Friday, 13 August 2021

Kelebihan senaman Skipping ( lompat tali)

 



Pagi ni abam nak kongsi sikit berkenaan skipping.
Skipping adalah salah satu senaman yang paling murah kerana kita dapat membeli tali 'skipping' ini hanya dengan harga kurang dari RM50. Malah ada tali 'skipping' yang dijual di bawah RM10.
Walaupun simple tapi senaman ini adalah antara senaman yang baik untuk diamalkan kerana ia
mempunyai banyak faedah dan sangat membantu mengekalkan kesihatan.
Antaranya faedah skipping ialah;
Dapat meningkatkan pergerakan kaki, membantu mengawal keseimbangan, koordinasi, dan meningkatkan ketangkasan. Aktiviti ini juga dapat membantu menguatkan otot kita terutamanya otot paha dan betis.
Skipping juga berkesan untuk mencairkan lemak yang terkumpul di dalam badan kita. Ia sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Skipping dikatakan dapat membakar sehingga 1300 kalori jika dilakukan dalam masa satu jam. Dan jumlah ini adalah lebih banyak berbanding dengan berjogging atau berjalan kaki.
Akhir sekali, apabila kita melakukan skipping, kita sebenarnya sedang berlatih untuk menjadi lebih fokus. Fokus dalam mengawal pergerakan.
Proses mengawal pergerakan ini akan membuatkan kita menjadi tenang. Ini kerana sewaktu kita sedang fokus mengawal dan melakukan pergerakan ini secara berulang, dalam masa yang sama kita juga sebenarnya sedang merangsang sel-sel otak untuk mengeluarkan sejenis hormon, iaitu hormon endorphins dan seritonin. Kedua-dua hormon inilah yang membantu kita menjadi tenang dan gembira.
Okey.. itu saja.. Semoga bermanafaat..So.. Kalau pagi ini korang buntu atau tak ada apa-apa idea untuk aktiviti senaman, apa kata korang cuba senaman skipping.
Selamat berhujung minggu..
DR. Abam
Sabtu 14 Ogos 2021

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...