Sunday, 18 March 2018

Memantau persekitaran Perniagaan






Bertemu kembali dalam perbincangan berkenaan persekitaran dan dunia perniagaan. Jika dalam entri yang lepas kita telah mengenali dua jenis persekitaran perniagaan. Pesekitran tersebut iaitu persekitaran luaran dan persekitaran dalaman. 

Berdasarkan teori system, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Di sinilah pentingnya seseorang peniaga itu memantau persekitaran perniagaan sepanjang masa.


Persekitaran luaran ialah semua kejadian  yang berlaku di luar organisasi atau perniagaan kita yang berpotensi untuk mempengaruhi dan memberi kesan kepada kestabilan perniagaan yang sedang kita diusahakan.  Sifat persekitaran luaran ini ialah ianya selalu berubah-ubah mengikut peredaran masa dan suasana.


Manakala Persekitaran dalaman pula ialah apa yang berlaku di dalam organisasi yang akan memberi kesan kepada corak perniagaan, pengurusan , pekerja dan budaya dalam organisasi kita. Misalnya, anda membuka syrikat penghantaran barang.  Tiba-tiba salah seorang pekerja anda telah memberi  berhenti kerja 24 jam. Ini akan mengganggu kelancaran perniagaan anda dengan segera. 


Jika sebelum ini anda boleh menghantar pesanan pelanggan dalam tempoh sehari, tetapi disebabkan seorang pekerja anda telah  berhenti, anda terpaksa memberitahu pelanggan yang menggunakan khidmat anda  supaya menunggu dalam tempoh dua hari kerana dengan  seorang saja pemandu , adalah sukar untuk dia menghantar barang  dengan cepat seperti sebelum ini . Oleh itu anda perlu bertindak dengan segera bagi mengatasi masalah ini supaya perniagaan anda tidak terjejas.


Tetapi jika berlaku sebarang perubahan dalam persekitaran luaran, anda tidaklah  perlu membuat perubahan dengan segera sebagaimana berlakunya perubahan dalam persekitaran dalaman  syarikat, sebaliknya anda perlu memantau perubahan tersebut untuk satu tempoh tertentu sebelum bertindak. Namun anda tetap juga perlu bertindak bagi menghadapinya.  Cuma masanya saja tidaklah sesegera sebagaimana berlakunya perubahan dalam persekitaran dalaman.


Mengikut Ghobadian dan vandarajan (2010), selain dari mengurus persekitaran dalaman, persekitaran luaran juga merupakan satu lagi faktor yang perlu diambil kira oleh setiap peniaga. Ini adalah kerana sebarang strategi perniagaan yang dirancang tidak akan berkesan sekiranya ia tidak sesuai dengan  persekitaran semasa. Walaupun dalam persekitaran dalaman syarikat anda adalah ‘tip top’ tapi jika strategi yang anda laksanakan itu tidak sesuai dengan persekitaran luaran, perniagaan anda tetap akan menghadapi masalah untuk jangka panjang.

Misalnya setika berlakunya kemelesetan ekonomi seperti yang kita alami sekarang ini. Apabila sesebuah negara itu menghadapi krisis ekonomi, permintaan dari kalangan pengguna akan menjadi perlahan kerana kuasa beli mereka  menjadi semakin rendah. Oleh itu, jika anda dapat membaca situasi ini dengan cepat, anda sudah boleh bersedia dan merancang apa yang sepatutnya anda lakukan pada dua atau tiga bulan akan datang supaya perniagaan anda tidak terjejas teruk.  

Kecekapan anda ketika membuat analisis persekitaran luaran dan bertindak balas dengan baik terhadap perubahan yang berlaku itu akan memberi impak positif kepada perniagaan anda pada masa hadapan. 

Namun apa yang menyedihkan ialah, ramai di kalangan peniaga kecil yang tidak mengendahkan tentang perkara ini berbanding pengurus yang mengurus perniagaan bertaraf korporat (Hashim,2008, Zakaria 2010). Malah jika golongan peniaga kecil ini bertindak balas pun, biasanya apabila keadaan itu sudah menjadi semakin teruk dan harapan untuk perniagaan mereka dipulihkan sudah tipis. 

1 comment:

mamapp said...

Good knowledge.. Tq for sharing

Akhirnya, ramalan dan 'argument' setahun lalu menjadi kenyataan.

  Alhamdulillah, akhirnya, ramalan atau kupasan saya berkenaan indeks Bursa malaysia menjadi kenyataan. Setelah setahun menunggu, akhirn...