Thursday, 23 November 2017

3 taktik untuk memperkenalkan perniagaan secara natural.

Terdapat pelbagai  cara atau taktik yang digunakan oleh usahawan yang menjalankan perniagaan untuk memperkenalkan jenama perniagaan atau produk mereka. Aktiviti ini adalah penting kerana sekiranya bakal pelanggan tidak mengenali anda dan produk atau perkhidmatan anda, peluang untuk mereka membeli dari anda adalah tipis.

Tambahan pula di zaman kegawatan ekonomi seperti sekarang ini. Tahap persaingan menjadi semakin sengit berbanding ketika suasana ekonomi stabil. Oleh itu, setiap usahawan atau mereka yang menjalankan perniagaan perlu lebih kreatif bagaimana  produk atau perkhidmatan mereka  dapat dikenali ramai. 

Selain dari membuat promosi berbayar, terdapat beberapa taktik yang boleh anda laksanakan untuk memperkenalkan perniagaan anda kepada masyarakat. Kali ini kita akan membincangkan tiga tips mudah bagaimana untuk membantu anda memperkenalkan jenama atau perniagaan anda kepada masyarakat umum, terutamanya jika anda baru saja membuka perniagaan sendiri. 


1. Menjaga hubungan baik dengan pelanggan

Margin keuntungan yang bakal anda perolehi adalah bergantung kepada berapa besar atau saiz perniagaan yang anda jalankan. Jika anda menjalankan perniagaan menjual rumah atau hartanah, sudah pasti margin yang diperolehi adalah besar. Sekali anda dapat buat 'sale', keuntungan yang diperolehi itu boleh dimakan untuk dua atau tiga bulan. 

Tetapi jika anda hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual pisang goreng di tepi jalan, membuka gerai nasi lemak, atau menjual kosmetik di laman sosial, margin yang anda perolehi adalah kecil. Oleh itu anda perlu membuatkan pelanggan anda gembira dan suka berurusan dengan anda.
Setiap hari, anda perlu mencari satu kaedah bagaimana untuk membuatkan pelanggan anda sentiasa menyokong perniagaan yang anda jalankan. Antaranya ialah  seperti memberi diskaun istimewa kepada pelanggan setia atau sesekali anda membelanja pelanggan setia yang datang ke kedai anda dengan tidak mengambil bayaran ke atas beberapa produk terpilih atau mengenakan harga kos sahaja ke atas produk tersebut. Kegembiraan ini pastinya akan dikongsi oleh pelanggan tadi kepada rakan dan kawan mereka.


2. Bina hubungan dan perluaskan 'networking'. 


Selalulah berhubung dengan jiran dan rakan dari masa ke semasa walaupun anda mungkin sebok menguruskan perniagaan seharian. Pastikan anda meluangkan masa mengunjugi majlis keramaian atau kenduri kendara apabila dijemput. Di sini anda berpeluang untuk mengenali rakan baru dan mungkin berpotensi menjadi pelanggan. Jika tidak keberatan dan berkemampuan, anda boleh tawarkan kepada tuan rumah atau individu yang menjemput anda ke majlis kenduri atau keramaian tadi untuk menaja satu atau dua menu sebagai menghargai jemputan. Secara tidak langsung ia akan mengeratkan lagi hubungan anda dengan tuan rumah dan sahabat-sahabat beliau.


3. Tunjukkan  kelebihan produk atau perkhidmatan anda bukannya menjual.


Dalam perniagaan, anda perlu sentiasa mencari peluang untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan anda kepada mereka yang dijangka menjadi pelanggan anda. Anda perlu tunjukkan dengan rasa yakin bagaimana produk atau perkhidmatan anda dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. 

Jangan sesekali memaksa atau menjual kepada mereka kerana 80% bakal pelanggan tidak suka kita menjual, sebaliknya mereka lebih suka mendengar atau melihat sendiri bagaimana produk atau perkhidmatan kita dapat membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Setelah selesai membuat penerangan atau mungkin juga demosntrasi kepada mereka, jangan sesekali memaksa atau mengasak pelanggan dengan soalan berunsur jualan. 

Anda hanya boleh bekongsi  segala kebaikan dan kelebihan produk anda dan terpulang kepada pelanggan untuk membuat penialaian dan keputusan. Di samping mereka tidak merasa tertekan, sikap anda yang tidak terburu-buru membuat jualan juga mungkin menarik minat bakal pelanggan dan berpotensi untuk beliau menceritakan kelebihan produk atau perkhidmatan anda kepada sahabat atau rakannya yang lain.

17 comments:

Unknown said...

Setuju dengan part last tu. Terlalu push customer smpai rasa tertekan pun tak guna jugak. Sales tak close gak nanti.Hard sell sgt. Better main tarik2 tali dgn customer jgn nampak desperate nak buat sales..

-Penulis Blog Perlu Tahu-

usryabdullah said...

Terima kasih.. Point tuan memang tepat. kalau kita desperate sangat, customer tak suka. Bagi masa customer fikir.

Zaleha said...

Yup sbb tu byk iklan yg softsell lagi digemari customer. Kita sndiri kena duduk dlm kasut pelanggan. Kita xnk dipaksa beli sesuatu, begitu juga mereka.


Jemput singgah baca artikel terbaru saya

Ana Suhana said...

Yg no 3 tu susah nak nampak. Kebanyakan peniaga bersungguh promote dan ada sampai mendesak customer sampai rasa rimas. Bukan senang nak pujuk customer tp kalau kena dgn caranya mesti boleh.

usryabdullah said...

Yang ni memang susah, tapi customer sekarang dah cerdik. Tambahan pula ada pakcik google. Depa dah tahu sebenarnya maklumat berkenaan sesuatu produk, cuma depa nak tengok sapa yang yang pandai cerita akan kelebihan produk tersebut. Lagi satu keihlasan penjual berkongsi maklumat serta tidak memaksa pembeli. Yang ni biasanya akan lebih disukai prospek dan peluang untuk 'closed' sale lebih tinggi berbanding mereka yang cerita bagai nak rak dan promote gila-gila/ follow up tiga empat kali.

mamapp said...

Mama sgt setuju bona hubungan baik dgn pelanggan. Dgn itu for sure pelanggan Akan kembali Dan most probably bawa kawan Pula utk.mwmbeli

nikkhazami said...

betul tu. tak boleh mendesak. kalau diorang dh cakap tak nak.. jgn paksa2.

paridah said...

PERKONGSIAN MENARIK KAK MEMBELI APA YG PERLU SAJA

usryabdullah said...

Terima kasih mama.

usryabdullah said...

Ye.. jadi tepaksa lah banyak-banyak sabar.

usryabdullah said...

Betul. Zaman ni kena berjimat sikit.

ray said...

good read. thnxxx

usryabdullah said...

Terima kasih kerana sudi menjengok

Mimie said...

Ya setuku. Sebagai peniaga/penjual memang kena jaga hubungan baik dgn pelanggan supaya pelanggan suka nak berurusan dgn kita di masa akan dtg

Maria Firdz said...

Tips yg bermanfaat.. Setakat ni memang kekalkan 3 tips di atas utk pastikan momentum bisnes ditahap yg baik

usryabdullah said...

Semoga bisnes puan sentiasa maju.

usryabdullah said...

Pepatah ada mengatakan, 'mengekalkan pelanggan lama lebih jimat kosnya dari mencari pelanggan baru'.

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...