Saturday, 17 May 2025

Musibah adalah jalan pulang menuju Allah

                    Kadang, ujian yang datang tu bukan untuk melemahkan kita, tapi untuk menyedarkan kita.

Bila hidup terasa sempit, mungkin itu isyarat lembut dari tuhan agar kita kembali bersujud, kembali berharap hanya kepadaNya. Jadi, ujian ni bukan la sebagai hukuman, sebaliknya ia adalah jemputan penuh kasih untuk kita kembali semula kepada Dia.


 

                Redha itu bererti tenang menerima takdir sambil hati tetap yakin pada janji Tuhan. Kita terus berusaha, bukan kerana tak redha, tapi kerana kita percaya Allah lihat setiap langkah kita. Redha tu bermakna "aku terima apa yang Allah bagi, tapi aku tetap bangun, tetap usaha, tetap doa. Sebab aku tahu, Allah tak suruh kita duduk diam bila diuji. Dia suruh kita kuat, sabar, dan jalan terus.

          .

"Redha tu tenang, bukan give up."


 

            Redha bukan bermakna kita berhenti berdoa atau berhenti mencari jalan keluar. Sebaliknya, redha ialah apabila kita telah lakukan segala yang mampu dengan penuh tekad dan ikhtiar, lalu kita serahkan hasilnya kepada Allah dengan hati yang lapang, tanpa kecewa, tanpa marah, tanpa menyalahkan sesiapa.

Redha itu bukan berhenti berharap, tapi yakin... walau hasilnya tak seperti yang diminta, pasti akan datang seperti yang diperlukan. Jangan takut untuk redha kerana redha itu bukan tanda kita lemah,
tapi tanda kita kuat, kerana kita bersandar pada Dia.






Musibah adalah jalan pulang menuju Allah

                         Kadang, ujian yang datang tu bukan untuk melemahkan kita, tapi untuk menyedarkan kita. Bila hidup terasa sempit, mu...