Saturday, 20 March 2021

Hari Tidur Sedunia. Ramai yang tidak Perasan akan nikmat tidur.

 



Tanggal 19 Mac 2021 mesti ramai yang tak perasan yang hari tersebut merupakan ‘Hari Tidur Sedunia’.  Hari Tidur Sedunia ini disambut pada 19 Mac setiap tahun. Tujuan Hari Tidur Sedunia  dianjurkan ialah untuk mendidik masyarakat betapa pentingnya tidur kepada kesihatan dan kualiti hidup kita.

Tema Hari Tidur Sedunia pada tahun ini ialah, "Tidur yang teratur, masa depan yang sihat". Ia amat bertepatan kerana kekurangan tidur atau tidur yang tidak berkualiti akan menyumbang kepada masalah kesihatan sperti obesiti, Tekanan darah tinggi, kemurungan, dan penyakit kardio vascular ( Penyakit yang  berkaitan dengan sistem jantung dan salur darah).

Kekurangan tidur kronik  telah menjadi satu wabak baru kepada penduduk dunia termasuk penduduk di negara kita. Masalah ini adalah disebabkan  oleh  gaya hidup yang kita lalui pada hari ini dan salah satu penyumbang kepada kekurangan tidur yang berkualiti  ialah kesan dari penggunaan telefon pintar.

Sebagaimana yang diketahui, setiap orang mempunyai telefon pintar yang boleh mengekses internet. Ini menyebabkan kita leka  bermain telefon pintar walaupun di tempat tidur. Malah ada yang terleka sehingga tidur lewat malam kerana asyik melayari laman sosial atau bermain permainan di laman tertentu.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Nasional yang dilakukan pada tahun 2019 menunjukkan  50.1% populasi dewasa kita mengalami masalah berat badan yang berlebihan atau obesity. Manakala  30.0% pula menderita hipertensi dan 18.3% menghidap diabetes. Selain dari faktor kesihatan yang  lain, kebanyakan pesakit yang mengalami penyakit yang disebutkan tadi berpunca dari  masalah kurang tidur atau tidur yang tidak berkualiti.

Kita tahu bahawa setiap orang memerlukan antara enam hingga tujuh jam waktu tidur yang berkualitipada setiap malam. Namun, dari kajian yang dilakukan, hanya 21% daripada rakyat Malaysia yang  mendapat tidur yang nyenyak  sekurang-kurangnya lima jam. Kesannya, ramai yang tidak produktif pada waktu siang kerana  mengantuk.  Kewaspadaan dan daya tumpuan juga akan menjadi lemah disebabkan oleh  kurang tidur. Ini boleh meningkatkan risiko kemalangan jalan rayasekiranya kita memandu atau  ia juga boleh mengakibatkan kemalangan di tempat kerja kepada mereka yang mengendalikan mesin.

Jadi, tidur amat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kita. Ia merupakan satu  proses kepada pemulihan otak dan badan kita.  Ketika kita tidur, hormon yang penting untuk metabolisme dilepaskan dan aktiviti yang mengatur tekanan darah kita akan ‘recalibrate’ semula secara semulajadi. Di samping itu  mekanisme sistem kekebalan tubuh  ( imuniti) kita juga akan dipulihkan. Inilah manafaat tidur yang tuhan kurniakan kepada kita. 

Oleh itu, selain dari makan dan minum, tidur juga merupakan satu lagi keperluan kepada tubuh kita. Maka  manafaatkanlah nikmat yang dikurniakan ini sebaiknya sebelum ia ditarik balik seperti yang dialami oleh sesetengah dari kita.  Ia sepatutnya digunakan sebaiknya sebagai tanda kita berterima kasih kepadaNya.

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...