Saturday, 10 March 2018

Kategori dan ciri persekitaran perniagaan






Sebagaimana yang pernah anda pelajari atau baca di dalam mana-mana buku pengurusan, terdapat dua kategori persekitaran yang perlu diberi perhatian oleh setiap usahawan sewaktu mengurus perniagaan mereka. Persekitaran tersebut adalah;
i.               Persekitaran luaran.
ii.            Persekitaran dalaman


i)             Persekitaran luaran
Ialah semua kejadian di luar organisasi atau perniagaan beliau yang berpotensi untuk mempengaruhi dan memberi kesan kepada kestabilan perniagaan yang sedang diusahakan.  Persekitaran luaran ini  selalu berubah-ubah mengikut peredaran masa dan suasana.

ii)            Persekitaran dalaman
Persekitaran dalaman pula ialah situasi atau arah aliran dalam organisasi yang memeberi kesan kepada pengurusan, pekerja dan budaya (culture) sesebuah organisasi.

Terdapat dua ciri perubahan  yang berlaku pada persekitaran perniagaan ini, iaitu persekitaran yang berubah secara perlahan atau stabil dan persekitaran yang berubah secara mendadak dan bergolak (turbulent). 

Persekitaran yang berubah secara perlahan ini amat diharapkan dan disukai oleh mereka yang menjalankan perniagaan kerana persekitaran seperti ini amat stabil. Keadaan ini menggambarkan suasana ekonomi yang baik dan mantap. Kadar inflasi juga terkawal dan golongan pengguna mempunyai kuasa beli yang besar. 

Oleh itu peniaga mudah untuk membuat andaian atau jangkaan  tentang corak perbelanjaan mereka. Ini memberi peluang kepada golongan peniaga  membuat rancangan perniagaan dengan lebih teratur.  Persekitaran seperti ini boleh juga katakan sebagai persekitaran yang ‘mesra perniagaan’.

Manakala persekitaran yang bergolak (turbulent) pula adalah di mana  perubahan yang berlaku di dalam persekitaran adalah secara pantas dan tidak menentu.  Kadang-kadang pertumbuhan ekonomi  menjadi terlalu perlahan. Dan kadar inflasi pula boleh meningkat secara tiba-tiba.  

Situasi tidak menentu seperti ini  akan menyebabkan  golongan pengguna mula hilang kuasa membeli dan terpaksa menghadkan perbelanjaan harian mereka.   Apabila keadaan ini berlaku, peniaga terpaksa mengurangkan stok yang disimpan di dalam kedai meraka untuk mengelakkan kerugian.  

Namun ada pada masa-masa tertentu pula persekitaran yang suram ini tiba-tiba berubah menjadi ‘mesra pengguna’ tetapi dalam tempoh yang amat singkat sehinggakan para peniaga tidak sempat untuk membuat persediaan.
Kesannya, peniaga masih tidak dapat membuat jualan walaupun suasana semasa amat memberangsangkan. 
Persekitaran bergolak atau 'turbulant' ini adalah seakan sama seperti apa yang sedang kita alami sekarang ini. 
 
Jika dibandingkan  keadaan persekitaran yang stabil, persekitaran bergolak atau ‘turbulant’  ini tidak mesra peniaga.

3 comments:

I am LZ said...

Bagus perkongsian begini, ilmu perniagaan secara tak langsung membantu rakan-rakan blogger memajukan perniagaan mereka..

Usry Norie said...

InsyaAllah. Ilmu yang ada kita kongsi bersama.

Abam Kie said...

ingat nak buka bisnes kecil2an gak sblom pencen ni..

Akhirnya, ramalan dan 'argument' setahun lalu menjadi kenyataan.

  Alhamdulillah, akhirnya, ramalan atau kupasan saya berkenaan indeks Bursa malaysia menjadi kenyataan. Setelah setahun menunggu, akhirn...