Jika posting sebelum ini kita berbicara tentang ujian, kali ini kita sambung pula tentang satu lagi perkara yang lebih mencabar- iaitu Reda. REDA.. Semua orang boleh sebut tapi tak ramai yang benar-benar mampu menghayatinya.
Reda bukan sekadar pasrah, tapi ia satu bentuk keikhlasan yang tinggi kepada takdir Tuhan. Jadi, dalam siri video kali ini, mari kita sama-sama belajar... bagaimana untuk reda.
.
Redha bukan bermakna kita berhenti berdoa atau berhenti mencari jalan keluar. Sebaliknya, redha ialah apabila kita telah lakukan segala yang mampu dengan penuh tekad dan ikhtiar, lalu kita serahkan hasilnya kepada Allah dengan hati yang lapang, tanpa kecewa, tanpa marah, tanpa menyalahkan sesiapa.
Redha itu bukan berhenti berharap, tapi yakin... walau hasilnya tak seperti yang diminta, pasti akan datang seperti yang diperlukan. Jangan takut untuk redha kerana redha itu bukan tanda kita lemah,
tapi tanda kita kuat, kerana kita bersandar pada Dia.
Redha bukan bermakna mengalah, tapi percaya, bahawa setiap langkah yang kita ambil, setiap doa yang kita panjatkan, dan setiap usaha yang kita lakukan, semuanya dilihat
dan dinilai oleh Allah.
Kadang-kadang takdir tak berjalan seperti yang kita rancang. Tapi itu bukan alasan untuk berdiam diri. Kerana dalam Islam, menerima takdir datang selepas kita berusaha, bukannya sebelum.
Tawakal bukan alasan untuk kita jadi malas, tapi ia sebagai sumber kekuatan hati untuk terus melangkah walaupun hasilnya belum nampak.
Justeru, teruskan usaha, berdoa, dan bertawakal. Sebab rezeki, kejayaan, dan kemenangan itu milik mereka yang tidak tahu erti putus asa.
Teringat saya dengan ayat Al Quran yang maksudnya, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd, 13:11)