Tuesday, 20 March 2018

Cerita dari seekor anak ayam



Sewaktu proses penetasan telur, Kita biasanya akan ibu ayam akan mengeram telur-telurnya setiap masa untuk memberi telur-telurnya haba yang cukup supaya telur itu matang. Tetapi hanya setakat ini sajalah tugas ibu ayam tersebut. 

Ibu ayam itu hanya mampu mengeram telur-telurnya untuk memberi haba dan kepanasan yang secukupnya saja. Selebihnya terpulanglah kepada kemahuan dan keinginan anak ayam yang berada di dalam telur itu untuk berusaha mematuk kulit telur tadi dan keluar dari telurnya tadi.

Begitu juga dalam kehidupan ini. Apabila kita menghadapi sebarang kesulitan atau menghadapi sebarang masalah, kita akan mendapatkan nasihat atau saranan daripada kawan atau sahabat. Kita berharap agar ada di antara rakan dan sahabat kita dapat membantu. Rakan dan sahabat kita sememangnya boleh membantu.

Namun apa yang mereka mampu lakukan hanyalah sekadar memberi jalan dan berkongsi pengalaman mereka bagaimana mereka melakukan sesuatu tugasan itu atau menyelesaikan satu-satu masalah sehingga berjaya. 

Selebihnya terpulanglah kepada keinginan dan kemampuan diri kita sendiri untuk bertindak bagaimana menyelesaikan masalah tersebut dengan jayanya. Keinginan dan kemampuan inilah yang akan menggerakkan diri kita dengan sukarela dan bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat itu.

3 comments:

mamapp said...

Banyaknya boleh ambil aliktibar Dari kisah anak ayam ni kan

usryabdullah said...

Hanya diri sendiri yang dapat menentukan apa yang kita nak jadi seterusnya. Kawan hanya sekadar memberi panduan.

Abam Kie said...

nak meniaga kena cukup ilmu agar biz akan maju n untung besar!

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...