Friday, 3 December 2021

Hati-hati memilih kawan

 



Setiap insan yang mengaku dirinya normal amat perlu kepada seseorang individu lain yang dipanggil sebagai SAHABAT.

Mengikut teori 'Maslow of needs (1943), terdapat beberapa hierarki yang perlu dipenuhi oleh setiap individu normal. Ia bermula dari keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal sehinggalah ke tahap yang paling tinggi iaitu pencapaian kendiri (self actualization). Keinginan untuk mempunyai kawan sebagai tempat bersosial dan berkongsi rasa juga merupakan satu dari hierarki yang tedapat di dalam teori ini.

Namun begitu, kita sentiasa diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan atau sahabat kerana telah terbukti bahawa ramai di kalangan kita yang hancur masa depannya disebabkan oleh tersalah memilih kawan kerana kawanlah yang banyak menjadi penentu arah tuju kita berbanding ahli keluarga.

Kawan yang baik boleh diumpamakan seperti lilin. Dia sanggup membakar diri sendiri demi menerangi kehidupan kawannya walaupun dia tidak mempunyai apa-apa pertalian darah dengan kawannya itu. Sikap dan tanggungjawabnya yang ditunjukkan juga seoalah-olah dia sebahagian dari adik beradik kita malah ada ketikanya dia lebih ikhlas bersahabat berbanding adik beradik sendiri.

Dia sentiasa 'available' di saat susah mahu pun senang. Dia juga tidak sesekali meninggalkan kita ketika kita jatuh, malah dialah yang banyak membantu kita untuk bangkit kembali.

Manakala kawan yang jahat pula boleh diumpamakan seperti seekor dubuk dalam cerita 'The Lion King'. Dia berpura-pura baik kerana dia kekuatannya lemah berbanding kita tetapi dalam masa yang sama dia sentiasa mengintai peluang untuk mengenakan kita.

Dia pura-pura memuji kita tetapi dalam hatinya dia sebenarnya tidak suka kita lebih dari dia. Dia akan berusaha mencari kesilapan kita untuk menyaingi kita dalam diam. Dan perkara yang paling ditakuti oleh setiap orang ialah dia akan membuka aib kita kepada orang lain apabila kita lalai.

Jadi berhati-hatilah memilih kawan kerana kawan yang baik akan membuatkan kita hidup tenang, gembira dan ceria sedangkan kawan yang jenis 'makan kawan' akan sentiasa mencari jalan untuk menyusahkan kita. Oleh itu tidak salah sesekali kita bersikap sombong sewaktu memilih kawan.

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...