Monday, 4 September 2017

Empat Langkah meningkatkan trafik ke laman sosial anda menggunakan kaedah SEO



Perkembangan  dunia IT  telah memberikan revolusi baru kepada kita, termasuklah juga kepada dunia perniagaan.  

Perkembangan ini telah mengubah tabiat pengguna di mana jika dahulu mereka suka membeli barang di kedai atau pasaraya, kini mereka suka  membeli barang secara online pula. 


Oleh itu, sebagai peniaga anda juga perlu mengikuti akan perubahan ini sekiranya anda menginginkan supaya perniagaan anda releven di mata pengguna.

Salah satu dari syarat untuk sesebuah perniagaan itu kekal releven ialah ia mesti mengikut dan menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk anda mempunyai ‘kedai virtual’ sebagai salah satu medium untuk anda menjual produk atau perkhidmatan anda kepada pelanggan di luar sana. Kedai virtual ini mungkin berupa laman web, blog atau Facebook page. 

Setelah mempunyai kedai virtual, seterusnya anda perlu mempromosikan kedai virtual anda itu kepada pengguna  dan salah satu dari teknik yang biasa dipraktiskan oleh peniaga untuk mepromosikan kedai virtual mereka ialah dengan menggunkan kaedah  ‘Search Engine Optimization’ (SEO). 


Apa itu Search engine optimazation atau SEO ini?


Teknik SEO ini ialah satu proses di mana anda menyesuaikan laman web, blog, atau facebook page anda  kepada ‘algorithm’ engine pencarian internet seperti Google, Bing, Yahoo atau pun MSN dan meletakkan ‘ranking’ laman web anda dalam ‘search result’ berdasarkan kepada kata kunci. Taktik SEO ini akan mempengaruhi kadar ‘keterlihatan’ laman web anda kepada pengguna internet setiap kali mereka menaip sesuatu perkataan atau kata kunci (key word) di engin pencarian sewaktu mereka mencari apa-apa maklumat. 


Misalnya, blog saya yang tuan/puan sedang baca ini  bertajuk Strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan. Jadi, apabila pengguna internet menaip perkataan  ‘strategi’ atau pemasaran misalnya, kebarangkalian untuk mereka menjumpai blog saya adalah tinggi. Sekiranya mereka ingin mengetahi apa yang saya kongsikan, mungkin mereka akan klik masuk ke blog saya ini untuk membaca dan mungkin juga mereka membeli apa- apa produk yang saya jual di blog ini. 


Namun begitu, tajuk blog saja tidak mencukupi untuk membantu meningkatkan SEO laman web anda. Terdapat lagi beberapa elemen lain yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan SEO atau kadar ‘keterlihatan’ laman wneb anda di engin pencarian internet.

Kali ini kita akan bincangkan serba sedikit bagaimana untuk menambahkan kadar ‘kerterlihatan’ laman web anda di internet apabila seseorang pengguna melayari internet untuk mencari sesuatu maklumat.


1.       Kenali perniagaan anda terlebih dahulu

Seperti biasa, apa  ditekankan oleh pakar pengurusan sebelum anda melaksanakan apa-apa strategi perniagaan ialah anda perlu terlebih  dahulu mengenali apa perniagaan yang anda jalankan. Mengikut Sun Tzu, ' mereka yang mengenali diri dan kekuatan mereka akan berpeluang untuk memenangi setiap pertempuran yang disertai'. Ini adalah kerana apabila anda mengetahui apa kekuatan anda barulah anda boleh memperimbangkan apa strategi yang sesuai dengan kelebihan anda tersebut.


Untuk teknik SEO ini, anda perlu kenali apa uniqe selling proposition (USP) produk atau perkhidmatan anda untuk menentukan apakah ‘kata kunci’ (key word) yang sesuai dan boleh anda gunakan untuk mempromosikan brand anda di internet nanti.       



2.       Kata Kunci

Langkah seterusnya ialah mencari kata kunci. Kata kunci yang bersesuaian akan meningkatkan kadar keterlihatan laman web atau blog anda di engin pencarian internet sama ada Google, MSN, Yahoo dan lain-lain. 

Pada peringkat ini anda perlu pandai menggunakan kata kunci yang betul untuk memancing SEO agar ia dapat  menarik seberapa ramai pengunjung ke laman web anda secara sengaja atau tidak sengaja ketika mereka mencari sesuatu maklumat. 


Misalnya, saya banyak berkongsi ilmu berkaitan strategi dan perniagaan di dalam blog saya. Oleh itu untuk membantu saya meningkatkan SEO, saya akan memilih perkataan (key word) lain yang selari atau senada  dengan penulisan saya seperti ‘pemasaran’, ‘strategi  perniagaan’, ‘aktiviti jual beli’, ‘peniaga kecil’ dan seumpamanya. Asalkan ianya berkaitan dengan tajuk atau tema blog saya.


Jadi, apabila seseorang itu  menaip perkataan atau kata kunci tadi di engine pencarian Google,  penulisan atau perkongsian saya akan turut termasuk dalam salah satu ‘search result’ dan kebarangkalian untuk individu itu mengunjugi blog saya juga adalah cerah.



3.       Isi kandungan (Kontent).

Apa itu kontent atau isi kandungan?

Kontent atau isi kandungan adalah maklumat yang anda sampaikan atau anda tulis di laman web, Face book page  atau blog anda. Ia disampaikan dalam pelbagai bentuk sama ada secara visual atau pun tulisan.  Tanpa kontent, sesebuah blog atau laman web itu tidak akan dikunjungi orang. Misalnya, blog saya banyak berkongsi tentang strategi dan pengurusan perniagaan. Manakala individu lain mungkin suka berkongsi maklumat berkenaan pertanian, masakan dan sebagainya. 

Maklumat yang dikongsikan inilah yang akan menarik pengunjung untuk mengunjungi lagi blog atau laman web anda. Jika maklumat atau kontent yang ada kongsikan itu berkualiti dan membantu, ia akan mendorong pelayar tersebut untuk singgah lagi di laman web anda di lain kali. Dengan ini, raking blog atau laman web anda juga akan meningkat secara semulajadi. 

Semakin ramai orang mengunjugi laman web anda, semakin meningkat ranking anda dan semakin mudah untuk prospek membeli apa-apa produk yang anda jual. Oleh itu berkongsilah content yang boleh membantu dan elakkan dari berkongsi content yang kontroversi atau berunsur negatif. 


4.       Imej

Jika anda mengatakan bahawa sesuatu imej yang anda poskan bersama dengan tulisan dalam setiap entri blog atau laman web itu tidak membantu untuk meningkatkan kadar ‘keternampakan’ laman web anda dalam engine pencarian, baik anda fikir semula pernyataan anda itu.


Sebenarnya, imej juga membantu meningkatkan kadar 'keternampakan' laman web anda sekiranya anda memilih imej yang sesuai dan releven dengan engine pencarian sewaktu ‘pelayar internet’ itu menaip ‘key word’ pada papan kekunci komputer mereka.  Apabila seseorang individu itu menaip saja ‘key word’ di papan kekunci kompuer mereka, bukan saja 'key word' yang dicari saja  yang akan keluar dalam enjin pencarian, malah gambar yang berkaitan dengan ‘key word’ itu juga turut  tersenarai dalam ‘search result’. 


Dengan meletakkan imej yang bersesuaian dengan tajuk artikel yang anda pos di blog atau laman web anda, ia juga dapat menarik SEO untuk menampakkan laman web atau blog anda dalam 'search result'. Ini juga membantu untuk minat prospek  menjenguk blog atau laman web anda. 

Oleh itu, jangan lupa untuk memuat naikkan sekali gambar atau imej yang bersesuaian dengan tajuk artikel setiap kali anda membuat entri baru di blog atau laman web.



Sekian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi sedikit manafaat kepada anda yang menjalankan perniagaan secara online.

4 comments:

Lokman Hakim said...

Nice sharing..jemput singgah www.hakimramli.com

Usry Norie said...

InsyaAllah

Azhafizah MN said...

masih banyak kena belajar SEO ni..Tq share :)

Usry Norie said...

Selain menggunakan taktik SEO, kelainan produk yang ditawarkan memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah perniagaan 'on line'.

Contohnya, anda menjual produk keluaran Amway. Di dalam media sosial, bukan anda saja yang menjual produk ini seblaiknya beribu lagi peniaga Amway yang menjual produk mereka secara online. Oleh itu, peluang untuk anda berjaya adalah rendah kerana terpaksa bersaing sesama sendiri. berbanding dengan mereka yang menjual produk yang 'tersendiri'.

Walaubagaimanapun, peluang untuk anda masih cerah jika anda mempunyai rangkaian yang luas. Salah satu taktiknya ialah taktik SEO yang dibincangkan kali ini.

Kesan ketidak tentuan ekonomi kepada perniagaan

Ketidaktentuan ekonomi akan mempengaruhi keupayaan kerajaan sewaktu mereka merancang belanjawan atau bajet tahunan.  Ini seterusnya ...