Sunday, 26 February 2017

Cabaran sosial di awal tahun 2017

Entri:
Teks: Usry Abdullah
Foto: Google image

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan. Sedar tak sedar sudah dua bulan kita berada di tahun baru 2017, tahun yang mengikut kata pakar ekonomi, tahun yang penuh dengan ketidak tentuan. Tahun yang penuh dengan cabaran. Ia dapat dirasai oleh kita semua semenjak hari pertama kita melangkah ke tahun 2017 lagi.

Dalam sektor ekonomi, kita telah dikejutan  dengan tindakan luar jangka yang dilaksanakan oleh kerajaan,  iaitu menaikkkan harga  petrol dan disel sebanyak dua bulan berturut-turut setelah sekian lama ia berada di paras yang 'mampu beli' (reasonalble price). Tindakan ini telah dan sedang memberi kesan kepada golongan pengguna dan sektor perniagaan. Ia telah menyebabkan kos menguruskan perniagaan semakin meningkat dan  kuasa beli pengguna menjadi semakin menurun.

Manakala dalam aspek sosial pula, pelbagai kejutan juga telah berlaku . Belum pun reda dengan kes remaja yang memanjat papan tanda 'IPOH' yang menjadi viral dalam laman sosial, minggu lepas kita dikejutkan pula dengan tragedi kemalangan yang melibatkan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain basikal pada pukul 3 pagi telah dilanggar secara tidak sengaja oleh sebuah kereta sehingga mengakibatkan kematian.

Apabila membaca berita-berita sebegini, seperti biasa ramailah di kalangan nitizen mula campur tangan. Misalnya, dalam kes remaja yang memanjat papan tanda 'IPOH'. Ada yang menyalahkan kumuplan remaja  terbabit kerana melakukan aksi yang merbahaya tanpa dilengkapi peralatan yang sepatutnya dan ada pula  nitezen yang menyokog  di atas keberanian mereka mengambil risiko. 

Begitu juga dengan kes kemalangan yang melibatkan basikal dan kereta  tempohari. Ramai yang menyalahkan ibu bapa kepada kanak-kanak yang terlibat kerana membiarkan anak-anak mereka keluar bermain basikal sehingga lewat malam. Manakala satu pihak lagi pula memberi komen yang meletakkan kesalahan ke atas si gadis tersebut. Kononya buat apa  si gadis itu keluar memandu kereta pukul 3 pagi. Namun apa yang pasti, keluarga mangsa telah kehilangan anak kesayangan mereka manakala si gadis pula masih dalam keadaan trauma dan tertekan.

Masalah sosial seperti ini  berlaku di mana-mana, termasuk di luar negara. Malah masalah sosial di sana lebih dasyat lagi. Oleh itu, tindakan membuat komen di laman sosial dengan menyalahkan pihak yang terlibat tidak dapat membantu menyelesaikan apa yang berlaku. Sebaliknya apa yang boleh dilakukan oleh kita ialah sama-sama duduk berbincang dan merangka  strategi tertentu agar kejadian seperti ini tidak berulang kembali di masa akan datang.

Dalam menangani masalah sebegini, kita tidak boleh berharap kepada pihak berkuasa sahaja untuk menangani atau membuat pemantauan. Sebaliknya sebagai ibu bapa, kita juga perlu memainkan peranan dengan melengkapkan anak-anak  dengan nilai-nilai postif supaya mereka tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Dengan ini mereka sendiri dapat bertidak mengikut rasionalisasi masing-masing bukannya mengikut kata hati atau pengaruh rakan sebaya.

Mengikut kajian psikologi, majoriti kanak-kanak yang melalui tahap umur remaja  akan mengalami situsi 'konflik identiti'. Ini adalah lumrah biasa bagi seorang remaja di mana mereka akan mengalami perubahan sikap dan identiti setelah mereka mencapai akil baligh atau istilah lainnya 'puberty'.  Jika dahulunya mereka seorang yang pendiam, mereka bertukar menjadi agresif dan jika dulunya mereka penakut, kini mereka menjadi seorang yang berani mengambil risiko dan  suka mencuba sesuatu yang baru.

Perubahan ini  terjadi  kerana bahagian otak yang mengawal kewarasan mereka masih belum matang sepenuhnya.  Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu atau ingin mencuba sesuatu yang baru adalah lebih kuat mempengaruhi pemikiran mereka berbanding perasaan untuk berfikir apa akibat yang akan dialami pada diri mereka kesan dari tidakan tersebut. Keadaan ini dikenali sebagai 'ego' melebihi 'super ego'.

Oleh itu, ibu bapa perlu lebih banyak meluangkan  masa bercakap, bergaul, berkawan dan bertanyakan masalah mereka dari hati ke hati setiap hari. Dengan ini anak tersebut akan merasakan yang diri mereka masih lagi disayangi dan diberi perhatian walaupun usia mereka sudah memasuki alam remaja. Dan yang lebih penting ialah mereka masih merasakan bahawa mereka masih ada tempat untuk meluahkan perasaan. Dengan  ini ia dapat mengelakkan mereka dari keluar dan mencari rakan sebaya untuk mengisi 'kekosongan' atau berongsi perasaan.

Selain itu, untuk menghindarkan dari masalah sosial ini  juga ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak remaja mereka menganggotai mana-mana kelab atau aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Antaranya ialah seperti menyertai kelab sukan memanah, memasuki persatuan seni bela diri dan seumpanya. Dengan ini mereka mempunyai lebih masa untuk membuat aktiviti yang berfaedah.

Aktiviti sebegini dapat memenuhi telaga hati dan minda mereka dengan akhlak yang baik hasil dari ajaran guru atau 'coach' yang mengelolakan aktiviti atau kelab tersebut. Lama-kelamaan sifat positif akan melekat di dalam jiwa mereka dan membantu mereka menjadi lebih matang. Dengan ini mereka menjadi semakin waras ketika membuat sesuatu tindakan.

Kedua-dua langkah yang dibincangkan itu juga  bertepatan dengan prinsip pengurusan yang diasaskan oleh Barney (1993). Mengikut beliau, untuk menjadikan sesebuah organisasi itu kuat dan mampu menghadapi persaingan,  pengurus  perlu mencipta satu 'internal strategic factor'  bagi syarikatnya.  Apabila sesebuah syarikat atau organisasi itu mempunyai 'internal strategic factor', syarikat tersebut akan mampu menghadapi apa saja cabaran yang terdapat di dalam pasaran yang mereka sertai itu.

Begitu juga halnya dalam mengurus anak-anak remaja. Untuk memastikan jiwa mereka kuat dan mampu menghadapi cabaran semasa, ibu bapa perlu membina kekuatan dalaman di dalam diri anak-anak tersebut. Dengan ini, mereka akan mampu untuk menghadapi cabaran sosial yang semakin tidak menentu sekarang ini.





Monday, 6 February 2017

Tahun Ayam Api mengikut perspektif kaum Cina

Entri: 47
Teks: Usry Abdullah
Foto: Google Image


Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Bertemu kembali  dalam entri  blog Pegurusan Pemasaran dan Strategi perniagaan.  Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Chai)  kepada mereka yang merayakannya. Walaupun ucapan ini mungkin agak terlewat, tetapi jika anda mengikuti tradisis masyarakat Cina, perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini masih masih lagi disambut dan kemuncaknya ialah pada 11 Februari 2017 nanti.  

Mengikut  perkiraan ilmu falak kaum Cina atau  lebih dikenali sebagai Feng shui,  tahun ini giliran ayam pula mengambil alih  tugas mengemudi  atau mencorak pola kehidupan  masyarakat dunia setelah monyet mengahiri tugasannya secara rasmi  pada 27 januari 2017 yang lalu. 

Mengikut  kepercayaan kaum Cina,   tahun  ini merupakan kombinasi di antara  ‘ayam’ dan ‘api’, atau dikenali sebagai 'ayam api'. Mengikut mereka,  kombinasi kedua-dua elemen ini membawa petanda yang  'sedikit kurang baik' kepada masyarakat dunia amnya.  Mereka menjangkankan tahun ini  akan berlaku lebih banyak lagi  konflik, ketegangan dan ketidak tentuan  sama ada dari segi  ekonomi, politik mahu pun aktiviti sosial berbanding tahun lepas (tahun 2016).

Walaupun kita sebagai orang islam tidak digalakkan untuk mempercayai apa jua ramalan namun adalah tidak menjadi kesalahan untuk kita  berbincang berkenaan ramalan mereka ini sekadar untuk menambah pengetahuan. Seandainya ramalan  mereka itu  benar-benar berlaku anggaplah saja ia sebagai satu kebetulan. Kesemua ini sebenarnya sudah pun ditentukan Allah sejak azali lagi, cuma alamatnya saya diturunkan secara berperingkat-peringkat untuk dikaji oleh manusia. Salah satu bidang kajian yang popular di kalangan masyarakat Cina untuk mengkaji perubahan atau alamat- alamat ini  ialah menggunakan kadah Feng Shui.  Dalam entri kali ini mari kita sama-sama teliti akan beberapa faktor yang mungkin boleh menyokong prediksi Feng Sui mengikut perpektif pengurusan strategi.

Setelah dikaji, saya dapati ada beberapa peristiwa atau kejadian yang boleh dijadikan sebagai faktor yang mungkin boleh menyokong prediksi Feng Sui ini. Antara peristiwa yang berpotensi untuk menyumbang kepada tekanan dan ketidakstabilan untuk tahun ini ialah beberapa tindakan kontroversi yang dilakukan oleh  Presiden Amarika yang baru dilantik, iaitu Donald Trump selepas beliau secara rasmi mengambil alih teraju Rumah putih pada 20 Januari 2017 yang lalu.

Sehari dua selepas beliau menerajui Rumah putih (White House), Donald Trump telah menandatangani satu kempen  sekatan perjalanan ke atas beberapa penduduk negara islam seperti Iran, Iraq, Syria, Kuwait dan mesir dari memasuki negara Amarika. Tindakan Trump ini telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk negara-negara terlibat dan masyarakat islam keseluruhannya sehingga adanya tunjuk perasaan di beberapa bandar dan negara.

Sekiranya tindakan ini diselesaikan dengan baik sudah pasti ia akan memberi kesan negetif terhadap hubungan Amarika dengan negara-negara islam. Malah tindakan ini boleh menyebabkan semakin ramai pengganas di negara Arab yang akan menjadikan Amarika sebagai sasaran serangan mereka pada masa hadapan dan seterusnya menyumbang kepada  ketindak tentuan dalam politik antarabangsa.

Tidak cukup dengan kontroversi dengan negara- negara islam, Trump juga  telah menggesa pihak berwajib untuk mempercepatkan proses pembinaan tembok bagi menghalang kemasukan rakyat dari negeri jirannya- Mexico ke Amarika. Malah dengan angkuhnya Trump meminta kerajaan Mexico membayar segala kos pembinaan tembok tersebut. Tindakan Trump ini juga bakal mengundang ketegangan di antara kedua belah pihak yang berjiran.

Faktor ketiga yang bakal mengundang kontroversi dan ketidakstabilan politik di Amarika Syarikat ialah tindakan Trump yang memecat Peguam Negara kerana peguam negara tersebut  tidak menyokong tindakan beliau menghalang kemasukan penduduk negara-negara terlibat (negara Islam dan Mexico) dari memasuki Amarika. Kali ini  hubungan di antara beliau dengan rakyat Amarika sendiri mungkin terjejas dan bakal menimbulkan lebih banyak kekecohan di dalam negara Amarika sendiri. Jika isu ini tidak ditangani dengan baik dan berlanjutan, ia kemudiannya akan memberi kesan negatif ke atas ekonomi Amarika dan seterusnya bakal mengganggu kestabilan ekonomi dunia secara keseluruhannya.
 
Seterusnya Trump juga telah mengumumkan penarikan diri negara Amarika  dari menyertai perjanjian TPPA yang ditanda tangani di antara negara- negara membangun dan beberapa buah negara maju yang lain seperti Jepun dan Australia.  Dengan pengunduran  Amarika dari perjanjian TPPA  ini bermakna  beberapa perkara atau isu yang telah dipersetujui sebelum akan turut berubah seperti isu kadar tariff dan cukai. Ini sudah tentu akan memberi sedikit impak kepada negara yang telah menandatangani perjanjianitu sebelum ini. Dengan penarikan diri ini  berkemungkinan kadar tarif dan cukai ke atas produk negara tersebut ke Amarika yang sepetutnya dikurangkan akan kembali tinggi seperti kadar sebelumnya. Ini juga akan mengurangkan nilai dagangan di antara Amarika dengan negara-negara terlibat, termasuk Malaysia.Hal ini pasti menyusahkan peniaga di negara kita yang sedang atau bakal berurusan dengan peniaga di Amarika.


Manakala di peringkat domestik pula, indikasi yang paling ketara dan senang dilihat untuk menyokong prediksi bahawa tahun 'ayam api' ini tidak begitu baik kepada dunia perniagaan ialah kurangnya kemeriahan sewaktu  rakyat negara ini menyambut kedatangan  perayaan Deepavali,   Krismas  dan Tahun Baru Cina yang  baru-baru ini.  Sepanjang  tempoh ketiga-tiga perayaan itu berlangsung, anda boleh perhatikan sendiri bagaimana banyak pusat beli belah  kelihatan lengang  walaupun  tiga  perayaan besar berlangsung secara berturutan

Jika tahun-tahun sebelumnya, apabila dekat dengan sambutan satu-satu perayaan, kita yang tidak menyambutnya juga turut terasa akan kemeriahannya. Kita boleh melihat para pengguna begitu sebok membuat persiapan, lebih-lebih lagi perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sambutan kedua-dua perayaan tersebut adalah hambar. Malah menurut beberapa peniaga,  aktiviti membeli belah di saat – saat akhir  sebelum menjelangnya hari perayaan juga amat mengecewakan mereka  walaupun  pelbagai promosi dan potongan harga ditawarkan. Ini menunjukan bahawa kesemua golongan pengguna  di dalam negara ini sedang menghadapi tekanan ekonomi dan memaksa mereka  mengawal corak  perbelanjaan. 
Mengikut mereka lagi, keadaan ini dijangka menjadi semakin teruk selepas berakhirnya tahun baru Cina nanti dan mungkin bakal menjejaskan  kemeriahan sambutan Thaipusam dan Hari Raya Puasa yang akan tiba beberapa bulan lagi. Keadaan ini bakal memberi tekanan kepada peniaga untuk kekal 'survive' sepanjang tahun ayam api ini


Di samping itu,  impak dari kejatuhan matawang ringgit  kesan  dari kenaikan mendadak USD selepas kemenangan mengejut Donald Trump dalam pilihan raya Presiden pada November 2016 yang lalu juga  masih belum pulih sepenuhnya.  Nilai ringgit masih  berada di bawah paras yang sepatutnya. Ia hanya mampu berada sekitar  RM4.40 hingga RM4.50  untuk USD1 walaupun harga minyak mentah dunia sudah menunjukkan peningkatan. Sepatutnya nilai ringgit akan turut meningkat seiring dengan peningkatan harga minyak mentah sebagaimana yang dialami oleh matawang negara-negara pengeksport minyak dunia yang lain. 

Kelemahan nilai ringgit ini juga telah menyebabkan rezab antarabangsa bank negara semakin menyusut dan memaksa kerajaan membuat beberapa langkah yang tidak popular seperti  mengurangkan subsidi  ke atas bahan api seperti petrol dan disel  sebanyak dua kali, iaitu pada awal januari 2017 dan Februari 2017 baru-baru ini. Kerajaan juga telah menghadkan aktiviti spekulasi matawang di pasaran antarabangsa.

Namun begitu, tindakan yang diambil oleh kerajaan ini  bakal memberi 'lebih tekanan' kepada golongan pengguna. Kuasa beli pengguna bakal terjejas lagi akibat pengurangan subsidi ini dan  ia seterusnya akan memberi kesan negatif kepada  golongan peniaga. Hasil jualan dan keuntungan yang  mereka perolehi bakal berkurangan. Malah ia juga mungkin akan menyebabkan lebih ramai lagi peniaga kecil yang terpaksa meninggalkan arena keusahawanan ini. 

Indikator seterusnya yang mungkin boleh menyokong prediksi Feng Shui yang menyatakan keadaan ekonomi negara pada tahun 'ayam api' ini tidak memuaskan dan tidak baik untuk dunia perniagaan ialah apabila kita melihat prestasi Bursa Malaysia. Ada pendapat yang mengatakan sekiranya prestasi pasaran saham adalah bagus, maka baguslah keadaan ekonomi negara tersebut dan begitu sebaliknya.

dari pemerhatian yang dilakukan sepanjang tahun 2016 sehingga awal tahun 2017, prestasi pasaran saham negara amat malap dan mengikut laporan, prestasi Bursa Malaysia adalah yang terburuk di Asia. Kebanyakan urus niaga yang berlaku di dalam Bursa Malaysia sepanjang suku ketiga dan keempat tahun 2016 hanya digerakkan oleh dana tempatan seperti KWAP, KWSP dan beberapa dana tempatan yang lain serta segelintir pelabur runcit sahaja. Manakala dana asing pula dilihat semakin menjauhi pasaran saham Malaysia. Misalnya, pada minggu pertama bulan Februari, sebanyak RM382.8 juta dana pelabur asing telah keluar dari pasaran tempatan. Berdasarkan kepada prestasi pasaran saham yang lemah ini, prediksi Feng Shui yang menyatakan bahawa keadaan ekonomi negara pada tahun ayam api ini adalah  benar-benar mencabar mungkin menjadi kenyataan.

Dari perbincangan terhadap indikator-indikator yang disebutkan tadi, jika sepanjang tahun monyet dahulu (tahun 2016) masih ramai  di kalangan peniaga kecil yang mengambil sikap tunggu dan lihat,  kini dengan kehadiran tahun ayam api  rasanya sudah tiba masanya untuk  mereka bertindak dan melakukan sesuatu sama ada dengan menukar strategi perniagaan atau pun menukar model perniagaan yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Bagi mereka yang merasakan sudah tiba masanya untuk berhenti berniaga, juga disarankan untuk berbuat demikian. Kumpul dan selamatkan modal anda selagi termampu dan tunggu sehingga tiba waktu sesuai untuk memulakan semula perniagaan baru.


Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...