencuba produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Tanpa adanya panggilan supaya
prospek membuat apa-apa tindakan atau ‘call to action’ ini, anda tidak dapat
menukarkan prospek itu menjadi pelanggan. Di samping itu juga posting anda akan terbiar
di situ tanpa sebarang perubahan.
Namun ramai peniaga online yang membuat aktiviti promosi tanpa
diakhiri dengan panggilan ‘ call to action’. Mereka seakan terikat dengan prinsip yang
menyarankan supaya membuat posting -posting yang hanya memberi maklumat
semata-mata tanpa adanya unsur jualan atau ‘call to action’. Kesannya, posting mereka mendapat banyak ‘like’ tetapi
sedikit dari sudut ‘conversion’ atau jualan.
Adalah menjadi lumrah bagi setiap individu supaya mereka diminta terlebih dahulu untuk mencuba apa yang kita tawarkan barulah mereka akan berbuat demikian. Oleh
itu,sekiranya anda tidak mengarahkan
prospek yang membaca iklan atau posting anda dengan membuat panggilan ‘CTA’ ini, prospek itu hanya akan membaca sahaja posting anda dan
seterusnya berpindah ke posting yang lain pula tanpa berbuat apa-apa tindakan.
5.
Gagal membuat pelan perniagaan.
Pakar pengurusan ada mengatakan, ‘Tiada
pelan, maka tiadalah perniagaan!’
Dengan mempunyai pelan anda akan
tahu apa tindakan yang sepatutnya anda lakukan bagi memastikan perniagaan anda berbeza
dengan peniaga-peniaga lain yang turut menjalankan perniagaan di laman social
tersebut.
Walaupun anda mungkin hanya menjual
satu produk saja di laman sosial,namun itu tidak beerti anda tidak memerlukan
sebuah pelan perniagaan. Di samping membantu anda untuk bertindak dengan betul,
ia juga dapat mengelakkan anda dari menghabiskan masa berjam-jam lamanya di laman
sosial tanpa sebarang jualan.
Ada pula sesetengah individu yang
menjalankan perniagaan online ini hanya meniru saja taktik peniaga lain tanpa
memeriksa terlebih dahulu sama ada taktik tersebut sesuai atau tidak dengan
perniagaan mereka. Namun disebabkan tidak tahu atau mungkin juga ‘malas’ untuk membuat
pelan, mereka tetap juga mempraktiskan taktik tersebut walupun ianya tidak sesuai dengan perniagaan
mereka.
9 comments:
kadangkala terlalu banyak medium boleh mengagalkan juga kita untuk berjaya.
Fokus pada satu medium dan perlahan-lahan beralih arah
Fokus kepada sesuatu medium utk permulaan tu bagus, namun jika dah boleh & mahir, boleh cuba variasikan medium pemasaran.
Jemput baca kisah & perkongsian testimoni kecutkan cyst tanpa pembedahan yang dialami ibu hamil ini
Salam. Tuan, Boleh cadangkan syarikat perjalanan buku yg boleh cetak sedikit tetapi murah
Ya.. Seeloknya fokus pada satu medium dulu tapi bila dah okey sikit kena pelbagaikan. Contoh, saya fokus pada blog dan Fb saja. Dulu ada 3 medium, tapi tak mampu nak mantain sebab saya masih berkhidmat. So saya tumpu pada dua medium, iaitu blog dan Fb
Azizan othman, fokus pada page dan email
Irfan Khairi, beliau fokus pada page dan blog
Setuju dengan pendapat puan.
Jika perlu bergerak, secara off line pun boleh bergerak. Sebab ada juga sesetengah prospek yang suka jumpa penjual secara berdepan dari membeli melalui internet.
Buku pertama saya ' Jom Bisnes' saya menggunakan khidmat Percetakan Nasional. Harga kira okey, tapi mereka cumacetak saja. Lay out, editing dan lain-lain kena buat sendiri.
Harga mengikut kuantiti. Lagi banyak ita cetak, lagi murah harganya.
info yang menarik...sesuai untuk peniaga online
perlukan perancangan yang teliti untuk jalankan sesuatu bisnes.
Harga paket dokumentasi perusahaan
jasa liputan seminar perusahaan
Jasa Foto video Ulang tahun Pernikahan
Fotografer video shooting sunatan
sewa fotografer prewedding tmii
jasa desain grafis spanduk murah
gallery video wedding cinematic
harga paket pernikahan rumahan
video shooting pernikahan bekasi
Post a Comment