Saturday, 11 August 2018

Kitaran ekonomi sesebuah negara

Bertemu kembali dalam perbincangan berkenaan persekitaran ekonomi. Kali ini kita lihat bagaimana peredaran atau kitaran ekonomi sesebuah negara. Sebagaimana yang kita sedia maklum, ekonomi mempunyai kitarannya yang tersendiri seperti yang dibincangkan sebelum ini dan ada lagi satu hal yang agak 'special' tentang kitaran ekonomi ini. Walaupun ia berkait antara sesebuah negara dengan sesebuah negara yang lain, tapi kitarannnya tidak sama.


Setiap negara mempunyai kitaran ekonominya yang tersendiri.  Misalnya, kitaran ekonomi negara Amarika syarikat tidak sama dengan kitaran ekonomi negara-negara di Eropah. Kitaran ekonomi negara China tidak sama dengan ekonomi negara Jepun. Begitu juga kitaran ekonomi Malaysia tidak sama dengan negara-negara  jirannya seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura walaupun negara mereka tu hanya bersebelahan saja dengan negara kita.

Lagi satu, tempoh kitaran atau cycle ekonomi sesebuah negara juga berbeza antara satu sama lain.  Ada negara yang mengalami kitaran yang lama dan ada negara yang hanya mengalami kitaran yang sekejap.  

Keadaan ini bergantung kepada kecekapan pihak pemerentah menguruskan ekonomi negara mereka.  Misalnya, negara kita hanyamengalami kemelesetan ekonomi dalam tempoh yang singkat saja pada tahun 2008 dahulu. lebih kurang dua tahun sahaja. Pada tahun 2010, ekonomi negara ita telah meningkat semula, tetapi ekonomi Indonesia mengalami tempoh kemelesetan yang agak panjang berbanding kita iaitu selama 4 tahun, iaitu dari tahun 2008 sehingga 2012.

Begitu juga kesan atau lebih mudah kita kata sebagai 'effect' akibat kejatuhan ekonomi sesebuah negara. Juga berbeza dari setiap negara dengan negara yang lain.
'Effect' atau kesan ini bergantung kepada kebijaksaan kerajaan negara tersebut menanganinya. di samping itu ia juga bergantung kepada sumber atau 'resources' yang kerajaan sesebuah negara itu miliki. Semakin banyak sumber sesebuah negara itu ada, semakin mudah kerajaan menggunakannya bagi tujuan pemulihan ekonomi. 

Secara umumnya, kitaran ekonomi mempunyai beberapa fasa  seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah

                              Gambarajah Kitaran ekonomi sesebuah negara

Seperti  yang ditunjukkan dalam gambarajah di atas, kitaran ekonomi sesebuah negara kebanyakannya mempunyai  5 fasa iaitu. 
i.          Pemulihan permulaan
ii.         Lonjakan awal
iii.        Lonjakan lambat ( Tepu)
iv.        Penurunan perlahan

v.         Kemelesetan

Untuk perbincangan selanjutnya, kita jumpa di lain entri. InsyaAllah.

2 comments:

Abam Kie said...

kena belajar ekonomi la mcm ni. baru mudah faham.

usryabdullah said...

Ada sambungannya cikgu Kie.. InsyaAllah.

Deepavali 2024

Setiap tahun mesti datang beraya rumah Aci ni sebab dulu Aci ni berjiran dengan mak mertua saya masa mereka sama-sama tinggal du kuarters JK...