Entri: 47
Teks: Usry Abdullah
Foto: Google Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali dalam entri blog Pegurusan Pemasaran dan Strategi
perniagaan. Masih belum terlambat untuk
saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Chai) kepada mereka yang merayakannya. Walaupun ucapan ini mungkin agak terlewat, tetapi jika anda mengikuti tradisis masyarakat Cina, perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini masih masih lagi disambut dan kemuncaknya ialah pada 11 Februari 2017 nanti.
Mengikut perkiraan ilmu falak kaum Cina atau lebih dikenali sebagai Feng shui, tahun ini giliran ayam pula mengambil alih tugas mengemudi atau mencorak pola kehidupan masyarakat dunia setelah monyet mengahiri tugasannya secara rasmi pada 27 januari 2017 yang lalu.
Mengikut perkiraan ilmu falak kaum Cina atau lebih dikenali sebagai Feng shui, tahun ini giliran ayam pula mengambil alih tugas mengemudi atau mencorak pola kehidupan masyarakat dunia setelah monyet mengahiri tugasannya secara rasmi pada 27 januari 2017 yang lalu.
Mengikut kepercayaan kaum Cina, tahun ini merupakan kombinasi di antara ‘ayam’ dan ‘api’, atau dikenali sebagai 'ayam api'. Mengikut mereka, kombinasi kedua-dua elemen ini membawa petanda yang 'sedikit kurang baik' kepada masyarakat dunia amnya. Mereka menjangkankan tahun ini akan berlaku lebih banyak lagi konflik, ketegangan dan ketidak tentuan sama ada dari segi ekonomi, politik mahu pun aktiviti sosial berbanding tahun lepas (tahun 2016).
Walaupun kita sebagai orang islam tidak digalakkan untuk mempercayai apa jua ramalan namun adalah tidak menjadi kesalahan untuk kita berbincang berkenaan ramalan mereka ini sekadar untuk menambah pengetahuan. Seandainya ramalan mereka itu benar-benar berlaku anggaplah saja ia sebagai satu kebetulan. Kesemua ini sebenarnya sudah pun ditentukan Allah sejak azali lagi, cuma alamatnya saya diturunkan secara berperingkat-peringkat untuk dikaji oleh manusia. Salah satu bidang kajian yang popular di kalangan masyarakat Cina untuk mengkaji perubahan atau alamat- alamat ini ialah menggunakan kadah Feng Shui. Dalam entri kali ini mari kita sama-sama teliti akan beberapa faktor yang mungkin boleh menyokong prediksi Feng Sui mengikut perpektif pengurusan strategi.
Setelah dikaji, saya dapati ada beberapa peristiwa atau kejadian yang boleh dijadikan sebagai faktor yang mungkin boleh menyokong prediksi Feng Sui ini. Antara peristiwa yang berpotensi untuk menyumbang kepada tekanan dan ketidakstabilan untuk tahun ini ialah beberapa tindakan kontroversi yang dilakukan oleh Presiden Amarika yang baru dilantik, iaitu Donald Trump selepas beliau secara rasmi mengambil alih teraju Rumah putih pada 20 Januari 2017 yang lalu.
Sehari dua selepas beliau menerajui Rumah putih (White House), Donald Trump telah menandatangani satu kempen sekatan perjalanan ke atas beberapa penduduk negara islam seperti Iran, Iraq, Syria, Kuwait dan mesir dari memasuki negara Amarika. Tindakan Trump ini telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk negara-negara terlibat dan masyarakat islam keseluruhannya sehingga adanya tunjuk perasaan di beberapa bandar dan negara.
Sekiranya tindakan ini diselesaikan dengan baik sudah pasti ia akan memberi kesan negetif terhadap hubungan Amarika dengan negara-negara islam. Malah tindakan ini boleh menyebabkan semakin ramai pengganas di negara Arab yang akan menjadikan Amarika sebagai sasaran serangan mereka pada masa hadapan dan seterusnya menyumbang kepada ketindak tentuan dalam politik antarabangsa.
Tidak cukup dengan kontroversi dengan negara- negara islam, Trump juga telah menggesa pihak berwajib untuk mempercepatkan proses pembinaan tembok bagi menghalang kemasukan rakyat dari negeri jirannya- Mexico ke Amarika. Malah dengan angkuhnya Trump meminta kerajaan Mexico membayar segala kos pembinaan tembok tersebut. Tindakan Trump ini juga bakal mengundang ketegangan di antara kedua belah pihak yang berjiran.
Faktor ketiga yang bakal mengundang kontroversi dan ketidakstabilan politik di Amarika Syarikat ialah tindakan Trump yang memecat Peguam Negara kerana peguam negara tersebut tidak menyokong tindakan beliau menghalang kemasukan penduduk negara-negara terlibat (negara Islam dan Mexico) dari memasuki Amarika. Kali ini hubungan di antara beliau dengan rakyat Amarika sendiri mungkin terjejas dan bakal menimbulkan lebih banyak kekecohan di dalam negara Amarika sendiri. Jika isu ini tidak ditangani dengan baik dan berlanjutan, ia kemudiannya akan memberi kesan negatif ke atas ekonomi Amarika dan seterusnya bakal mengganggu kestabilan ekonomi dunia secara keseluruhannya.
Seterusnya Trump juga telah mengumumkan penarikan diri
negara Amarika dari menyertai perjanjian
TPPA yang ditanda tangani di antara negara- negara membangun dan beberapa buah negara maju
yang lain seperti Jepun dan Australia. Dengan
pengunduran Amarika dari perjanjian TPPA
ini bermakna beberapa perkara atau isu yang telah dipersetujui sebelum akan turut
berubah seperti isu kadar tariff dan cukai. Ini sudah tentu akan memberi sedikit impak kepada negara yang telah menandatangani perjanjianitu sebelum ini. Dengan penarikan diri ini berkemungkinan kadar tarif dan cukai ke atas produk negara tersebut ke Amarika yang sepetutnya dikurangkan akan kembali tinggi seperti kadar sebelumnya. Ini juga akan mengurangkan nilai dagangan di antara Amarika dengan negara-negara terlibat, termasuk Malaysia.Hal ini pasti menyusahkan peniaga di negara kita yang sedang atau bakal berurusan dengan peniaga di Amarika.
Manakala di peringkat domestik pula, indikasi yang paling ketara dan senang dilihat untuk menyokong prediksi bahawa tahun 'ayam api' ini tidak begitu baik kepada dunia perniagaan ialah kurangnya kemeriahan sewaktu rakyat negara ini menyambut kedatangan perayaan Deepavali,
Krismas dan Tahun Baru Cina yang baru-baru ini. Sepanjang
tempoh ketiga-tiga perayaan itu berlangsung, anda boleh perhatikan sendiri bagaimana banyak pusat beli belah kelihatan lengang walaupun tiga perayaan besar berlangsung secara
berturutan.
Jika tahun-tahun sebelumnya, apabila dekat dengan sambutan satu-satu perayaan, kita yang tidak menyambutnya juga turut terasa akan kemeriahannya. Kita boleh melihat para pengguna begitu sebok membuat persiapan, lebih-lebih lagi perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sambutan kedua-dua perayaan tersebut adalah hambar. Malah menurut beberapa peniaga, aktiviti membeli belah di saat – saat akhir sebelum menjelangnya hari perayaan juga amat mengecewakan mereka walaupun pelbagai promosi dan potongan harga ditawarkan. Ini menunjukan bahawa kesemua golongan pengguna di dalam negara ini sedang menghadapi tekanan ekonomi dan memaksa mereka mengawal corak perbelanjaan.
Mengikut mereka lagi, keadaan ini dijangka menjadi semakin teruk selepas berakhirnya tahun baru Cina nanti dan mungkin bakal menjejaskan kemeriahan sambutan Thaipusam dan Hari Raya Puasa yang akan tiba beberapa bulan lagi. Keadaan ini bakal memberi tekanan kepada peniaga untuk kekal 'survive' sepanjang tahun ayam api ini
Jika tahun-tahun sebelumnya, apabila dekat dengan sambutan satu-satu perayaan, kita yang tidak menyambutnya juga turut terasa akan kemeriahannya. Kita boleh melihat para pengguna begitu sebok membuat persiapan, lebih-lebih lagi perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sambutan kedua-dua perayaan tersebut adalah hambar. Malah menurut beberapa peniaga, aktiviti membeli belah di saat – saat akhir sebelum menjelangnya hari perayaan juga amat mengecewakan mereka walaupun pelbagai promosi dan potongan harga ditawarkan. Ini menunjukan bahawa kesemua golongan pengguna di dalam negara ini sedang menghadapi tekanan ekonomi dan memaksa mereka mengawal corak perbelanjaan.
Mengikut mereka lagi, keadaan ini dijangka menjadi semakin teruk selepas berakhirnya tahun baru Cina nanti dan mungkin bakal menjejaskan kemeriahan sambutan Thaipusam dan Hari Raya Puasa yang akan tiba beberapa bulan lagi. Keadaan ini bakal memberi tekanan kepada peniaga untuk kekal 'survive' sepanjang tahun ayam api ini
Di samping itu, impak dari kejatuhan matawang ringgit kesan
dari kenaikan mendadak USD selepas kemenangan mengejut Donald Trump dalam
pilihan raya Presiden pada November 2016 yang lalu juga masih belum pulih sepenuhnya. Nilai ringgit masih berada di bawah paras yang sepatutnya. Ia hanya mampu berada sekitar RM4.40 hingga RM4.50 untuk USD1 walaupun harga minyak mentah dunia sudah menunjukkan peningkatan. Sepatutnya nilai ringgit akan turut meningkat seiring dengan peningkatan harga minyak mentah sebagaimana yang dialami oleh matawang negara-negara pengeksport minyak dunia yang lain.
Kelemahan nilai ringgit ini juga telah menyebabkan rezab antarabangsa bank negara semakin menyusut dan memaksa kerajaan membuat beberapa langkah yang tidak popular seperti mengurangkan subsidi ke atas bahan api seperti petrol dan disel sebanyak dua kali, iaitu pada awal januari 2017 dan Februari 2017 baru-baru ini. Kerajaan juga telah menghadkan aktiviti spekulasi matawang di pasaran antarabangsa.
Kelemahan nilai ringgit ini juga telah menyebabkan rezab antarabangsa bank negara semakin menyusut dan memaksa kerajaan membuat beberapa langkah yang tidak popular seperti mengurangkan subsidi ke atas bahan api seperti petrol dan disel sebanyak dua kali, iaitu pada awal januari 2017 dan Februari 2017 baru-baru ini. Kerajaan juga telah menghadkan aktiviti spekulasi matawang di pasaran antarabangsa.
Namun begitu, tindakan yang diambil oleh kerajaan ini bakal memberi 'lebih tekanan' kepada golongan pengguna. Kuasa beli pengguna bakal terjejas lagi akibat pengurangan subsidi ini dan ia seterusnya akan memberi kesan negatif kepada golongan peniaga. Hasil jualan dan keuntungan yang mereka perolehi bakal berkurangan. Malah ia juga mungkin akan menyebabkan lebih ramai lagi peniaga kecil yang terpaksa meninggalkan arena keusahawanan ini.
Indikator seterusnya yang mungkin boleh menyokong prediksi Feng Shui yang menyatakan keadaan ekonomi negara pada tahun 'ayam api' ini tidak memuaskan dan tidak baik untuk dunia perniagaan ialah apabila kita melihat prestasi Bursa Malaysia. Ada pendapat yang mengatakan sekiranya prestasi pasaran saham adalah bagus, maka baguslah keadaan ekonomi negara tersebut dan begitu sebaliknya.
dari pemerhatian yang dilakukan sepanjang tahun 2016 sehingga awal tahun 2017, prestasi pasaran saham negara amat malap dan mengikut laporan, prestasi Bursa Malaysia adalah yang terburuk di Asia. Kebanyakan urus niaga yang berlaku di dalam Bursa Malaysia sepanjang suku ketiga dan keempat tahun 2016 hanya digerakkan oleh dana tempatan seperti KWAP, KWSP dan beberapa dana tempatan yang lain serta segelintir pelabur runcit sahaja. Manakala dana asing pula dilihat semakin menjauhi pasaran saham Malaysia. Misalnya, pada minggu pertama bulan Februari, sebanyak RM382.8 juta dana pelabur asing telah keluar dari pasaran tempatan. Berdasarkan kepada prestasi pasaran saham yang lemah ini, prediksi Feng Shui yang menyatakan bahawa keadaan ekonomi negara pada tahun ayam api ini adalah benar-benar mencabar mungkin menjadi kenyataan.
Dari perbincangan terhadap indikator-indikator yang disebutkan tadi, jika sepanjang tahun monyet dahulu (tahun 2016) masih ramai di kalangan peniaga kecil yang mengambil sikap tunggu dan lihat, kini dengan kehadiran tahun ayam api rasanya sudah tiba masanya untuk mereka bertindak dan melakukan sesuatu sama ada dengan menukar strategi perniagaan atau pun menukar model perniagaan yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Bagi mereka yang merasakan sudah tiba masanya untuk berhenti berniaga, juga disarankan untuk berbuat demikian. Kumpul dan selamatkan modal anda selagi termampu dan tunggu sehingga tiba waktu sesuai untuk memulakan semula perniagaan baru.
No comments:
Post a Comment