Tuesday, 7 October 2025

Social Comparison- Kesan kepada Mental dan emosi kita serta tips mengatasinya.



Isu social comparison ini sering berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini. Ia adalah 

penyakit senyap di zaman moden. Penyakit ini tidak melukakan tubuh, tetapi perlahan-lahan

melemahkan jiwa. Ia akan menyebabkan kita  rasa tak cukup baik, walaupun sudah

berusaha. Kita hilang rasa syukur, walaupun nikmat ada di depan mata dan mula mengejar

 pengiktirafan, bukan ketenangan.


Akibatnya?


Ramai hidup dalam tekanan, cemas dan keletihan emosi. Bukan kerana hidup mereka buruk,

tetapi kerana mereka terlalu sibuk membandingkan.


⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬ ⧬


Apa itu Social comparison?


Hidup ini, tuhan dah bagi bahagian masing-masing dan rezeki tu bukan pada berapa,banyak yang kita dapat, sebaliknya pada keberkatan dan ketenangan hati.
Kalau itu yang tuhan dah tetapkan untuk kita, nikmati dan syukuri. Jangan pula kita sebok tengok hidup orang sampai lupa nak hargai nikmat sendiri. Bak kata pepatah orang tua-tua, 'jangan terpesona dengan hijaunya rumput di halaman orang lain, entah-entah, itu cuma rumput plastik. Fokus saja pada halaman sendiri. Selalulah menyiram halaman sendiri, satu hari nanti rumput akan tumbuh hijau juga'






Social Comparison, bagaimana ia bermula?

Social comparison ni ialah satu tabiat halus yang ramai tak sedar. Ia buat kita lebih sibuk tengok kehidupan orang lain daripada menghargai hidup sendiri.
Kita scroll media sosial, nampak orang bercuti, beli rumah baru, kahwin, dapat kerja bagus… Terus hati rasa macam, “Kenapa hidup aku tak macam tu?”
Padahal, setiap orang ada jalan dan ujian masing-masing. Apa yang nampak sempurna di luar, belum tentu tenang di dalam. Kadang kita terlalu sibuk membanding sampai lupa nikmat yang kita ada hari ni, mungkin sedang orang lain sedang doakan untuk dia miliki.






Kesan Social Comparison kepada diri kita.


Teori Social Comparison mengatakan bahawa setiap manusia memang suka membandingkan diri dengan orang lain untuk melihat di mana kedudukan kita di dalam masyarakat. Masalahnya bila perbandingan itu dibuat secara berlebihan. Ia akan memberi kesan kepada mentak dan emosi kita. Antaranya:

1) Stress. Di mana bila kita selalu bandingkan hidup kita dengan orang lain, otak kita akan berada dalam mood 'flight or fight'. Ini akan meransang hormon kotisol yang berlebihan dalam badan kita dan membuatkan kita rasa penat, hilang fokus dan emosi terganggu.

2) Anxiety. Di mana social comparison ini akan membuatkan kita takut dinilai dan takut dipandang rendah. Lama kelamaan akan wujud 'social anxiety', iaitu kita takut untuk berinteraksi dengan orang kerana risau orang akan nampak kekurangan kita.

3) Burnout. Bila kita paksa diri ikut trend atau standard orang, kita akan oaksa diri untuk kejar target tersebut. Akhirnya kita cepat letih. Penat fizikal dan emosi.

4) Depression. Bila kita selalu cakap "aku tak cukup bagus" berulang kali, ia akan menimbulkan rasa putus asa dan hilang minat pada perkara yang dulunya membuatkan kita gembira. Dalam kes serius, boleh timbul pemikiran untuk akhiri hidup. 






  
Tips mengatasi Social Comparison

1) Kurangkan skroll tanpa tujuan. Apa yang dimuat naik oleh sesetengah orang di media sosial itu cuma 'highlight reel' saja.

2) Amalkan 'gratitude journaling'

3) Redefine kejayaan. Apa yang buat kita bahagia sebab kejayaan tu subjektif. Setiap orang ada definisi kejayaan masing-masing

4) Terima diri. Mengikut salah satu dari bab dalam buku 'Hidup Kena Kuat', 'Tetaplah bersyukur dengan hidup anda. Walaupun dengan bersyukur itu tidak akan menjadikan hidup anda senang dalam sekelip mata, sekurang-kurangnya diri anda masih berada dalam perspektif yang baik.Minda anda tetap tenang dan gembira dengan apa yang anda perolehi.

5) Dekatkan diri dengan Allah. Perbanyakkan syukur dan redha. Hati akan tenang.


Justeru... Berhenti membandingkan. Mulakan berdamai. Kerana hidup bukan pertandingan.

Sebaliknya ia adalah satu perjalanan.

Kebahagiaan tidak pernah lahir dari perbandingan. Ia lahir apabila kita berhenti bertanya,

“Kenapa hidup aku tak macam dia?”

Dan mula bertanya,

“Apa nikmat yang aku belum hargai hari ini?”



💗 💗 💗 💗 💗    MAKLUMAN..    ðŸ’— 💗 💗 💗 💗


Social comparison adalah antara topik penting yang saya sentuh dalam buku Hidup Kena

Kuat. Saya ketengahkan isu ini kerana terlalu ramai hari ini penat. Penat bukan sebab hidup

mereka gagal tetapi kerana sibuk membandingkan diri dengan hidup orang lain.


Dalam buku ini, saya dedikasikan satu bab khas bertajuk: “Jangan Pernah Bermimpi Untuk 

Menjadi Orang Lain.”


Bab ini mengajak kita berhenti mengejar kehidupan yang bukan milik kita dan mula

menghargai perjalanan hidup sendiri dengan segala kekurangan dan kelebihannya.



📘 Anda teringin nak baca buku saya ?


Boleh Klik link untuk beli..    https://wasap.my/60165120479/HidupKenaKuat

                                                                                  

                                                           Atau 

Boleh saja scan QR kod di bawah dan whatsapp bukti pembayaran, alamat dan nombor telefon anda kepada saya di : 0165120479



Friday, 3 October 2025

Social Comparison dan Pentingnya Syukur

 

Syukur itu sederhana, namun hasilnya menakjubkan...

Kadang-kadang, kita rasa stress bukan sebab hidup kita susah… Tapi sebab kita terlalu sibuk tengok hidup orang lain. Kita bandingkan rezeki, kejayaan, rumah, kereta, pasangan, anak-ana dan semua yang mereka ada. Lalu kita rasa kita masih tak cukup.
Tapi sebenarnya, Tanpa sedar, kita sedang menyeksa jiwa sendiri dengan perbandingan yang tak perlu.
Bila kita mula latih diri untuk bersyukur, segalanya mula berubah. Kita mula nampak nikmat yang selama ini kita abaikan. Hati jadi tenang, jiwa jadi lapang. Dan yang paling penting, kita mula rasa puas dengan hidup kita sendiri.







Belajar terima keadaan diri seadanya

Kadang-kadang kita rasa penat bukan sebab hidup kita teruk sangat pun, tapi sebab kita dok banding hidup kita dengan orang lain. Kita tengok orang dah beli rumah besar, kereta mewah, kahwin awal, ada bisnes sendiri, terus kita rasa macam, “Eh aku ni buat apa je sebenarnya?”
Tapi, cuba tarik nafas. Renung sekejap.
Kejayaan tu bukan satu acuan yang semua orang kena ikut. Tapi masyarakat sekarang suka letak standard, umur 25, hidup kena stabil, umur 30 kena ada rumah, umur 35 anak ada dua, kerja gaji kena 5 angka. Kalau tak capai semua tu, konon hidup kita ni “kurang berjaya”.
Hakikatnya, semua orang ada jalan masing-masing. Ada orang naik awal, ada orang baru nak mula panjat. Dan itu tak buat sesiapa kurang hebat. Kadang-kadang orang yang nampak “biasa” tu sebenarnya tengah fight banyak benda dalam diam dan itu pun satu bentuk kejayaan juga.
Justeru, Kita usaha je ikut kemampuan kita, bukan ikut tekanan luar. Tak payah hidup untuk impress orang. Hidup untuk rasa tenang dengan diri sendiri.
Jangan stress sebab tak jadi macam orang lain. Hidup bukan pertandingan. Kalau orang lain lari laju, biar je. Kita jalan ikut pace kita. Asal terus gerak, itu dah cukup baik.
.






Kita ada potensi masing-masing

Kadang kita terlalu fokus tengok apa yang orang lain ada. Rumah besar, pasangan romantik atau kerjaya yang bagus... Sampai kita lupa, Allah pun bagi kita nikmat yang tak kurang hebatnya.
Setiap orang ada rezeki dan "hadiah" masing-masing. Tapi bila kita asyik pandang ke luar jendela hidup orang lain, kita tak nampak cahaya dalam rumah sendiri.
Belajarlah untuk bersyukur dan hargai apa yang ada depan mata. Nikmat tu bukan datang dalam bentuk besar je, kadang yang kecil tu lah paling bermakna, cuma kita saja yang tak sedar.
Kalau anda rasa anda perlukan sedikit kekuatan untuk hargai hidup ni dari sudut yang lebih dalam, boleh baca buku Abam, buku "Hidup Kena Kuat". Banyak point yang akan buat anda berhenti sekejap dan fikir, "Eh, aku ni dah ada banyak nikmat sebenarnya..."





Bahagia itu bukan soal berapa banyak yang kita dapat, sebaliknya...


Ramai yang beranggapan bahawa kebahagiaan itu terletak pada kekayaan, kemewahan, dan pencapaian yang besar dalam hidup.
Kita percaya bahawa apabila memiliki rumah besar, kereta mewah, pekerjaan hebat, atau pasangan ideal, maka hidup akan terasa lengkap dan bahagia. Namun, realitinya tidak semudah itu. Ramai juga yang sudah mencapai semua itu, tetapi masih merasa kosong, tertekan, malah hilang arah dalam hidup.
Kebahagiaan bukan soal berapa banyak yang ada di tangan, tetapi berapa dalam rasa syukur di hati. Jika kita tidak pernah merasa cukup, segunung harta pun belum tentu membawa tenang.
Belajarlah untuk menghargai apa yang ada, kerana di situlah letaknya pintu kepada kebahagiaan yang sebenar.





Kata-kata yang boleh meruntuhkan keyakinan diri


Bila kita asyik bandingkan diri dengan orang lain, hati mula berbisik " aku tak pandai.. aku tak cukup bagus." Dan yang seangkatan dengannya.
Mula-mula ia hanya satu fikiran kecil tapi jika diulang-ulang, otak kita akan percaya itu satu kebenaran. Lama-lama keyakinan diri akan hilang dan kita rasa hidup kita selau saja ketinggalan.
Inilah yang dinamakan negative self-talk.
Jadi hati-hati dengan apa yang kita bisikkan pada diri sendiri dan jangan suka bandingkan diri kita dengan orang lain.






Semakin kita tengok kehidupan orang, makin kita
lupa akan nikmat yang kita ada


Bila kita asyik bandingkan diri dengan orang lain atau sosial comparison ini, especially kat media sosial, sebenarnya kita tengah perlahan-lahan 'meracun' diri sendiri.
Keyakinan diri boleh hilang, mood pun akan merudum. Hidup rasa macam tak cukup. Walhal semua orang ada timing masing-masing.
Setiap orang ada bahagiannya, ada rezeki dan ujiannya yang telah ditetapkan oleh tuhan. Tapi jika kita asyik rasa rendah diri dan sebok membandingkan diri dengan orang lain, kita bukan saja sedang menyakitkan hati sendiri tapi dalam masa yang sama kita seolah-olah lupa untuk menghargai nikmat yang Allah dah beri.





Syukur itu adalah penawar


Syukur ni ibarat penawar untuk jiwa yang letih. Bila kita belajar bersyukur, hati jadi lebih tenang dan lapang. Dalam Islam, syukur bukan sekadar rasa seronok bila dapat sesuatu tapi sebenarnya satu bentuk ibadah dari hati yang ikhlas.
Lagi kita bersyukur, lagi Allah tambahkan nikmat. Macam dalam al-Qur’an, Allah telah berjanji:
"Jika kamu bersyukur, pasti Aku akan tambahkan nikmat kepadamu..."
(Surah Ibrahim, ayat 7)
Oleh itu, syukur ni bukan saja buat kita rasa damai, tapi juga eratkan hubungan kita dengan Allah.






Syukur akan buat hati kita lebih tenang..


Kadang kita rasa syukur tu sekadar rasa puas hati dengan apa yang kita ada. Tapi sebenarnya, ia lebih daripada tu.

Dalam psikologi moden, syukur dikira emosi positif, ia b

antu kurangkan stres, buat hati lebih tenang, dan bantu kita fokus pada benda baik dalam hidup. Manalala kalau tengok dari perspektif Islam pula, syukur ni bukan sekadar emosi… ia adalah ibadah hati.
Bila kita bersyukur, itu tanda kita sedar dan ikhlas mengaku bahawa semua nikmat seperti rezeki, kesihatan, keluarga dan kejayaan itu semuanya datang dari Allah. Bukan sebab kita hebat, tapi sebab Dia Maha Pemurah.

Syukur bukan cuma cakap “alhamdulillah”, tapi rasa dalam hati, terbit pada lidah, dalam hati dan nampak pada tindakan.



DR.Usrynorie


🅪🅪🅪🅪🅪🅪🅪🅪🅪🅪🅪🅪🅪🅪🅪🅪🅪🅪

Nak beli buku saya..?

Klik link untuk beli..                   https://wasap.my/60165120479/HidupKenaKuat

                                                                      

                                                                                  Atau 

Boleh saja scan QR kod di bawah dan whatsapp bukti pembayaran, alamat dan nombor telefon anda kepada saya di : 0165120479



Tuesday, 12 August 2025

Jangan Bermimpi nak jadi Orang Lain


Fokus pada apa yang kita ada, baru kita rasa bahagia


Kadang kita ni terlalu fokus pada apa yang kita tak ada, sampai hati jadi sempit dan jiwa kita jadi down. Sedangkan kalau kita berhenti sekejap, tarik nafas dan hitung satu persatu, kita akan sedar bahawa masih banyak nikmat lain yang Tuhan pinjamkan pada kita seperti nikmat, kesihatan, keluarga, kawan, peluang, malah nafas ini sendiri.

Justeru, didiklah rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Syukur bukan bila dapat semua yang kita mahu tapi bila kita nampak apa yang kita masih ada.






.
Petikan Bab dari Buku Hidup Kena Kuat: Jangan Pernah bermimpi ingin menjadi orang lain

Setiap orang ada jalan cerita masing-masing. Bahagia orang lain tak semestinya sesuai dengan cara hidup kita. Kadang kita nampak dia senang tapi kita tak tahu apa yang mereka korbankan untuk sampai ke situ. Kadang kita tengok dia senyum tapi kita tak tahu sebenarnya dia senyum sekadar untuk menutup luka.

Justeru, syukur dengan apa yang kita ada sambil terus perbaiki diri jadi versi terbaik diri sendiri. Sebab dalam kita komplen tentang hidup kita, ada jiwa di luar sana yang diam-diam teringin dengan jalan hidup yang Allah aturkan buat kita.


Nak beli buku Hidup Kena Kuat, boleh tekan link di bawah:



.

Tiga Tanda Anda Sedang bermimpi ingin menjadi orang lain

Berhentilah bermimpi menjadi orang lain kerana bahagia itu bukan ketika kita memiliki apa yang orang lain punya tapi bila kita redha dan bersyukur atas apa yang Allah dah tetapkan untuk kita.

Rezeki setiap orang berbeza. Jalan hidup setiap orang pun tak sama. Justeru, jangan habiskan masa kita dengan mmembandingkan diri.

Bahagia itu bila hati tenang, bila kita redha dengan apa yang Allah dah tulis untuk kita. Ingat.. Allah tak pernah silap dalam mengatur hidup setiap hambaNya.






.
Kadang, apa yang kita nampak tu hanya luaran saja.


Kadang kita rasa hidup orang lain lebih sempurna. Kita tengok mereka senyum, gelak, berjaya macam tak ada masalah.
Tapi sebenarnya, kita nampak bahagia mereka sebab kita jarang tengok cermin hidup sendiri.
Yang lebih penting ialah kerana kita jarang hargai nikmat yang kita dah ada.
Rezeki setiap orang lain-lain. Mungkin kita rasa kita ni serba kekurangan tapi kita tak sedar bahawa apa yang kita ada hari ni, adalah apa yang orang lain dok doa siang malam.
Justeru, belajar bersyukur, walau tak semua cukup tapi pasti ada yang masih lebih dari cukup.






Setiap orang ada struggle


Kadang-kadang bila tengok kejayaan orang lain, kita rasa tercabar dan itu sebenarnya bagus. Ia boleh jadi motivasi untuk kita push diri sendiri, usaha lebih kuat.
Tapi kalau terlalu kerap kita bandingkan diri kita dengan orang lain, kita akan mula rasa tak cukup bagus, hilang keyakinan, dan overthink. Ini boleh memudaratkan kesihatan mental kita. Sebab, setiap kali kita membandingkan diri dengan orang lain, kita akan timbul beberapa persoalan seperti:
"Aku ni tak cukup baik"
"Hidup aku selalu ketinggalan"
"Orang lain semua bahagia, aku je yang selalu gagal".
Perasaan inilah yang perlahan-lahan mencuri ketenangan jiwa.



.

Jangan Sabotaj diri


Bila kita asyik bandingkan diri dengan orang lain, hati mula berbisik " aku tak pandai.. aku tak cukup bagus." Dan yang seangkatan dengannya.
Mula-mula ia hanya satu fikiran kecil tapi jika diulang-ulang, otak kita akan percaya itu satu kebenaran. Lama-lama keyakinan diri akan hilang dan kita rasa hidup kita selau saja ketinggalan.
Inilah yang dinamakan negative self-talk.
Jadi hati-hati dengan apa yang kita bisikkan pada diri sendiri dan jangan suka bandingkan diri kita dengan orang lain.



.



Setiap dari kita ada potensi masing-masing.


Kadang kita terlalu fokus tengok apa yang orang lain ada. Rumah besar, pasangan romantik atau kerjaya yang bagus... Sampai kita lupa, Allah pun bagi kita nikmat yang tak kurang hebatnya.
Setiap orang ada rezeki dan "hadiah" masing-masing. Tapi bila kita asyik pandang ke luar jendela hidup orang lain, kita tak nampak cahaya dalam rumah sendiri.
Belajarlah untuk bersyukur dan hargai apa yang ada depan mata. Nikmat tu bukan datang dalam bentuk besar je, kadang yang kecil tu lah paling bermakna, cuma kita saja yang tak sedar.
Kalau anda rasa anda perlukan sedikit kekuatan untuk hargai hidup ni dari sudut yang lebih dalam, boleh baca buku Abam, buku "Hidup Kena Kuat". Banyak point yang akan buat anda berhenti sekejap dan fikir, "Eh, aku ni dah ada banyak nikmat sebenarnya..."


https://usryabdullah.blogspot.com/p/blog-page.html







Social Comparison- Kesan kepada Mental dan emosi kita serta tips mengatasinya.

Isu  social comparison  ini sering berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini. Ia adalah  penyakit senyap di zaman moden. Penyakit ini tidak...