Usry Abdullah Menulis
Thursday, 6 February 2025
Tuhan uji kita kerana Dia ingin mengkabulkan hajat kita
Tuesday, 31 December 2024
Tahun 2025 yang lebih berstrategi
Tahun baru, azam baru dan plan pun kena la baru. Jangan harap adanya perubahan jika kita asyik dok buat benda yang sama setiap hari. Kita kena ubah plan. Sebagaimana kata pepatah Inggeris yang berbunyi
'Don't expecting a different result if we keep doing the same thing.'
Sunday, 29 December 2024
Berbahagi Rezeki
“ Kak, bungkus nasi lemak satu. Lauk paru ya.”
“Baik encik” .
“Okey encik, siap! RM5.50.”
“Ini kak duitnya”, lalu kita pun hulur sekeping not kertas ‘kaler
hijau’ dan sekeping not seringgit.
“Ini bakinya, RM0.50sen”. Kakak nasi lemak pun hulur duit
syiling pada kita.
“Tak apa kak. Simpan duit baki tu. Anggap ia sebagai sedekah
daripada saya”.
Kata ustaz yang selalu datang memberi kuliah agama di surau
kami, “Jika kita rajin bersedekah, rezeki kita akan menjadi lebih murah.”
Menurut beliau lagi, formula bersedekah ini memang pelik
dan tidak terjangkau dek akal kita. Kalau ikut perkiraan asas Matematik yang
diajar oleh Cikgu Fadli Salleh kepada murid-murid beliau di sekolah, katakan
anda mempunyai dua biji rambutan. Kemudian anda beri sebiji rambutan itu kepada
kawan yang duduk di meja sebelah. Jadi baki rambutan yang anda ada sekarang tentulah
satu.
Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah ini kerana
perkiraan ‘dua tolak satu’ itu jawapannya bukan ‘satu’ malah ia boleh jadi
‘sepuluh atau 'tujuh puluh’.
Ia bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: "Bandingan (derma) orang-orang yang
membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang
tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi
seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa
yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu
pengetahuanNya."(Al-Baqarah: 261)
Kelebihan sedekah memang tidak dapat disangkal. Amalan ini
tidak sekali-kali akan mengakibatkan harta kita berkurangan; sebaliknya,
semakin kerap kita memberi, ia mampu memperkayakan hati, membersihkan harta,
melonggarkan rezeki, dan memanjangkan usia. Yang paling penting, kita perlu
yakin dengan ketentuan rezeki yang ditentukan oleh Allah.
Ustaz juga menasihati agar kita tidak hanya bersedekah
apabila kita sudah kaya. Sebaliknya, kita perlu bersedekah sehingga mencapai
kekayaan, kerana bukan jumlah sedekah yang dilihat oleh Allah, tetapi kualiti
sedekah yang kita lakukan. Dengan kata lain, keikhlasan dan niat baik dalam
bersedekah adalah lebih utama daripada jumlah yang besar.
Untuk baca lebih lanjut, dapatkan buku HIDUP KENA KUAT di sini: https://usryabdullah.blogspot.com/p/blog-page.html
Apabila Rezeki Masih Tertahan
Pada dasarnya, rezeki setiap individu telah ditentukan oleh Allah SWT
semasa roh ditiupkan ke dalam jasad kita ketika masih berada dalam kandungan.
Pada saat itu, Allah telah menetapkan seberapa banyak rezeki yang akan
diperoleh oleh setiap orang. Baik itu dalam bentuk keuntungan ataupun kerugian,
segala sesuatu telah dicatatkan dan tidak akan berubah hingga saat kita
menghembuskan nafas terakhir.
Berdasarkan prinsip ini, Pak Belalang dengan penuh
keyakinan memberikan tazkirah kepada Pak Kachung dan temannya ketika mereka
datang berkunjung ke rumahnya. Mereka mengajaknya untuk bekerja di ladang baharu
yang diterokai oleh Ketua Kampung.
Dalam tazkirahnya, Pak Belalang
menyampaikan, "Lagikan ulat dalam batu boleh makan, inikan pula kita
yang di dalam rumah." Benar seperti yang dikatakan oleh Pak Belalang,
rezeki setiap individu telah ditetapkan oleh Allah. Selama kita masih hidup,
rezeki itu tetap tersedia. Meskipun ulat berada di dalam batu, Allah tetap
menyediakan rezeki untuknya. Namun, perlu diingat, tidak semua rezeki yang
ditetapkan untuk kita akan turun dengan mudah. Kita masih diwajibkan untuk
berusaha.
Jadi, walaupun rezeki sudah
ditetapkan, usaha dan kerja keras tetap diperlukan. Itulah bagian dari ujian
hidup dan bentuk ketaatan kita kepada Allah. Dengan menjaga tawakkal dan terus
berusaha, kita akan mendapatkan rezeki yang telah Allah tetapkan untuk kita
pada waktunya.
Sebagaimana maksud ayat yang berbunyi, “Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya
daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda
perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula
kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari
limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Nahl: 14).
Intipati utama dalam ayat tersebut ialah kita kena
berusaha. Walaupun rezeki untuk kita sudah ditetapkan tetapi ia tidak akan
turun dengan sendiri.
Justeru, jika di antara kita berasakan seolah-olah rezeki
terhenti atau terkandas pada masa ini, ingatlah bahawa ini bukan bermakna Allah
lupa mencatatkan rezeki untuk kita atau Allah tidak lagi melimpahkan rahmat-Nya
kepada kita. Tidak! Sesungguhnya, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Walau seburuk mana pun seseorang itu, sejahat mana pun
seseorang itu, Allah tetap memberikan rezeki. Tidak pernah ada catatan dalam
sejarah peradaban manusia di mana orang jahat atau zalim meninggal kelaparan
kerana kekurangan makanan. Sebaliknya, ada di antara mereka yang hidupnya
berkecukupan dan lebih mewah daripada kita yang berusaha ke arah kebaikan. Ini
membuktikan betapa Maha Pemurahnya Allah. Orang jahat pun masih diberikan
rezeki, apatah lagi orang baik seperti kita. Mungkin rezeki kita belum tiba.
🅪 Buku Hidup Kena Kuat
🅪 Nota Untuk Sukses Dalam Kehidupan
Nak dapatkan buku ini, klik link di bawah:
https://wasap.my/60165120479/HidupKenaKuat
https://usryabdullah.blogspot.com/p/blog-page.html
Mengapa Rezeki Aku Belum Sampai-Sampai lagi?
Tatkala
lelah dan keletihan merayapi diri, sering kali terlintas dalam fikiran untuk
menyerah. Usaha yang dilakukan dengan penuh daya dan upaya, namun hasil yang
diimpikan masih terlalu jauh untuk dicapai. Malah, semakin keras berusaha,
rezeki seolah-olah semakin berlari menjauh, bukan mendekat.
Kekecewaan bertambah apabila melihat jiran atau sahabat
yang mungkin tidak seberapa usaha mereka, namun hasil yang diperoleh jauh
melampaui usaha kita yang gigih bekerja siang dan malam. Pertanyaan diri
muncul, "Apakah ini petanda bahawa hidupku telah diatur untuk terus
menderita dalam kemiskinan? Mengapa segala usaha yang dilakukan tidak pernah
membuahkan hasil?"
Namun, di tengah tekanan dan kegelisahan itu, tenangkan
hati. Renungkan dengan sabar dan yakinlah bahawa setiap ujian adalah ujian yang
Allah berikan. Mungkin kita tidak dapat melihat hikmahnya pada masa ini, tetapi
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Hidup ini penuh cabaran, namun bukan bererti kita harus
menyerah kalah. Perjalanan hidup penuh dengan ujian dan dugaan, tetapi setiap
usaha yang dilakukan dengan ikhlas dan tawakkal kepada Allah pasti akan
mendapat ganjaran pada waktu yang tepat.
Tetaplah berusaha dengan penuh keikhlasan dan yakinlah
bahawa setiap langkah ke arah kebaikan pasti akan diakui oleh Allah. Jangan
terlalu fokus pada kebendaan semata-mata, kerana kebahagiaan sejati juga
terletak pada kepuasan hati dan ketenangan jiwa.
Ingatlah, kehidupan ini bagaikan perjalanan yang panjang.
Kadang-kadang, kita perlu bersabar menunggu waktu yang tepat untuk meraih
kejayaan. Teruskan usaha, berdoa dengan tulus, dan percayalah bahawa setiap
detik usaha yang diberikan pasti akan menjadi ladang kejayaan di masa depan.
Dalam surah Hud ayat 6, Allah SWT telah berfirman: “Dan
tidak ada suatu binatang yang melata di bumi melainkan Allah-lah akan memberinya
rezeki, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat
penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).”
Ayat tersebut memberitahu kita bahawa rezeki untuk kita telah
dijamin sejak azali lagi. Cuma, rezeki itu belum sampai lagi. Justeru, selagi
rezeki kita belum sampai, selagi itulah ia belum menjadi hak milik kita. Lalu, selagi
itulah juga kita kena terus berusaha.
Betul sekali, sahabat. Kayuhan hidup ini penuh dengan
cabaran dan dugaan. Semua orang menghadapi ujian masing-masing, dan setiap
detik itu bagaikan satu cabaran yang perlu dihadapi dengan keberanian dan
ketabahan.
Jangan pernah menyerah atau menyalahkan takdir, kerana sesungguhnya
Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Bersangka baik
kepada Allah adalah langkah yang bijak, kerana Dia Maha Pemurah dan Maha
Menyayangi. Seperti kata-kata pakar motivasi yang pernah diikuti, hidup memang
perlu ada cabaran. Tanpa cabaran, hidup menjadi bosan dan kehilangan daya
tariknya. Cabaran-cabaran itulah yang memberikan warna-warni pada perjalanan
hidup kita.
Wednesday, 25 December 2024
Tips bahagia cara kita
Tak perlu ambil tahu perkara yang kita tak perlu tahu. Jangan bandingkan harta kita dengan orang yang lebih kaya.Takut nanti hilang rasa syukur dalam diri atas rezeki yang kita ada.
Saturday, 14 December 2024
Antara Bawang dan Membawang
Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi
trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘advance’ dari masa
ke semasa, seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Bagaimana
istilah ini mula diguna pakai? Ia bermula di satu laman page yang
popular dengan masalah rumah tangga, dipanggil Kisah Rumah Tangga atau
singkatannya KRT, yang bermula pada tahun 2017.
Dalam laman page itu, banyak kisah rumah
tangga dipaparkan, maka ramailah tukang nasihat yang tidak bertauliah muncul
secara tiba-tiba untuk menyelesaikan masalah pengadu. Ramai memberi pendapat
terdiri daripada mak cik-mak cik, dan terciptalah perkataan ‘Mak Cik Bawang’.
Ada juga pendapat yang mengatakan
istilah ‘Mak Cik Bawang’ ini bermula di kampung-kampung, ketika
kenduri-kendara. Mak cik-mak cik yang merewang akan duduk beramai-ramai sambil
kupas bawang, tangan berjalan, mulut juga sama-sama bekerja. Mulalah bercerita
dari satu kisah ke satu kisah, dari hal sendiri sehingga kisah rumah tangga
orang lain.
Jika pada tahun 70an dan 80an
dahulu, cara mak cik bawang menjalankan aktiviti bercerita tentang seseorang
bermula sebaik sahaja selesai bersarapan, dia akan bergerak ke rumah rakan
baiknya yang bertindak sebagai ‘Ketua Penerangan’ terlebih dahulu. Di situ lah
cerita bermula. Jika kebetulan 'Ketua Penerangan' sedang sibuk menguruskan
rumah tangganya, mak cik bawang sanggup menunggu di pangkin atau di ruang tamu
sehingga teman kepercayaannya menyelesaikan tugasnya terlebih dahulu.
Setelah duduk bersantai sambil
menikmati semangkuk kerepek ubi dan secawan kopi panas, baru dia boleh ‘start’
buka cerita. Jika teman kepercayaannya sibuk dengan kerja rumah ketika dia
bercerita, ceritanya mungkin tidak begitu berkesan dan tidak menusuk ke lubuk
hati. Ada kemungkinan cerita tersebut tidak akan tersebar ke seluruh kampung.
Namun, seiring dengan kemajuan
dan perkembangan teknologi, tugas mak cik bawang kini semakin ‘advance’.
Dia tidak perlu lagi mengetuk pintu rumah ‘Ketua Penerangan’. Sebaliknya, dia
hanya perlu duduk dengan selesa atas kusyen di ruang tamu di rumahnya sambil
menonton Netflix. Kemudian, dia akan mengeluarkan 'handphone' dan
membuka aplikasi WhatsApp.
Dengan kecepatan menaip 20 patah
perkataan dalam satu minit, dia mulai menaip di skrin ‘handphone’.
Setelah selesai menaip, dia hanya perlu menekan butang 'SEND'. Beberapa
minit kemudian, informasi tersebut akan tersebar kepada semua ahli dalam
kumpulan.
Selang beberapa jam kemudian,
cerita tersebut telah menjadi tular ke seluruh taman perumahan dan pekan
berhampiran kerana kegigihan ahli mesyuarat tingkap yang lain 'copy’ dan
‘paste' info tersebut dan memasukkannya ke dalam status Facebook atau
WhatsApp masing-masing, sehingga menyebabkan mangsa yang dijadikan ‘bahan’ oleh
‘mak cik bawang’ tadi mungkin mengalami kemurungan.
Ini seakan-akan satu galakan
kerana perbuatan ‘mak Cik bawang’ itu seolah-olah dianggap sebagai perkara
biasa dan tanpa rasa bersalah. Istilah yang sebenar dipanggil mengumpat jika
cerita itu benar, dan menfitnah jika berita itu salah. Dalam istilah terkini,
ia dipanggil membawang atau bergosip.
"What you give you get back. What goes around comes around'. Itulah pepatah Inggeris yang biasa kita jumpa. Pepatah ini mengingatkan kita supaya jangan suka membuka aib orang.
Tuhan uji kita kerana Dia ingin mengkabulkan hajat kita
Tuhan uji kita bukan untuk menyusahkan kita, sebaliknya inilah salah satu cara Dia ingin mengabulkan permintaan kita. Setiap ujian adalah la...

-
Bertemu kembali kita dalam perbincangan berkenaan persekitaran perniagaan. Sebelum ini kita telah mengetahui bahawa terdapat dua p...
-
Dalam dunia sekarang bermacam ragam manusia kita boleh jumpa. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercaya...
-
Dalam hidup ini terdapat banyak perkara yang berlawanan. Tinggi lawannya rendah, besar lawannya kecil, cantik lawannya hodoh, cerdik l...